Friday, May 28, 2010

Budak banyak akal, Adeela


Tengoklah gambar si Adeela ni, mengade-ngade kan?
Beliau sekarang dah banyak akal, banyak kehendak, banyak cakap, banyak kerenah.
Segala-galanya adalah beliau.

Hari ini cuti sempena Wesak... Maka hari ini adalah hari beliau membuli papa & mama.
Pukul 10am samapi 12pm tadi, papa beliau ade kelas tuisyen. Jadi mama laa yang menjadi mangsa bulian beliau. Mama beliau yang sangat bertekad untuk menanda kertas yang bertimbun-timbun, gagal melaksanakan tugas itu.

Bila papaku pulang dari kota, ehh... tuisyen, beliau menjadikan papa sebagai mangsa seterusnya. Mama terpaksa lari ke dapur, jika tidak tiada apa yang boleh disantap tengah hari nanti.

Adeela membuli papa lagi best...
Beliau ajak papa pergi ke kedai dan meng'pow' papa dengan membeli super.ring.
Yang paling tak tahan, bila sampai rumah... beliau langsung tak mahu turun kereta sebab nak layan CD baru yang mama belikan hari tu. Papa cuba dukung turun dari kereta, seperti kena cucuh dengan api bara beliau melalak.

Papa pulak dah lewat nak pergi sembahyang Jumaat... Maka papa tinggalkan sahaja beliau di dalam kereta sambil melayan lagu untuk bersiap-siap ke masjid. Terhangguk-hangguk laa beliau melayan lagu "Oh!Suzana", "Twinkle Twinkle Little Star", "My Bonnie" dan segala macam lagi. Sambil tu mama pantau je dari dapur kot2 beliau ni ada masalah dalam kereta.

"Senyap je Adeela tu?", mama berkata di dalam hati.
"Dah tidur!!!", papa berbisik tapi nada menjerit.

Rupa-rupanya beliau sudah terlelap sambil satu jari terlekat super.ring.
Alahai...

No comments:

Post a Comment