Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."
Agak tajam sikit entri kali ini iaitu berkaitan dengan hutang.
Hmmm... aku baru je terbaca status seseorang di fb iaitu dia sgt bersyukur tidak disenaraihitamkan namanya oleh Imegresen kerana tidak membayar lagi hutang PTPTN kerana pada hujung minggu ini dia akan ke luar negara.
Kesian... nama salah seorang rakan atau saudaranya yang merancang untuk ke luar negara bersamanya disenaraihitamkan.
Persoalannya sekarang... salah siapa semua ini?
Isu paling utama oleh penghutang tegar di luar sana adalah faedah yg terlalu tinggi yang dikenakan oleh PTPTN.
OHH PLEASE!!!
Aku nak persoalkan penghutang-penghutang di luar sana.
-> Kenapa anda mampu mendapatkan telefon bimbit yang mahal dengan mudah?
-> Bagaimana anda berupaya membeli kereta dengan mudah? (interest tinggi jgk ape?)
-> Kenduri kahwin anda paling hebat di taman anda, pun tidak mampu membayar hutang?
-> Baju, handbag anda semua berjenama... masih tidak mampu membayar hutang?
-> Kalau dah nak ke luar negara tu, maknanya anda hidup dalam kemewahan. Kenapa abaikan hutang anda?
-> Paling utama, kalau tidak kerana PTPTipu yang anda kutuk sangat tu... segulung ijazah pun anda tidak akan dapat genggam. Kalau hebat sangat, kenapa tidak pohon biasiswa? Atau harapkan sahaja ibubapa anda untuk membayar yuran pengajian dan selera anda yang tinggi itu?
Jadi kenapa masih suka berhutang?
Pasti ada yang mengutuk aku balik... "Kau mane tau org lain susah mcm mane?"
Iye, saya akui yang tidak membayar hutang mungkin dia sendiri belum mempunyai pekerjaan yang tetap, banyak tanggungan.
Tetapi kalau berpandukan kepada status fb seseorang yg memberi idea kepada blog saya ini, beliau adalah anak kepada bekas wakil rakyat bergelar Datuk, hidup dalam kemewahan, penuh dengan glamer... jadi kenapa masih berhutang?
Betul ape Che Det kata... MELAYU MUDAH LUPA.
Pada pendapat aku, dahulukan hutang terutama sekali hutang semasa anda belajar. Duit tu yang anda gunakan untuk memperoleh sedikit ilmu dan ilmu itu juga yang kita nak gunakan untuk mencari sesuap nasi.
Tapi tak taulah kalau duit tu anda gunakan untuk enjoy di zaman belajar anda.
TETTTTTTT!!!!