Pagi tadi aku pi anta 4 org students main tenis... baru peringkat daerah je.
Tugas sbg Guru Pasukan Tenis Sekolah ni aku pikul sejak tahun lepas. Tak tau laa aku atas sbb ape aku jadi guru pasukan ni. Jangan kate nak main, undang2 dia ke, cara nak kire ke... mmg totally zero!! Setakat badminton tu boleh lg laa... ping pong ke.
Dulu time bercinta kat maktab dulu penah laa sekali beriadah dgn abang... kitorg main tenis. Tapi sekali tu jelah ktiorg main. Abang kate, "Penat laa kutip bola je."
Maka selepas itu kami decide tak main tenis dah, setakat jogging je same2 tak pun lepak kat library. (mulia tak kami bercinta? hahahahaha...)
Hmmm... berbalik ke tujuan asal. Last year aku anta budak main tenis ni setakat penyertaan je. Aku sbnrnye kalau boleh nak mintak tolong cikgu lain gantikan tmpt aku... just imagine time tu aku pregnant dah 37 weeks. Agak malu jgk mase tu aku pi menghantar dgn keadaan yg mcm tu...
Tapi aku ni kalau boleh nak galas jgk tugas tu sbb tanak org pikir ibu mengandung ni lemah. Lagipun bukan aku yg main, setakat hantar je kan? Plus org lain pun byk keje jgk. Malasssssss nak dengar dolak dalih org...
Pemilihan pelajar ni HEM yg buat sbb dia terror main tenis... aku takat dok tepi tgk je diorg main. Kata tak reti apa2... pastu refer je HEM. Untuk tahun ni aku bawak sorang budak F5 + 3 org budak F4. Yg budak F5 ni mmg aku ajar kelas dia... Azri 5 Alfa. Aku memang selalu dgr dia ni star tenis... iye ke?
Persoalan itu telah terjawab.... YA!! Dia memang star tenis!! Perghhh... bangga gile aku. Dgn mengumpan dia bahawa aku akan hantar dia dgn Civic dan bwk dia gi Alamanda (Azri ni budak Johor, tak smp lg ke Alamanda + aku memain je mule2 tu)... Dia telah bermain dgn selamba sahaja. Setelah aku sembang dgn dia... rupenye dia pemain MSSM Johor. Silap besar laa... hua hua hua hua!!!
Esok final bwh 18 thn... lawan dgn St. Paul Institute. Nampak budak SPI ni pun boleh tahan... Takpe, Insyaallah Azri boleh! Lagipun 4 finalist tu automatically jd team daerah Seremban Utara.
Tapi ade sesuatu yg merunsingkan aku. Kalau Azri main smp peringkat MSSM, bile pulak dia nak belajar? Ishkkk... ayah dia beriya2 nak masukkan dia SASER supaya ikut jejak abang dia yg juga SASERian. Ragbi pun dia belasah jgk...
p/s: Aku sgt sayang kelas2 yg aku ajar maka aku sgt concern dgn prestasi diorg.
airin..kekdg budak pdi lebih cepat catch up esp lelaki.....fakta tu...tp tak masuk lg la dlm silibus bio airin tu..hehe!
ReplyDelete