Saturday, October 31, 2009

N.Sembilan vs Kelantan

Dengan ini, kami suami isteri akan menjadi musuh secara rasminya pada jam 8.45 malam, Sabtu 7 November 2009.


Kelantan jumpa NS di final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 3-1 pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Dengan keputusan itu, Kelantan melayakkan diri dengan agregat 5-1 ke atas Perlis manakala Negeri Sembilan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu.

(dipetik dari http://www.bharian.com.my)

Saturday, October 10, 2009

Kisah tragis di hari raya

Bila bulan Syawal ni berebut-rebut org buat open house...
Tapi kami sekeluarga pulak berebut-rebut nak memenuhi undangan open house ni.
Dulu dalam tahun 90-an rajin jugak buat open house ni, tapi sekarang dah tak bernafsu nak buat open house. Mungkin bile si Amethyst dah siap 100%, baru kami buat kenduri doa selamat masuk rumah merangkap open house.

Pernah dalam satu hari kami pergi sampai 5 rumah... bila rumah ketiga dan seterusnya mampu minum air je.

Tapi hari raya kali ni ada kisah tragis yg takkan aku lupa. Hari tu aku menemankan mak aku ke rumah kawan mak...

Rumah kawan mak ni terletak di lereng bukit... Dan abang parking betul-betul di depan pagar tuan rumah. Ada 2 org budak perempuan menyapa Deela sambil naik basikal, "Hai comel!"
Adik-beradik agaknya budak berdua tu... Dan ada seorg perempuan baya2 aku tegur budak berdua tu, "Akak! Elok-elok"

Memandangkan kami berdua dah kenyang, maka mak sorang je yg makan bersama kawan-kawan dia. Adeela macam biase tolong 'kemas' rumah kawan mak tu. Kami berdua baca suratkhabar sambil minum... pegi open house baca suratkhabar semata2?

Tiba-tiba kecoh kat luar rumah... Budak perempuan yg tegur Deela tadi masuk rumah nangis2 sambil tutup mulut dia... Dan ada darah yg menitis. Ahh sudah!! Jatuh basikal laa agaknye ni.
Tapi kami sambung baca suratkhabar semula, siap tukar2 pulak tu.

Pastu seperti biase mak akan kecoh (bekas cikgu kannnn)...
"Budak tu jatuh dek apo? Cucu Kak Nisah ko?", tanya mak.
"A'ah. Dio main besika...buek free fall", jawab tuan rumah i.e. kawan mak tu.
"Laa... ado dio menyapo cucu se tadi. Dio langgar apo?", tanya mak lagi.
"Ontah... keto itam tu haa kato dio", jawab tuan rumah lg.

Kereta hitam???? Kereta aku kaler hitam kan????
Aku dah pandang abang dah...
"Jom tengok!", abang ajak aku dgn kelakuan menyebok kami berdua yg memang dah biase suke menyebok.

Sah!!! Mr black aku dah calar kat bumper belakang... rasenya kena handle basikal dia je. So boleh hilang laa sket, taklah ketara sgt kesannya. Tapi kat bawah bumper tu ade kesan calar yg agak teruk yg aku kurang paham kena bahagian mane basikal tu.
Hai, kereta aku ni jadi mangsa belasahan je.

Tapi perhatian kami teralih dgn budak perempuan tadi... alahai kesian betul dia. Menggigil2 bila makcik2 dia nak bawak dia pegi klinik. Siap ada sepupu lelaki dia yg agak sebaya dgn dia peluk2 sambil pujuk (pandai budak tu pujuk). Kami pulang dengan perasaan yg tertanya2 sambil kami memberi pendapat masing2...
"Mau kena jahit tu, sbb nampak bibir dia berdarah tu"
"Adik nampak gigi dia macam tinggal separuh. Kesian baru darjah 1 dah teruk injured"
"Esok dah nak sekolah dah, tak pegi sekolah dia esok"

Hari-hari aku suruh mak call kawan mak tu tanyekan khabar budak perempuan tu. Seminggu lepas kejadian tu mak call, dgn tujuan nak tanye pasal lain (pasal open house jugak) dan akhirnya bertanyakan hal budak perempuan tu (itu kan taktik2mbusy body).

"Laa... yo ko?"
"Ha a'ah... poie klinik"
"Dah tu?"
"Teruk bona ko?"
"Ni kek mano cucu Kak Nisah tu?"
"Aiyo..."
"Iyolah"

Itu je cakap2 mak yg aku dengar mase mak bercakap dgn kawan mak tu thru phone.

Dan sebenarnya kecederaan budak perempuan tu agak parah. Mula2 dia dihantar ke klinik biase tapi doktor di klinik tu nasihatkan dia dihantar ke hospital. Kemudian budak perempuan tu dihantar pulak ke KPJ Seremban tapi memerlukan peralatan utkmmembuat pembedahan ke atas budak perempuan tu.

Akhirnya budak perempuan tu dirujuk ke GH... dan dia dibedah dan disimen yang mana aku pun tak pasti mcm mane dia disimen di bahagian mulut & gigi itu.
Kata mak, 4 gigi hadapan dia tertanam akarnya secara menyerong di dalam gusi.

Kesian budak tu... mesti dia ingat sampai bila2 kejadian open house di rumah nenek dia.