Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
'Banner' di atas ini telah dianugerahkan kepada saya oleh seorang blogger yang menggelarkan dirinya sebagai LanunSepet. Mungkin beliau pernah membaca blog saya dan kebetulan pula saya seorang guru, maka beliau telah memilih blog saya antara blog guru-guru yang terpilih untuk award beliau ini. Terima kasih!
Sejak hari pertama saya di dalam perut mak saya sehinggalah ke hari ini saya menghadirkan diri sekolah. Memang ditakdirkan saya memilih guru sebagai kerjaya saya. Ia bermula apabila mak saya 'melobi' agar saya menjadi seorang guru.
"Orang perempuan senang jadi cikgu."
"Jadi cikgu ni banyak peluang dia... peluang naik pangkat, peluang sambung belajar."
"Masa depan nanti banyak lagi kemudahan untuk cikgu ni."
Itu antara kata-kata emak dalam usaha untuk memujuk aku menjadi seorang guru. Part naik pangkat tu... ermm, no comment!
Lama-lama aku terpengaruh juga dengan pujukan emak tu. Aku sendiri rela dan aku sendiri merasakan keberkatan yang tak terhingga apabila mengikut kata emak ni.
Alhamdulillah.... kini aku seorang guru.
Sama seperti moyang aku... seorang guru agama.
Sama seperti nenek aku... seorang guru sekolah dewasa & guru mengaji.
Sama seperti emak aku... juga seorang guru.
Malah suamiku juga seorang guru... kerana profesion yang hebat ini, kerana mengikut nasihat emak... aku dipertemukan jodoh dengan suamiku yang tercinta ;p
Buat semua... Selamat Hari Guru!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah3.. begitu sejarahnya..
ReplyDeletecikgu ni profesion yg berkat kalu kita ikhlas :-)
tq sebab terima selamat hari guru :-) tq cikgu.
moga sentiasa berbahagia besama keluarga tercinta.
tunggu deela plak kita panggil cikgu deela....ye???
ReplyDelete