Sunday, April 26, 2009

Akhirnya...

Setelah beberapa minggu aku asyik kena bekerja je hari Sabtu... dan akhirnya Sabtu minggu ni I'm free like a bird.

Biase kalau Sabtu keje, hari Ahad baru tunggang-langgang nak basuh kain. Kalau mesin basuh tu reti bercakap, lame dah dia komplen... gile ke ape lantak aku utk seminggu punye baju? 3 org punye sekali lak tuh.

Tapi berlainan sungguh kali ni... sehinggakan pada hari ini aku berjaya melipat dan menyimpan semula baju2 yg telah kering tu. Wah! Sesuatu yg membanggakan bagi aku. Percayalah bahawa minggu2 sebelum ini aku langsung tak sempat nak lipat kain yg menggunung di katil Along/Angah yg tidak berpenghuni tu. Kadang2 dah tahap melampau, aku cari baju/kain nak pakai tu atas katil tu je.

Pastu aku siap menyapu dan mop lantai sekali lak tu... Sesuatu yg amat jarang dpt aku lakukan pd hujung minggu. Memandangkan Makcik Siti (makcik yg ambik upah kemas umah) pun skrg dah ngelat2 dtg keje sejak baru kawin ni, umah agak jarang berkemas. Tapi tade laa sepah mane pun.

Almari2 pun aku siap lap... hahahaha... ye ye, aku memang malas berkemas. Pastu almari dlm bilik tu aku kena pakai minyak yg khas utk lap. Boleh je nak pakai kain buruk tp sayang laa almari tu sume. Itulah, mase nak kawin dulu gatal sgt nak perabot jenis kayu jati... classic mood kononnnnn... katil bertiang kononnnn.... Hamek kau payah nak maintain.

Malam tadi siap berjaga smp pukul 2pg... kalau tidakkkk, jgn harap!! Mata nak layu je... kalau bertahan pun sbb Deela tak tidur lg. Tapi malam td berjaga pun sbb tunggu abang balik tgk bola. Tetiba lak mase online YM tu ade umat yg layan chatting (azrul abdul rahmannn????)... dpt laa tunggu abang balik umah dgn kehampaannya itu.

Wahhh... bestnye bile 'percuma' (bak kate abang) di hujung minggu. Adakah hujung minggu ku akan sangat bernilai seperti ini lagi?

Thursday, April 23, 2009

Kejohanan Tenis MSSM NS - part 1

Dah 2 hari si Azri membuang masa dkt Kompleks Belia & Sukan Paroi tu tunggu turn game dia... sambil2 dia mencuci mata, katanye.

Tournament bermula 22 April.... dan kalau sampai ke final, insyaallah Azri main 29 April nanti.

Agak2 kalau Azri ni main sampai peringkat MSSM/Kebangsaan... aku ni masuk list kontinjen NS tak? Huhuhuhu...

Hmmm... tanak cite panjang lg, tunggu sampai habis tournament.

Tuesday, April 21, 2009

Terbakarnye modem...

Dan apabila petir sabung-menyabung pada subuh Selasa yang lalu...
Maka tamatlah hayat modem di rumahku.

Tatkala vendor TM datang tiba di rumah, tiada siapa dapat menerima modem yang dihantar.
Maka malam-malamku kini makin lemau tanpa kehadiran modem.

Wednesday, April 15, 2009

Kaki Ampu & Kaki Adu

Dan sekali lagi aku dah menyalahgunakan kemudahan sekolah. Memandangkan laptop cap ayam hakmilik kerajaan tu tamau connect wireless... maka aku menyalahgunakan desktop dlm bilik SUP ni.



Aku terpanggil nak cite pasal kaki ampu & kaki adu...



Pagi ni mase assembly aku berbual dgn sorg cikgu ni... pasal si kaku ampu & kaki adu. Well, ia bermula laa dgn cerita yg disalahertikan oleh si dia ni. Tade laa isu besar mane... sbg seorg dewasa yg bergelar cikgu, aku rase isu sebesar tungau ni boleh settle kalau dia refer dgn org yg sepatutnye.



