Wednesday, November 18, 2009

Ketidakjujuran




Hari ini aku memulakan tugas sebagai Pengawas SPM.
Tapi ada agak kekecohan sikit pagi tadi bila incik suami membawa bersama kunci Mr Black. Musykil jugak macam mane kunci Mr Black boleh pulak 'girlfriend' incik suami yg 'simpan'?

Takde ape kesulitan yang berlaku di sepanjang sesi pagi tadi. Sekolah yang aku jaga ni pun sekolah kluster dan pelajar-pelajar dia tidak bermasalah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Cuma yang aku tak puas hati tu...
Apakah perasaan seorang Pengawas SPM yang juga merupakan seorang cikgu apabila dia tidak jujur menjalankan tanggungjawab dia.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Tak pun dia menyembang.
Nanti main handphone pulak.

Okay, ada budak keluar dewan untuk ke tandas.
Tapi itu tandas pelajar lelaki, sedangkan Pengawas ni perempuan.
Hmmm....

Harap-harap aku mendapat elaun yang halal dengan menjalankan tanggungjawab dengan jujur.

Thursday, November 12, 2009

Bila hati berbicara

Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya...
Ini bermakna SPM dah semakin hampir.
Saat aku menaip entri ni, tinggal 6 hari lagi anak-anak murid aku akan 'berjuang' demi masa depan mereka.

Dan sejak sebulan yang lalu, aku mula 'menjauhkan' diri daripada anak-anak muridku; 5 Alfa & 5 Iota.... haih! Sedih, sedih...

Tahun ini juga aku tak menghadiri mana-mana farewell party, baik 5 Alfa mahupun 5 Iota... haih! Sedih, sedih...

Wahai anak-anak muridku 5 Alfa & 5 Iota,
Saya minta maaf awal-awal sebelum Majlis Redha Ilmu kita esok. Pertamanya, saya minta maaf sebab tak hadir pun farewell party awak, walaupun sebenarnya saya hadir menghulur apa yang mampu saya berikan untuk jamuan awak semua.

Banyak yang tak sempurna daripada yang sempurna ilmu yang saya berikan kepada awak. Kadang-kala saya sendiri tahapehape mengajar awak semua... maafkan saya.
Timbul pulak tu perasaan geram saya bila awak tak faham ape yang saya bebelkan... bahasa saya berbelit sgt ke, saya tak reti bg penerangan ke... maafkan saya.

Bila saya hilang pertimbangan, mula laa nak marah-marah kan? Tapi itu jarang-jarang berlaku kan? (eh ye ke?). Saya pernah dengar cerita yang awak cakap dengan pelajar kelas lain yang saya ni garang (alamak, gelak sket)... maafkan saya. Saya bukan cikgu yang sempurna, kadang-kadang tidak dapat kawal emosi. Tapi akhirnya kita kamceng jugak kan? Cuma saya je yang 'menjauhkan' diri daripada awak semua sejak akhir-akhir ini... haih! Sedih, sedih....

Saya juga nak minta maaf kalau saya ade terkasar bahasa dengan awak... maafkan saya. Percayalah, ianya bukan datang daripada hati. Jauh di sudut hati saya, saya nak awak semua berjaya walaupun saya tak pernah galakkan awak semua jadi doktor (ape punye cikgu bio daa...). Dan yang paling pasti, awak semua ada di hati saya walau sejahat mane pun awak, walau seburuk mane pun awak, walau segagal mane pun awak... oppsss! Eh betul, tak tipu...

Saya harap, lepas habis SPM ni... kita takkan terputus hubungan. Antara saya dengan awak & antara awak sekelas (add laa saya di facebook, hehe...). Dan saya harap takde benci & dendam awak terhadap saya... maafkan saya.

Akhir sekali, harapan saya yang sangat menggunung ialah...
Sila baca buku Biologi semasa balik kampung merayakan Hari Raya Haji ok? Takkan itupun saya nak ingatkan? Eh, opsss...

Harapan saya adalah awak semua berjaya di dalam hidup & juga akhirat.

SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!

Sunday, November 8, 2009

Hobin Jang Hobin

Piala Malaysia

Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menjulang Piala Malaysia di dalam perlawanan akhir menentang Kelantan.

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan... you deserved it!



Hobin Jang Hobin (lagu pasukan NS)

hobin jang hobin

dari sawah turun padang

kini kau dah pandai nondang

kalai ini mesti monang

bukan susah cukup sonang

hobin jang hobin

sumbek gol banyak2

biar sampai gol kuyak

main biar hati2

jangan masuk gol sendiri

hobin jang hobin

dua satu kocik bonar

ompek satu sonyum lebar

kalau bulih tujuh kosong

biar dio balik melopong

hobin jang hobin

yamtuan sokong kito

montori bosar sokong kito

undang luak sokong kito

jangan buek malu muko

hobin jang hobin

bukan main bola lisut

bukan main bola tampar

biar dio orang tokojut

kito monang piala Malaysia

hobin jang hobin

kali ini kalau kalah

balik kampong potong gotah

kito jangan monggolabah

semuo pialo kito punggah

hobin jang hobin!!!


(lagu boleh didapati di http://n9futbol.com)




Wednesday, November 4, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah



Hari ini dalam sejarah

Setelah hampir 7-8 bulan Adeela menidakkan segala pelawaan untuk menjamah segala bentuk makanan, akhirnya minggu ini Adeela telah menunjukkan minatnya terhadap makanan (barulah anak Mama & Papa).

Dan malam ini buat pertama kalinya Adeela makan nasi berlaukkan sup ayam dgn penuh 'berehi' (berahi).

Alhamdulillah... seronok Mama tgk Deela makan manyak2 tau?
Tapi Mama tamau Deela jadi obese-fat-baby pulak ;p

Money Money Money


Duit ni besar betul pengaruhnya.

Kerana duit orang hilang pertimbangan
Kerana duit orang jadi sayang
Kerana duit timbul perbalahan
Kerana duit mata mula jadi rambang

Tapi dalam situasi aku sekarang, aku jadi segan kerana duit.
Tanggungjawab tak terlaksana dengan sempurna lagi... haih~