Thursday, April 1, 2010

Biologi no 1 !!!


Keputusan SPM 2009 sudah hampir sebulan berlalu... tapi saya baru nak buat entry pasal SPM 2009.
Saje... biar orang lain buat entri dulu, kemudian baru saya nak update.

Apa-apa pun saya nak ucapkan jutaan kesyukuran kerana sekolah kami... SASER telah diangkat sebagai sekolah terbaik di Malaysia. Jujur saya cakap, tak pernah termimpi dalam hidup saya untuk berada di dalam sekolah ini. Dan kami di kalangan guru-guru juga tidak pernah menyangka bahawa kejayaan SPM 2009 ini adalah sebegini hebat. Target kami adalah untuk berada tetap di takhta no 1 di kalangan SBP sahaja... bukannya seluruh Malaysia!

Alhamdulillah... berkat kerjasama, kesungguhan, kerja tanpa pernah mengharapkan balasan serta komitmen para pelajar, kejayaan sekali lagi di tangan kami.

Dan apa yang paling membanggakan, subjek Biologi kembali mendapatkan takhtanya setelah tahun sebelumnya kami jatuh di tempat ke-10. Kali ini kami mendapat tempat pertama dengan "memecah" angka 2.0 bagi GPMP (gred purata mata pelajaran).

Kalau saya ditanya apa rahsia kejayaan kami... jawapan saya ialah kata-kata semangat daripada GPK 1 tersayang, En Roslie!

"Hai!"

No comments:

Post a Comment