Tapi aku tak tau laa si dia ni dpt idea dari mane... isu tu dia refer dgn bos no. 2 (patut laa makin sikit rambut beliau, byk sgt org mengadu dgn beliau). Jadi bile si dia tu refer terus ke atas, kan dah nampak ketidakmatangan dia menyelesaikan isu remeh ni.



Bukan aku nak mendabik dada... tapi sepjg 3 thn aku kat sekolah ni, belum lg aku naik atas pegi mengadu. Aku rase adalah amat menyegankan dan menyusahkan kalau mengadu ni. Selagi boleh selesaikan, tak payah laa memeningkan kepala org atasan dgn hal remeh-temeh.

Hmmm... mungkin si kaki adu ni tadi org baru, maka tak paham lagi selok-belok bekerja ni.

p/s: Agaknye dah berapa laa cite pasal aku yg kaki2 adu ni pi cite kat atas. Ishk ishk ishk...

Wednesday, April 8, 2009

Bile Deela main air

Weekend hari tu aku melampiaskan kepenatan selepas Majlis Graduasi SASER (tak sempat lg nak tulis entry majlis ni lg)... dengan membeli swimming pool khas untuk Deela. Dan juga untuk keseronokan dua orang lagi anak dara comel kat JB tu (Feena & Farisa) bile diorg balik sini nnt.

So petang tadi baru dpt bukak swimming pool tu untuk dirasmikan oleh Deela sendiri. Terdorongnya aku nak beli swimming pool ni sbb bile mandi, Deela sgt leka main air dlm baldi tu. Bile dah ade swimming pol ni, lagi laa dia jakun.

Ini boleh dibuktikan berdasarkan beberapa gambar di bawah.



Deela cuba menangkap bola itu tp tak berjaya





Main splash air je laa mama yeh?




Owh... memang anak papa Deela ni bila lidah dia terjelir mcm tu. Sebijik mcm Nik Hazimin, ahaks...







Thursday, April 2, 2009

And the winner goes to...

Maka pagi ni dengan keadaan diri yg berdebar, aku berdua dgn Azri menggagahkan diri ke Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

Berdebar memang berdebar walaupun aku hanya pemerhati je. Tak lama lepas kami sampai, HEM pulak sampai. Memang Azri ni anak emas HEM. Bagus jgk HEM dtg tgk ni, at least dia boleh argue kalau ade yg meragukan. Aku bukan reti ape2 pun, ahaks...

Dalam pukul 8.15am pengelola panggil untuk main. Aku pucat dah... budak SPI tu muka rileks je. Cehhh...
Final lelaki bawah 15 thn pun jalan sekali.

Fight memang fight... budak SPI tu memang liat nak ditundukkan. Tapi Azri memang melawan, sedaya upaya dia main. Satu kelemahan Azri ni , dia tak pandai control game. Dia asyik ikut je rentak budak SPI tu.

Aku hanya mampu menonton... dan sekali sekala snap gambar. Lupe lak nak pinjam kamera Adlin... camera SLR tu (mewah betul budak2 skrg ni). Camera aku tu lupe nak charge bateri dia, so pakai Azri punye je.

Setelah 2 jam aku bangun, duduk, mundar-mandir, ke depan, ke belakang... baru laa abis diorg main the best three. Lama gile!!! Macam Nadal vs Roger pulak dah... kalau jual tiket mau abis ni.

And the winner goes to... Kogilan from SPI.

Si Azri keluar dari tennis court tu nampak laa muke dia frust. Sethn dia tak masuk mane2 tournament, maka haruslah dia pancit & hilang skill.

Aku memang kesian gile kalau part budak2 ni masuk pertandingan pastu tak dpt 1st place. Ntah kenapa, aku rase mcm budak2 SASER ni tertekan nakkan kemenangan. Mcm mind-setting kalau ape2 hal mesti excel. Kalau tak, diorg akan down ... sbb takut cikgu marah ke?

Lepas main, terus penyampaian medal. Pengelola dah lame kemas brg2 diorg, tunggu game ni abis je. Yg lain sume dah selesai lame dah. Lepas tu Azri mintak izin pegi toilet dulu... lame jgk laa dia. Rasenye mcm org mandi laa lamenye. Adakah...??
Ya Allah... kesian.

