Tuesday, March 16, 2010

SASER : Walaupun tak pemes, kami tetap no 1

Di saat entri ini ditaip... saya tinggal berdua sahaja dengan Adeela. Uwan & Papa pegi dinner Kejohanan Golf MSSM di Seremban International Golf Club. Uwan dijemput sbg mantan pegawai JPNS, Papa pulak jadi photographer majlis tu. Ingat nak join je dinner tu tapi memikirkan 'kebuasan' Adeela, maka lupekan saje.

Sekarang ni pun kami berdua buat aktiviti masing-masing... Adeela leka dgn dvd Upin & Ipin dia, Mama dia leka kat sini.

Berkaitan dengan tajuk entri... saya rase agak sedih dan kesal. Ia berlaku di sebuah bank ketika saya menandatangani surat penyerahan Mr Black Persona saya. Ikuti perbualan di bawah:

En. A : Tandatangan sini je kan En. B?

En. B : Ha, iye... tandatangan sini je.

En. A : Cikgu tandatangan sini je cikgu. Lain-lain semua dah settle.

Saya pun tandatangan di tempat yang dipinta... pelik sebab saya dah tak hiba, hehehe. Dah terima kenyataan bahawasanya Mr Black Persona telah diambil orang kot. Setelah selesai, En. A sempat lagi berbual dengan En. B.

En. A : Ni cikgu ni... cikgu no. 1 Malaysia ni.

Hehehe... saya pun berkerut masa En. A tu cakap macam tu. Ade pulak saya cikgu no 1 Malaysia.

En. B : Kau biar betul?

En. A : Laa... kan SPM baru ni. Cikgu ni ngajar sekolah tu.

En. B : Oooo... TKC ke? Iye iye iye...

En. A : Bukan TKC... TKC no 10. Ni Sains Seremban ni... Sekarang diorang no 1 kat Malaysia. TKC tu no 10.

Itu yang menyedihkan saya... Lembu punye susu, sapi dapat nama.

Takpe, walaupun tak pemes tapi tetap no 1.

Monday, March 15, 2010

Gred Purata Keseluruhan (GPK) dan Purata Nilai Gred (PNG) bagi gred A1 dan A+


Gred A1 dalam penggredan yang lama telah diubah kepada gred A+ seperti yang di atas.

Kepada 7th batch, selamat memohon biasiswa tidak kira sama ada yang di luar negara mahupun dalam negara.


Wednesday, March 10, 2010

Goodbye My Love... Mr Black Persona in memories

My Mr Black Persona


Akhirnya keputusan untuk menjual Mr Black Persona terlaksana jua...
Tapi tak sangka pulak owner baru, Ifat merangkap sepupu incik suami akan ambik Mr Black ni hari ni. Jadi tak sempat nak berjiwa-jiwa dengan Mr Black ni.

Before ni saya pakai Kancil a.k.a. Jefry (sbb plate no dia JFY)... juga dijual sebab nak beli Mr Black ni laa. Mase tu incik suami mengajar dekat Kapit, Sarawak lagi. Saya memikirkan kalau nak balik KB takkan nak naik kancil berusia 6-7 tahun pada ketika itu. Tambahan pulak kereta kebal incik suami tinggal di KB, maka saya pun memilih Mr Black sebagai our 1st car.

Tapi bila incik suami dah pindah sini... "cinta pandang pertama" beliau terhadap Civic tidak dapat dilupakan, maka saya terpaksa merelakan diri ini berkongsi kasih dgn Civic. Mak dah bising-bising sebab saya dan incik suami kedua-duanya memakai kereta yang pada anggapan mak agak besar.

"Kau kena pakai satu kete kecik Dik, tak boleh laa dua-dua pakai kete besar, " nasihat mak.

Memandangkan saya anak yang patuh kepada nasihat ibunya, lama jugak saya membuat keputusan ini. Biarlah saya berkorban demi kasih incik suami terhadap Civic itu.

Tambahan pulak, rumah kami dah siap... besar perbelanjaan kami kalau saya terus pakai Mr Black ni, parok laa weyy!!! Lagipun sepanjang saya memakai Mr Black ni... beliau hanya digunakan untuk pergi dan balik ke sekolah je. Balik KB pun baru 2 kali je.

Kemungkinan besar selepas ini saya akan balik kepada Perodua semula... mungkin Viva sahaja.

Apa-apa pun saya masih tetap rindu dengan Jefry.... mane laa Jefry sekarang.
Sekurang-kurangnya Mr Black ni saya masih boleh tatap lagi.... agak-agak rindu, pergi je ke Senawang ;p

Lepas ni akan bermula pula episod "Masuk Rumah Baru".... yeaaa!!!


Sunday, March 7, 2010

LEKAS dah sampai Seremban

Hari ni Paksu buat kenduri doa selamat sempena wife Pesal, si Nawal yang sedang sarat mengandung 32 minggu. Nampak kecik je perut Nawal, tak macam aku mcm tong yang tak agak-agak besarnye. Bile tanye bile due, dalam awal Mei nanti... baby girl katanye.

Tapi kali ni kami tak ikut highway PLUS... kami ikut highway baru iaitu LEKAS. Yang bestnya tu ada exit Tol Ampangan... dekat sangat dah dengan rumah mak ni. Tapi yang paling best, lebih dekat dengan baru kami dan boleh dilihat dari atas higway itu, yea!!!

Exit paling last adalah Tol Kajang... tol RM4.00 sahaja. Memandangkan LEKAS tgh buat promotion, ada 20% off. Lepas Tol Kajang, kami keluar ke Sg. Long dan kemudian masuk highway Kajang-Cheras pulak. Dan akhirnya masuk jugak laa ke MRRT2, highway yang mengimbau kenangan semasa kali pertama incik suami nak datang rumah beraya.

Bijak sungguh orang buat highway LEKAS ni... alternatif lain nak masuk KL. Takde laa semua bertumpu dekat highway PLUS tu. Scenery dia pun sangat menarik... terasa macam lalu dekat highway Pantai Timur pulak. Tapi risau pulak tengok bukit-bukau kena tarah tu. Harap-harap takde apa-apa perkara buruk akan berlaku.

Kepada sesiapa yang belum cuba guna highway LEKAS tu, boleh laa start google highway LEKAS untuk tengok laluan dia.

Two thumbs up!

Friday, March 5, 2010

Kebahagiaanku



Daripada ulas kes dera... baik aku buat entri pasal tiga bersaudara ni... Nur Batrisyia Sorfeena, Nu Farisa Adreanna dan juga Nik Aimy Adeela.