Wednesday, March 10, 2010

Goodbye My Love... Mr Black Persona in memories

My Mr Black Persona


Akhirnya keputusan untuk menjual Mr Black Persona terlaksana jua...
Tapi tak sangka pulak owner baru, Ifat merangkap sepupu incik suami akan ambik Mr Black ni hari ni. Jadi tak sempat nak berjiwa-jiwa dengan Mr Black ni.

Before ni saya pakai Kancil a.k.a. Jefry (sbb plate no dia JFY)... juga dijual sebab nak beli Mr Black ni laa. Mase tu incik suami mengajar dekat Kapit, Sarawak lagi. Saya memikirkan kalau nak balik KB takkan nak naik kancil berusia 6-7 tahun pada ketika itu. Tambahan pulak kereta kebal incik suami tinggal di KB, maka saya pun memilih Mr Black sebagai our 1st car.

Tapi bila incik suami dah pindah sini... "cinta pandang pertama" beliau terhadap Civic tidak dapat dilupakan, maka saya terpaksa merelakan diri ini berkongsi kasih dgn Civic. Mak dah bising-bising sebab saya dan incik suami kedua-duanya memakai kereta yang pada anggapan mak agak besar.

"Kau kena pakai satu kete kecik Dik, tak boleh laa dua-dua pakai kete besar, " nasihat mak.

Memandangkan saya anak yang patuh kepada nasihat ibunya, lama jugak saya membuat keputusan ini. Biarlah saya berkorban demi kasih incik suami terhadap Civic itu.

Tambahan pulak, rumah kami dah siap... besar perbelanjaan kami kalau saya terus pakai Mr Black ni, parok laa weyy!!! Lagipun sepanjang saya memakai Mr Black ni... beliau hanya digunakan untuk pergi dan balik ke sekolah je. Balik KB pun baru 2 kali je.

Kemungkinan besar selepas ini saya akan balik kepada Perodua semula... mungkin Viva sahaja.

Apa-apa pun saya masih tetap rindu dengan Jefry.... mane laa Jefry sekarang.
Sekurang-kurangnya Mr Black ni saya masih boleh tatap lagi.... agak-agak rindu, pergi je ke Senawang ;p

Lepas ni akan bermula pula episod "Masuk Rumah Baru".... yeaaa!!!


No comments:

Post a Comment