Monday, January 11, 2010

Muhasabah diri

Pernah tak korang melalui situasi di mana korang berada dalam sekelompok rakan-rakan tapi anda merasakan diri korang 'kecik' je?

Maksud kecik di sini ialah dari segi kerjaya, latarbelakang pendidikan, pencapaian dan sebagainya.

Hmmm... baru-baru aku melalui perasaan rendah diri, kompleks diri betul! Padahal takde ape pun, aku sendiri yg cipta perasaan tu.

Satu hari, entah macam mane kami sekeluarga (aku, incik suami & adeela) dijemput secara tak sengaja duduk semeja bagi meraikan sesuatu bersama sekolompok manusia (2 pasang suami isteri) yang lebih kurang sebaya dengan aku & incik suami. Duduk di restoran kek terkenal yg mempunyai resipi rahsia tu je aku dah rase janggal. Bukan tak pernah makan kat tempat2 mcm tu, tp kebiasaannya dengan orang yang aku rapat eg. incik suami, mak, along & kak syidah, angah & family. Makna kate, di kalangan family sahaja. Dengan orang yang mempunyai hubungan secara tak langsung ni jarang-jarang berlaku.

Bila dah macam tu, aku & incik suami jarang-jarang sekali dapat berbual dengan tuan empunya majlis sebab memang jarang-jarang kami bertemu dengan tuan empunya majlis tu... boleh dikatakan tiada langsung komunikasi.

Timbullah pemikiran yang aku boleh katakan kuno bila aku menaip di hp dan tunjukkan pada incik suami, " Abang, sayang rase malu dgn diorg ni. Diorg hebat2."

Incik suami macam biase, senyum je... dan mengangguk.

Kerana yang ada duduk semeja dengan kami tu pensyarah lepasan luar negara & dalam negara, kontraktor berprofil tinggi... dan kami???
Cikgu je...

Kemudian incik suami menaip sesuatu di hp tu...

"Tapi kita ade adeela ;p"

Dan pada masa tu aku rase pulih semula semangat aku (pandai kan incik suami ambik hati?)

Alhamdulillah... dalam kekurangan diri kita, pasti ade satu kelebihan pada diri kita ;p

p/s: saserian yang bace entri ni, mulakanlah muhasabah diri. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

7 comments:

  1. yup2..saye stuju tu...bak kate madam lim mse mentor mentee dulu..

    dun expect thing to get easier,but expect urself to be better..

    ReplyDelete
  2. itulah dia kak airin, setiap org ada kelebihan n kekurangan masing2. Tuhan bagi rezki pd setiap manusia tuh dlm lain2 bentuk. kan? ;)

    ReplyDelete
  3. padle: wallap!! hehehe...

    kd: jgn mudah lupa diri & jgn rasa rendah diri...

    ReplyDelete
  4. bila pikir pikirkan balikkan cikgu,bapak takot gile nak membesar....ARGHHHHHHH!!!!

    tp nak wat cner,lumrah idop >.<!

    saya harap saya akan berjaya dan menjadi seorang yg rendah diri.ikotlah resmi padi kan cikgu?

    ReplyDelete
  5. setuju dengan ijah n airin.tapi rin..aku senang aje...cikgu lagi hebat ape...sebab takde cikgu takde la pensyarah,takdela kontraktor, takde loyer, takde doktor.sebab mase dari tadika lagi sampai naik menengah cikgu dok pesan blaja rajin2, pilih kerjaya ape yang kita nak jadi...;)

    aku bangga dengan cikgu airin!

    ReplyDelete
  6. sipot: jgn takut... membesar itu BENAR!! hehehe...

    jannah: oh, ada org menghargai cikgu, ada org memperlekehkan je cikgu ni. tapi lebih byk yg mengabaikan.
    dan bila dah berjaya, ada yg mempertikaikan tindakan cikgu mereka dahulu.

    ReplyDelete
  7. kerja sbagai seorang guru lagi power lah.
    kalau diorang kontraktor pun.
    kalau takda cikgu tak dapat jadi kontraktor gak.

    ReplyDelete