Monday, June 29, 2009

5 Theta 2008




Hari ni bukak2 paper je terus ternampak iklan ni...

Dan terus, "Wahhh!! Menteeku si Poland..."
Poland (baris belakang, 3 dari kanan yg bangga menayang giginya itu) atau nama sebenarnya Mohd Fierdaus b. Md Aris ni mendapat gelaran 'Poland" adalah disbbkan beliau berasal dari Felda Palong yg mane kami menterbalikkan Palong itu kpd Poland.

Alhamdulillah... Honda chose the right person to get such an honour.
Poland adalah pelajar ke-18 (out of 25 students) dari kelas 5 Theta 2008 yg mendapat tajaan/biasiswa menjadikan kelas kami ini sbg kelas paling ramai pelajarnya mendapat tajaan/biasiswa.

Dan secara tak langsung aku merasa tempias mereka... bukan dari segi wang ringgit tp dari segi bangga dan gumbira.

Lagi 17 orang pelajar ni mendapat pelbagai tajaan/biasiswa dari JPA, Mara, Petronas. Malah ada yg mengambil keputusan menjadi pilot MAS.

Selebihnya iaitu 7 orang pelajar lagi tidak kurang juga hebatnya cuma mereka tidak bernasib baik mendapat tajaan/biasiswa shj. Tapi aku yakin dan pasti mereka juga akan sama-sama mencipta nama seperti rakan-rakan mereka yg lain.
Kepada bekas pelajar 5 Theta 2008 yg membaca entry ini, saya sgt bangga dan berbesar hati menjadi guru tingkatan anda semua. Awak semua adalah kumpulan pelajar yg sgt berdaya saing tinggi, semangat kerjasama antara kawan yg sgt tinggi dan langsung tidak mempunyai sikap mementingkan diri. Formula yg awak semua amalkan ini menjadikan kelas 5 Theta 2008 adalah yg terbaik.


SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!


Bersama sebahagian pelajar 5 Theta 2008 semasa Majlis Graduasi 2008.

Missed all of you guys!

Monday, June 22, 2009

Abang & APC

Yg Berdiri tegak alip tu suami saya... Cikgu Nik



Dia berjalan naik ke pentas....




Untuk mendapatkan sijilnya ini!

Monday, June 15, 2009

...Deeya...

Nik Aimy Adeela bt Nik Hazimin


hai... nama taya deeyaaa...
mama dgn papa bawak taya ambik gambar ptg tadi....
nak buat apetah...
tapi taya tuke tenok tahaya manyak2....

Sunday, June 7, 2009

Teman Sejatiku

Me & Emma
(ini baju-bertunang-5-minit saya, heeee ;p)

Introducing one of my good friend, Dr. Emma Yaakop...
Secara tidak sengaja kami bertemu dkt satu wedding reception at The Royale Bintang tgh hari td. Sethn lebih kami tak jumpe walaupun Emma posting dkt Hosp Kuala Pilah je (45 mins from Seremban) tapi susah betul nak jumpe beliau ni. A few times jgk janji nak jumpe tapi selalu gagal. Kami same2 sibuk? Ermm, mungkin kot. Dia doktor dah sah2 tade mase nak bersosial... aku yg cikgu ni pun same je sibuknye (kami cikgu melahirkan lebih ramai doktor ;p)
Persahabatan aku dgn Emma ni mmg sgt2 aku hargai... aku rase mcm satu kurniaan yg agak hebat dari Tuhan. Perghh... ayattttt.
Tapi itulah kenyataannya...
Kami mula berkawan semasa di Kolej Matrikulasi Melaka... bermula dgn sapaan dia sbg salah seorg drp roommates aku (selain drp Wawai dan Nawari). Memule tu sangsi jgk nak kawan dgn dia ni sbb bile tanye dia dulu sekolah mane... saya dulu sekolah kat TKC, jawabnye. Okayy....
Ni musti budak pandai yg agak, hmmm... that was my 1st impression pasal budak TKC.
Tapiiiiiiiiiiiii.... my God!! She is sooooooooo humble yet so polite. Sangat sygkan mak dia...
Kalau dgr dia berckp dgn mak dia dlm hp... membuatkan aku terfikir, mampu ke aku berckp selembut dan sebaik itu dgn mak aku? Sampai kdg2 aku malu dgn diri sendiri, nak menitis airmata pun ade sebab yg dia berckp itu hanya mak angkat dia... yg membela dia sejak dari hari pertama dia dilahirkan lg. Haih... insap kejap.
Dan dia adalah penyumbang paling besar ke arah kejayaan aku dlm hidup aku skrg (among my friends). Emma ni pada hemat aku dia tak genius mcm budak lain tapi dia sgt rajin mcm semut... takde seminit pun dia bazirkan. Jadi aku pun terikut cara dia... dlm kuliah dok senyap2 (zaman matriks adalah zaman beryuha-yuhi pd mase itu sbb kami 1st batch KPM a.k.a. tikus putih KPM yg disogokkan rm1000 satu sem), rajin cari cikgu tanye soalan2, stay up pukul 3pg, weekend dok library (walaupun library hanya dipenuhi dgn almari kosong je mase tu) dan lain2 aktiviti budak nerd, hehehe....


