Tuesday, December 15, 2009

Dah senang tapi tak sedar diri

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."


Agak tajam sikit entri kali ini iaitu berkaitan dengan hutang.

Hmmm... aku baru je terbaca status seseorang di fb iaitu dia sgt bersyukur tidak disenaraihitamkan namanya oleh Imegresen kerana tidak membayar lagi hutang PTPTN kerana pada hujung minggu ini dia akan ke luar negara.
Kesian... nama salah seorang rakan atau saudaranya yang merancang untuk ke luar negara bersamanya disenaraihitamkan.

Persoalannya sekarang... salah siapa semua ini?
Isu paling utama oleh penghutang tegar di luar sana adalah faedah yg terlalu tinggi yang dikenakan oleh PTPTN.

OHH PLEASE!!!

Aku nak persoalkan penghutang-penghutang di luar sana.
-> Kenapa anda mampu mendapatkan telefon bimbit yang mahal dengan mudah?
-> Bagaimana anda berupaya membeli kereta dengan mudah? (interest tinggi jgk ape?)
-> Kenduri kahwin anda paling hebat di taman anda, pun tidak mampu membayar hutang?
-> Baju, handbag anda semua berjenama... masih tidak mampu membayar hutang?
-> Kalau dah nak ke luar negara tu, maknanya anda hidup dalam kemewahan. Kenapa abaikan hutang anda?
-> Paling utama, kalau tidak kerana PTPTipu yang anda kutuk sangat tu... segulung ijazah pun anda tidak akan dapat genggam. Kalau hebat sangat, kenapa tidak pohon biasiswa? Atau harapkan sahaja ibubapa anda untuk membayar yuran pengajian dan selera anda yang tinggi itu?

Jadi kenapa masih suka berhutang?

Pasti ada yang mengutuk aku balik... "Kau mane tau org lain susah mcm mane?"
Iye, saya akui yang tidak membayar hutang mungkin dia sendiri belum mempunyai pekerjaan yang tetap, banyak tanggungan.

Tetapi kalau berpandukan kepada status fb seseorang yg memberi idea kepada blog saya ini, beliau adalah anak kepada bekas wakil rakyat bergelar Datuk, hidup dalam kemewahan, penuh dengan glamer... jadi kenapa masih berhutang?

Betul ape Che Det kata... MELAYU MUDAH LUPA.

Pada pendapat aku, dahulukan hutang terutama sekali hutang semasa anda belajar. Duit tu yang anda gunakan untuk memperoleh sedikit ilmu dan ilmu itu juga yang kita nak gunakan untuk mencari sesuap nasi.

Tapi tak taulah kalau duit tu anda gunakan untuk enjoy di zaman belajar anda.

TETTTTTTT!!!!

Monday, December 14, 2009



Entri kali ni khas buat pelakon & pengacara kanak-kanak yg tersohor,
Muhammad Haziq bin Muhammad Hazem a.k.a Haziq.

Saya sangat minat dgn Haziq ni... betul, tak tipu! Sumpah!!

Dengan lakonan si Haziq ni dalam drama "Belalang", bertambahlah saya seronok tgk Haziq ni. Dalam drama tu ade diselit sedikit unsur2 jenaka, nasihat... memang menjadi.

Ohhh! Dan saya sgt suke lagu "Belalang" dalam drama ni nyanyian Mawi sehinggakan Adeela pun suke jugak. Adeela akan sambung part 'hey' dlm lagu tu.(aku heran sgt kenapa org benci sgt dgn Mawi ni. dulu korang jgk yg undi dia jadi juara).

Pernah jgk dulu terpikir nak letak nama Haziq kalau dpt anak lelaki tp incik suami kata ramai sgt dah org letak nama anak Haziq. (sbb konon2 nak letak nama anak yg hampir2 dgn nama incik suami)

Sejak Haziq dah takde lagi dalam rancangan "Tom Tom Bak" tu, saya kurang mengikuti rancangan tu lagi. (kicap???)
Ada juga Aznil mencuba bakat adik Haziq yg tak kurang keletahnya tu tapi tak kekal, kurang pasti kenapa.

Tapi sumpah saya memang suke drama "Belalang" (ayahanda Belalang pun best jgk). Saya akan sentiasa tekan info utk 611 dan pastikan saya tak terlepas drama "Belalang" itu. Agaknya kalau watak Belalang tu kanak-kanak lain yang lakonkan, mungkin saya tak pedulikan sangat kot. Besar pengaruh Haziq ni kan?

