Thursday, November 12, 2009

Bila hati berbicara

Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya...
Ini bermakna SPM dah semakin hampir.
Saat aku menaip entri ni, tinggal 6 hari lagi anak-anak murid aku akan 'berjuang' demi masa depan mereka.

Dan sejak sebulan yang lalu, aku mula 'menjauhkan' diri daripada anak-anak muridku; 5 Alfa & 5 Iota.... haih! Sedih, sedih...

Tahun ini juga aku tak menghadiri mana-mana farewell party, baik 5 Alfa mahupun 5 Iota... haih! Sedih, sedih...

Wahai anak-anak muridku 5 Alfa & 5 Iota,
Saya minta maaf awal-awal sebelum Majlis Redha Ilmu kita esok. Pertamanya, saya minta maaf sebab tak hadir pun farewell party awak, walaupun sebenarnya saya hadir menghulur apa yang mampu saya berikan untuk jamuan awak semua.

Banyak yang tak sempurna daripada yang sempurna ilmu yang saya berikan kepada awak. Kadang-kala saya sendiri tahapehape mengajar awak semua... maafkan saya.
Timbul pulak tu perasaan geram saya bila awak tak faham ape yang saya bebelkan... bahasa saya berbelit sgt ke, saya tak reti bg penerangan ke... maafkan saya.

Bila saya hilang pertimbangan, mula laa nak marah-marah kan? Tapi itu jarang-jarang berlaku kan? (eh ye ke?). Saya pernah dengar cerita yang awak cakap dengan pelajar kelas lain yang saya ni garang (alamak, gelak sket)... maafkan saya. Saya bukan cikgu yang sempurna, kadang-kadang tidak dapat kawal emosi. Tapi akhirnya kita kamceng jugak kan? Cuma saya je yang 'menjauhkan' diri daripada awak semua sejak akhir-akhir ini... haih! Sedih, sedih....

Saya juga nak minta maaf kalau saya ade terkasar bahasa dengan awak... maafkan saya. Percayalah, ianya bukan datang daripada hati. Jauh di sudut hati saya, saya nak awak semua berjaya walaupun saya tak pernah galakkan awak semua jadi doktor (ape punye cikgu bio daa...). Dan yang paling pasti, awak semua ada di hati saya walau sejahat mane pun awak, walau seburuk mane pun awak, walau segagal mane pun awak... oppsss! Eh betul, tak tipu...

Saya harap, lepas habis SPM ni... kita takkan terputus hubungan. Antara saya dengan awak & antara awak sekelas (add laa saya di facebook, hehe...). Dan saya harap takde benci & dendam awak terhadap saya... maafkan saya.

Akhir sekali, harapan saya yang sangat menggunung ialah...
Sila baca buku Biologi semasa balik kampung merayakan Hari Raya Haji ok? Takkan itupun saya nak ingatkan? Eh, opsss...

Harapan saya adalah awak semua berjaya di dalam hidup & juga akhirat.

SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!

3 comments:

  1. haha...sy memg sntiase ingt kat ckgu smpai ari ni kan...cume raye taon ni je sy xsmpat nk braye uma ckgu...bz lor...

    ReplyDelete
  2. time kasih ingat saya lagi... biaselah tu. makin hari makin sibuk. thn ni 6th batch ade dtg beraya. thn depan 7th batch je pulak.

    ReplyDelete
  3. cikgu saya nak mintak maaf cikgu sbb banyak buat masalah kat cikgu.masa last redha ilmu tue,cikgu suh saya pergi buat second round,masa last tue saya nampak cikgu ngan qamar.saya pun pergi lah dulu kat cikgu haris.dah habis ngan cikgu haris jer syaa tgk cikgu dah masok bilik vip.x sempat saya nak minx maaf.tp lepas baca entry nie,saya lega lah skit.hahaha.harap cikgu doakan saya.saya janji masa raya haji tue saya baca bio sampai lewat malam.sbnarnya,sblom nie kalau esok bio saya mesti tido kol 10.30.kadang2 lepas isyak jer saya dah tido kalau esok bio.tp masa raya haji saya xnak tido awal.ill try my best.doakan saya cikgu/

    p/s:saya x pam cikgu ngan kamera saya tue.hahhaha.tp xpe,saya pergi btolkan sendiri.thx cikgu.

    ReplyDelete