Masa dlm kete aku sedaya-upaya tanak sebut lagi dah game dia td. Aku bawak dia pegi makan dulu sebelum balik sekolah... mule2 singgah dekat M besar. Dah masuk tu baru si Azri ckp nak mkn Kay Epp Cii. Pusing pulak cari Kay Epp Cii...
Baru laa nampak happy muke dia... dan aku pulak terpakse laa buat cite2 bangang supaya dia ketawa mcm biase dia ketawa dlm kelas.

Somehow aku tetap happy for him... lepas ni dia ade latihan pusat pulak. 22nd-29th April depan ade MSSMNS pulak. Tertinggal lagi kelas dia... takpe, aku akan ganti balik kelas dia sbb maybe aku pun kena tuang kelas lg, huwaaaa!!

Anyway, tahniah buat Azri dan terima kasih buat Adlin, Amir Rifqi & Mohd Afiq Ariff... sbb awak sume akan menaikkan markah LNPT saya, hua hua hua hua....

Wednesday, April 1, 2009

Kejohanan Tenis MSSMD S'ban Utara

Pagi tadi aku pi anta 4 org students main tenis... baru peringkat daerah je.
Tugas sbg Guru Pasukan Tenis Sekolah ni aku pikul sejak tahun lepas. Tak tau laa aku atas sbb ape aku jadi guru pasukan ni. Jangan kate nak main, undang2 dia ke, cara nak kire ke... mmg totally zero!! Setakat badminton tu boleh lg laa... ping pong ke.

Dulu time bercinta kat maktab dulu penah laa sekali beriadah dgn abang... kitorg main tenis. Tapi sekali tu jelah ktiorg main. Abang kate, "Penat laa kutip bola je."
Maka selepas itu kami decide tak main tenis dah, setakat jogging je same2 tak pun lepak kat library. (mulia tak kami bercinta? hahahahaha...)

Hmmm... berbalik ke tujuan asal. Last year aku anta budak main tenis ni setakat penyertaan je. Aku sbnrnye kalau boleh nak mintak tolong cikgu lain gantikan tmpt aku... just imagine time tu aku pregnant dah 37 weeks. Agak malu jgk mase tu aku pi menghantar dgn keadaan yg mcm tu...
Tapi aku ni kalau boleh nak galas jgk tugas tu sbb tanak org pikir ibu mengandung ni lemah. Lagipun bukan aku yg main, setakat hantar je kan? Plus org lain pun byk keje jgk. Malasssssss nak dengar dolak dalih org...

Pemilihan pelajar ni HEM yg buat sbb dia terror main tenis... aku takat dok tepi tgk je diorg main. Kata tak reti apa2... pastu refer je HEM. Untuk tahun ni aku bawak sorang budak F5 + 3 org budak F4. Yg budak F5 ni mmg aku ajar kelas dia... Azri 5 Alfa. Aku memang selalu dgr dia ni star tenis... iye ke?

Persoalan itu telah terjawab.... YA!! Dia memang star tenis!! Perghhh... bangga gile aku. Dgn mengumpan dia bahawa aku akan hantar dia dgn Civic dan bwk dia gi Alamanda (Azri ni budak Johor, tak smp lg ke Alamanda + aku memain je mule2 tu)... Dia telah bermain dgn selamba sahaja. Setelah aku sembang dgn dia... rupenye dia pemain MSSM Johor. Silap besar laa... hua hua hua hua!!!

Esok final bwh 18 thn... lawan dgn St. Paul Institute. Nampak budak SPI ni pun boleh tahan... Takpe, Insyaallah Azri boleh! Lagipun 4 finalist tu automatically jd team daerah Seremban Utara.

Tapi ade sesuatu yg merunsingkan aku. Kalau Azri main smp peringkat MSSM, bile pulak dia nak belajar? Ishkkk... ayah dia beriya2 nak masukkan dia SASER supaya ikut jejak abang dia yg juga SASERian. Ragbi pun dia belasah jgk...

p/s: Aku sgt sayang kelas2 yg aku ajar maka aku sgt concern dgn prestasi diorg.