Wednesday, December 9, 2009

Kepada rakan2 yg telah dan akan menjadi ibubapa mithali

Pagi2 mcm ni aktiviti mcm biase kami sekeluarga akan duduk2 bace suratkhabar.
Minggu pertama cuti dulu aku beriye2 buat peraduan tekakata BH tu... semangat tu.
Dengan harapan dpt laaa RM10k... tp gagal, ade seorg pakcik tu dpt RM5k.
Minggu ke-2 pulak ade sorang kerani tu pulak menang... ape?? RM15k? Walawey...
Ok, ok... minggu ni aku kena buat balik. Tapi rasenye tekakata utk hari Isnin dgn Selasa mak dah buat bungkus sayur, ataupun semasa proses menyiang ikan. Takpe, takpe... ade byk minggu lg.

Tapi itu bukan faktor utama aku rajin menulis blog pagi2 ni.
Tujuan utama aku menulis blog pepagi ini adalah marah+geram+sakit hati dgn satu SMS yg dihantar oleh seorg pembaca BH ni.

"Saya cadangkan pihak sekolah memeriksa telefon bimbit setiap pelajar, kebanyakan mereka suka menyimpan video yang terlampau. - [AZHAR77:BH16066]"

APAKAH????

Kenapa dia tak hantar SMS mcm ni je... "Saya dah beranak byk2 ni, jadi tlg bela anak2 saya ni ok? Saya cadangkan pihak sekolah jaga semua urusan diorg ni ye? Bijak tak saya"

Allhuakbar... Astaghafirullahalazimmmm... Masyaallah...

Malas nak ulas panjang2...

Tapi aku nak remind kat kawan2 yg bukan guru...

Iya, kami cikgu2 ni bertanggungjawab mendidik anak2 anda tapi jgnlah hanya kerana kami ni dibayar gaji utk mendidik anak2 anda, anda menyerahkan segala-galanya kepada kami. Ambil tahu perkembangan anak2 anda. Jika berlaku kepincangan, kaji dulu di mana silapnya. Jikalau anda mengenalpasti cikgu anak anda yang menjadi punca masalah, bincang dgn cara terhormat, sehormat anda memiliki kereta yg menjalar dan hp yg mahal2 itu (kerana itulah kebanggaan dan lambang kemegahan serta kemewahan org skrg utk dipandang tinggi). Dan jikalau anak anda yang bersalah, silalah ambil tindakan yg sewajarnya kerana anak itu amanah Allah kepada anda kalian. Jgnlah segalanya diserahkan kepada kami. Seramai-ramai anak anda, ramai lg anak murid kami dalm satu2 kelas utk diambil perhatian.
Jadi, marilah kita sama-sama bertanggungjawab ke atas anak2 kita ini.
Mesyuarat PIBG itu sila hadir, jgn keputusan dah dibuat anda semua bising2 tak puas hati.

Bijakkah tindakan anda itu wahai AZHAR77?

Wednesday, December 2, 2009

Disember (tiru Nannoor)

Bile bace entry one of my friend... December that is by Nannoor...
Aku rase aku pun ade event besar jgk bulan 12 nih...

Anniversary? No no no...

Birthday aku? incik suami? deela? No no no...

Cuti2 Malaysia? Oh tidak, kami dah pun bercuti2 malaysia bulan oktober dulu lg... sblm musim hujan dan banjir melanda negara (bijok dok?)

Jadi ape sebenarnye ni?

Hehehehe...

Birthday Mr Black aku dan juga 'girlfriend' incik suami...
Serentak pulak tu.

Maka pada bulan 12 ni kami dok diam2 je kat umah setelah kopak membeli road tax & insurans.

Sekian.


ohh... ini bukan kereta kami, ini kereta sepupuku Pesal pakai mase kenduri kawin dia



okayy... ini adalah 'girlfriend' incik suami



yg ini barulah Mr Black, huhuhu...


Dan Mr Black ni baru saje tukar cermin pintu belakang yg pecah, adoyaiii!!!

Wednesday, November 18, 2009

Ketidakjujuran




Hari ini aku memulakan tugas sebagai Pengawas SPM.
Tapi ada agak kekecohan sikit pagi tadi bila incik suami membawa bersama kunci Mr Black. Musykil jugak macam mane kunci Mr Black boleh pulak 'girlfriend' incik suami yg 'simpan'?

Takde ape kesulitan yang berlaku di sepanjang sesi pagi tadi. Sekolah yang aku jaga ni pun sekolah kluster dan pelajar-pelajar dia tidak bermasalah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Cuma yang aku tak puas hati tu...
Apakah perasaan seorang Pengawas SPM yang juga merupakan seorang cikgu apabila dia tidak jujur menjalankan tanggungjawab dia.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Tak pun dia menyembang.
Nanti main handphone pulak.

