Wednesday, April 28, 2010

Short but sweet

Dah lame tak update blog ni...
Ada dua kemungkinan je...

1. Idea banyak tapi malas nak update

2. Keje menimbunnnnnnnn

Saya rase saya pilih alasan nombor 2 tu ;p

Sekian, terima kasih.

Saturday, April 10, 2010

April

Comel tak saya pakai mcm ni?


Inilah anak dara saya sorang ni.. Nik Aimy Adeela a.k.a. Deela.
Penyeri rumahtangga saya dan suami... juga mak saya.
Pada saya, Deela sangat cerdik... mak mane yang tak mengaku anaknya cerdik, ye tak?

Seminggu dari hari ni, genaplah 2 tahun umur Deela.
Sori sayang, mama tak buat birthday party pun untuk sayang...
Tapi kejap lagi mama & papa nak pegi tempah kek khas untuk sayang, kite tiup lilin dgn Pak Long & Mak Long jelah ye? Kebetulan birthday Pak Long pun 14 April... kite sekali kan aje.

Birthday Deela minggu depan ade kenduri kat Taman Bukti... ade sembelih lembu untuk diakikahkan. Onyang dah niat nak bagi satu bahagian untuk Deela. Tokma & Tokwae pun dah akikahkan untuk Deela lame dulu lagi... tapi kali ni sebelah mama pulak nak akikah.

Ikut rancangan awal, kami (Along, Angah & family) nak pegi Singapore 17 April ni... tapi belum sempat booking ape-ape lagi, Onyang dah call bagitau nak buat kenduri tu. Maka secara automatik, terbatal laa rancangan itu. Tapi kami tetap akan pegi jugak, belum cari tarikh yg sesuai je.

Rasenye celebrate birthday sekali mase kenduri tu nanti... kat sane pun ramai Baby April:

1. Adib Mukhriz (17 April 2002) <-- same dgn Deela
2. Siti Nurkhairunnisa a.k.a Isha (10 April 2005)
3. Harith Aiman (21 April 2005)

Yang tua2 pun ramai jgk lahir bulan April ni...

1. Alongku (14 April 1975)
2. Kak Lang (12 April 1975) <--- sepupu
3. Bang Malek (10 April 1975) <---
suaminya Kak Lang
4. Pesal (14 April 1984) <--- sepupu

Meriah jugak bulan April ni....

Thursday, April 1, 2010

Biologi no 1 !!!


Keputusan SPM 2009 sudah hampir sebulan berlalu... tapi saya baru nak buat entry pasal SPM 2009.
Saje... biar orang lain buat entri dulu, kemudian baru saya nak update.

Apa-apa pun saya nak ucapkan jutaan kesyukuran kerana sekolah kami... SASER telah diangkat sebagai sekolah terbaik di Malaysia. Jujur saya cakap, tak pernah termimpi dalam hidup saya untuk berada di dalam sekolah ini. Dan kami di kalangan guru-guru juga tidak pernah menyangka bahawa kejayaan SPM 2009 ini adalah sebegini hebat. Target kami adalah untuk berada tetap di takhta no 1 di kalangan SBP sahaja... bukannya seluruh Malaysia!

Alhamdulillah... berkat kerjasama, kesungguhan, kerja tanpa pernah mengharapkan balasan serta komitmen para pelajar, kejayaan sekali lagi di tangan kami.

Dan apa yang paling membanggakan, subjek Biologi kembali mendapatkan takhtanya setelah tahun sebelumnya kami jatuh di tempat ke-10. Kali ini kami mendapat tempat pertama dengan "memecah" angka 2.0 bagi GPMP (gred purata mata pelajaran).

Kalau saya ditanya apa rahsia kejayaan kami... jawapan saya ialah kata-kata semangat daripada GPK 1 tersayang, En Roslie!

"Hai!"