Sunday, February 28, 2010

Salam Takziah

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.


Salam takziah buat keluarga arwah Syafia Humairah.
Sedih betul dengan kejadian macam ni... lepas satu, satu.

Entahlah, saya tak paham dengan institusi kekeluargaan Melayu pada waktu ini.
Jikalau saya tidak tersilap dari pembacaan saya bahawa ibu arwah ni sedang mengandung 4 bulan... dan kalau saya tak salah faham, anak dalam kandungan tu anak luar nikah.

Allahuakbar.... sedih kan? Kenapa laa jahil sangat mereka ni?
Ibu arwah tu dah memang buat maksiat yang terang-terangan... tapi apa pula peranan keluarga ibu arwah tu? Takkan datuk & nenek si arwah ni langsung tidak tahu-menahu apa yang berlaku? Sampai ibu arwah ni mengandung pulak lagi ni... sedih, sedih.

Takkan ibu arwah tak ambil pengajaran? Bekas suaminya iaitu ayah arwah sendiri meringkuk dalam penjara sehinggakan minta izin untuk hadir pengkebumian arwah pun tidak dibenarkan, maknanya dia pernah melakukan jenayah berat laa kan?

Kenapa ibu arwah masih lagi mencari lelaki yang bermasalah? Kemaruk sangat ke?

Ya... saya sedang mengutuk kaum saya sendiri. Kaum yang selalu dilabel sebagai lemah dan perbuatan macam ni memang terserlah kelemahan kaum hawa.

Banyak lagi persoalan yang berlegar dalam otak saya ni... seperti, kenapa dengan mudah arwah ni dibawa keluar dari rumah nenek arwah? Ini bermakna suspek sudah biasa datang ke rumah itu dan membawa arwah ke mana-mana... dan tiba-tiba datuk arwah mengeluarkan statement "Saya tidak akan maafkan suspek". Kesilapan berlaku sejak dari awal lagi wahai datuk arwah, anda membiarkan anak anda melakukan maksiat serta membiarkan orang yang melakukan maksiat itu membawa cucu anda sesuka hati beliau.

Saya memang agak kesal dengan perbuatan seperti binatang & syaitan ini...

Ketahuilah bahawa ramai di luar sana yang melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan seorang anak... Tapi manusia macam ni mensia-siakan kehidupan seorang anak yang tidak berdosa.

Laknatlah mereka yang melakukannya dan bersubahat dengan perbuatan mereka ini.



4 comments:

  1. cikgu,batu 17 kuang tue kat rumah saya cikgu.dkat kuala kubu bharu??

    ReplyDelete
  2. kalau awak keliru, saya lg tak paham. tak penah smp pun tmpt tu.

    ReplyDelete
  3. ntahla rin...akal yang waras ni asik tetanye tanye 'aiiihhhhhhh takkan mak ayah dia tak tau ape yang anak dia buat.status diri anak tu,cucu yang lahir (ade umur 1y++ hasil dengan suspek ikut berita)'

    takkan sampai siankan anak yang begantung tak betali sebab menantu masuk penjara, boleh pejamkan mata tengok anak buat hal dengan lelaki lain!!.issssssssshhhh seram aku tengok famili macam nih.siyes! lagi seram daripada nampak syaitan!

    ReplyDelete
  4. kan? bangang laa senang kata.... siap mengaku dgn org kampung lg tu dah kawin.

    pastu dah jadi mcm ni ade hati nak mintak bantuan JKM. dia bernasib baik sbb aku belum bayar cukai lg. kalau aku dah bayar, mau aku haramkan duit tu pegi kat dia.

    ReplyDelete