Okay, ada budak keluar dewan untuk ke tandas.
Tapi itu tandas pelajar lelaki, sedangkan Pengawas ni perempuan.
Hmmm....

Harap-harap aku mendapat elaun yang halal dengan menjalankan tanggungjawab dengan jujur.

Thursday, November 12, 2009

Bila hati berbicara

Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya...
Ini bermakna SPM dah semakin hampir.
Saat aku menaip entri ni, tinggal 6 hari lagi anak-anak murid aku akan 'berjuang' demi masa depan mereka.

Dan sejak sebulan yang lalu, aku mula 'menjauhkan' diri daripada anak-anak muridku; 5 Alfa & 5 Iota.... haih! Sedih, sedih...

Tahun ini juga aku tak menghadiri mana-mana farewell party, baik 5 Alfa mahupun 5 Iota... haih! Sedih, sedih...

Wahai anak-anak muridku 5 Alfa & 5 Iota,
Saya minta maaf awal-awal sebelum Majlis Redha Ilmu kita esok. Pertamanya, saya minta maaf sebab tak hadir pun farewell party awak, walaupun sebenarnya saya hadir menghulur apa yang mampu saya berikan untuk jamuan awak semua.

Banyak yang tak sempurna daripada yang sempurna ilmu yang saya berikan kepada awak. Kadang-kala saya sendiri tahapehape mengajar awak semua... maafkan saya.
Timbul pulak tu perasaan geram saya bila awak tak faham ape yang saya bebelkan... bahasa saya berbelit sgt ke, saya tak reti bg penerangan ke... maafkan saya.

Bila saya hilang pertimbangan, mula laa nak marah-marah kan? Tapi itu jarang-jarang berlaku kan? (eh ye ke?). Saya pernah dengar cerita yang awak cakap dengan pelajar kelas lain yang saya ni garang (alamak, gelak sket)... maafkan saya. Saya bukan cikgu yang sempurna, kadang-kadang tidak dapat kawal emosi. Tapi akhirnya kita kamceng jugak kan? Cuma saya je yang 'menjauhkan' diri daripada awak semua sejak akhir-akhir ini... haih! Sedih, sedih....

Saya juga nak minta maaf kalau saya ade terkasar bahasa dengan awak... maafkan saya. Percayalah, ianya bukan datang daripada hati. Jauh di sudut hati saya, saya nak awak semua berjaya walaupun saya tak pernah galakkan awak semua jadi doktor (ape punye cikgu bio daa...). Dan yang paling pasti, awak semua ada di hati saya walau sejahat mane pun awak, walau seburuk mane pun awak, walau segagal mane pun awak... oppsss! Eh betul, tak tipu...

Saya harap, lepas habis SPM ni... kita takkan terputus hubungan. Antara saya dengan awak & antara awak sekelas (add laa saya di facebook, hehe...). Dan saya harap takde benci & dendam awak terhadap saya... maafkan saya.

Akhir sekali, harapan saya yang sangat menggunung ialah...
Sila baca buku Biologi semasa balik kampung merayakan Hari Raya Haji ok? Takkan itupun saya nak ingatkan? Eh, opsss...

Harapan saya adalah awak semua berjaya di dalam hidup & juga akhirat.

SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!

Sunday, November 8, 2009

Hobin Jang Hobin

Piala Malaysia

Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menjulang Piala Malaysia di dalam perlawanan akhir menentang Kelantan.

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan... you deserved it!



Hobin Jang Hobin (lagu pasukan NS)

hobin jang hobin

dari sawah turun padang

kini kau dah pandai nondang

kalai ini mesti monang

bukan susah cukup sonang

hobin jang hobin

sumbek gol banyak2

biar sampai gol kuyak

main biar hati2

jangan masuk gol sendiri

hobin jang hobin

dua satu kocik bonar

ompek satu sonyum lebar

kalau bulih tujuh kosong

biar dio balik melopong

hobin jang hobin

yamtuan sokong kito

montori bosar sokong kito

undang luak sokong kito

jangan buek malu muko

hobin jang hobin

bukan main bola lisut

bukan main bola tampar

biar dio orang tokojut

kito monang piala Malaysia

hobin jang hobin

kali ini kalau kalah

balik kampong potong gotah

kito jangan monggolabah

semuo pialo kito punggah

hobin jang hobin!!!


(lagu boleh didapati di http://n9futbol.com)