Kalau dia ade soalan nak tanye kat cikgu tu (mase kami dulu kami panggil lecturer ni sume cikgu, skrg tahla)... aku pun membontot laa dia walaupun aku follow tu dgn otak kosong pasal benda dia nak tanye tu. Tapi aku dok jelah sebelah dia dgn muke berlakon aku yg konon2nye sgt paham. Dari situ aku dpt pekdahnye... yg sgt2 berguna.

Kerana dia jgk aku boleh dapat Fizik aku A... bukan Fizik jelah, sume2 sekali sbb Emma. Biologi, Kimia, Maths... sumenya Emma jd pendorong aku
Kerana pada zaman aku mengambil SPM.... aku + Fizik = *$#@%$*&%$

Mase isi borang UPU pun aku bincang dgn dia je... mule2 aku ingat nak apply kat USM. Ramai lak org lain nak ikut, boring betul. Bukan tak suke dgn kawan2 yg nak ikut tu tp aku malas ade byk persaingan. So aku bulatkan tekad musti masuk UM, ape nak jadi... jadilah! Tak kire laa course ape pun. Sebulat suara kami secara rahsia memilih UM dgn dia apply medic, aku biomedic.

Hambek kau... mmg biomed UM aku sorg je dr KMM. Nak sgt mengelak dari kawan2... Emma pun same. Tade antara kawan2 kami sekelas yg dpt UM. Menjadi sungguh formula kami... hehehe....

Tapi bile dah masuk UM ni tak dpt laa nak 'berkepit' dgn Emma lg mcm dulu2... belajarlah aku sendiri. Cuma kdg2 tu aku lepak gak kat bilik Emma sbb mase tu Emma dok 6th college yg sejengkal je dgn fakulti medic... bile lunch time tu aku menyemak laa kat bilik dia.

Sampai skrg Emma ni jadi bahan rujukan aku... bile ade masalah kesihatan laa biasenye. Kalau dia tak dpt jawab mase tu pun dia akan tanye kawan2 dia yg lain smp aku paham. Jawapan dia akan bg dgn sgt detail... Airin, Airin kena mcm ni mcm ni mcm ni tau? Jaga diri tau? Jgn itu itu ini ini tau?

Haih... Emma, Emma.

Untuk rekod, disbbkan keramahan dan keprihatinan dia sbg doktor... dah berapa ramai patient 'terpikat' dgn dia. Semua suke dgn cara dia handle things... kemas dan teratur.

Kalau laa aku ade kawan lelaki yg jd doktor jgk... lame dah aku kenalkan kat Emma.

Semoga beliau terus berjaya dlm kerjayanya sbg doktor dan bertemu jodoh yg sebaik beliau.

3 Little Angels

Bangun pagi je acara bermain air. Deela & Feena agak kamceng.


Macam biase Farisa hanya akan memerhati shj.



Farisa cuba mendekati Deela & Feena tp tak teringin pun nak join mandi.

Awal2 pagi lagi aku dah bukak kolam nih... dgn tujuan nak memujuk Farisa yg bad mood.

Tapi tak berjaya pun... hanya Deela & Feena je yg berseronok-seronok.

Bile lagi laa 3 sepupu ni nak jumpe lg.

Saturday, June 6, 2009

Brooch

Ada yang berminat? Boleh email saya di airin.abubakar@gmail.com

A1


A2


A3



A4

La La La La...

Aku sudah hilang mood untuk menaip blog sebab...
(Afzyim akan cpt menangkap ape sbbnye)
*wink wink*

Friday, June 5, 2009

Sudah kembali...

Telah selamat kembali dari Kg Tok Betek yg aman damai... alhamdulillah.