Sunday, January 31, 2010

Semangat yg luntur

Bayangkan situasi ini...

Pada pagi ahad yang permai, ditambah dgn keletah si kecil yang juga seakan-akan faham bahawa hari ahad inilah hari yang paling bermakna baginya kerana kedua ibubapanya akan cuba memenuhi apa jua permintaan beliau.

Tapi di atas dasar tugas dan tanggungjawab, si ibu terpaksa mengenepikan semua itu. Seperti yang dijanjikan, si ibu dengan segera bersiap untuk ke sekolah.

Selasa, 2hb Februari 2010 nanti akan berlaku satu majlis penting di mana sekolah-sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan pelajar tingkatan 4. Maka disebabkan itu, si ibu ditugaskan untuk menyelenggara persiapan dewan untuk hari bersejarah tersebut.

Sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan berpegang pada janjinya, si ibu tiba di sekolah tepat jam 8.40 pagi; saat yang indah untuk bermain air bersama si kecil.

Setibanya si ibu di sekolah, kelihatan para pelajar tingkatan 5 sedang asyik bermain badminton di dalam dewan.
"Hmmm, mungkin aku harus biarkan mereka menghabiskan dahulu satu permainan ini sahaja lagi. Kemudian baru aku arahkan mereka menyusun kerusi," si ibu berkata-kata di dalam hati.

Maka si ibu pun berpesan dengan salah seorang pelajar yang berada di dalam itu supaya berhenti bermain setelah satu permainan itu selesai. Si ibu pergi menjenguk para pelajarnya di kelas, juga sedang melakukan kerja-kerja mengemas dan menghias. Sungguh komitednya kami warga sekolah menyambut kedatangan ahli baru.

Sekembalinya si ibu ke dewan, didapati pelajar lain pula menyambung permainan badminton tersebut.
"Bukankah aku sudah berpesan supaya berhenti bermain?, " detik hati si ibu.

"Boys, stop the game! Tolong cikgu kemas dan susun kerusi dalam dewan ni," arah si ibu.

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang lain, "Woi! Pulangkan balik duit aku."

Duit? Mereka bermain badminton dengan mengeluarkan duit?

"Kejap kejap kejap... Duit ape pulak ni?" tanya si ibu.

"Kami ade tournament cikgu, duit tu kami kumpul untuk beli hamper. Sebenarnya kami tengah buat pemilihan pemain sekolah," jelas Amirul Rasyid, pengerusi Kelab Badminton.
"Kisahnya...," keluh si ibu.



Penat pulak buat entri guna ayat tahap SPM ni.

Moralnya di sini:
1. Meeting tu penting... kat situlah kata sepakat dibuat.
2. Bila tak hadir meeting tu, tanyalah rakan2 yang masuk meeting.
3. Rakan2 yang masuk meeting pun, buatlah hebahan sebagaimana anda suke hebahkan cite2 atau gosip2 di dalam bilik guru tu.
4. Tampal laa notis ke, makluman ke... bahawasanya anda ingin nak melakukan satu2 aktiviti.
5. Kalau buat aktiviti tu, hadir laa bersama tengok pelajar anda buat aktiviti tu. Kalau ade ape2 hal, senang org lain nak jumpe.


Tapi ape yg aku paham (sbg org yg hadir meeting), pagi ahad 31hb Januari 2010 ni GPK HEM suruh budak2 buat gotong-royong kemas kelas. Kemudian aku pun dah minta kebenaran beliau lepas kemas kelas, aku nak ambik satu kelas 5 Epsilon utk kemas dewan pulak.

Ape ke halnya ni?

Takpelah, aku dah amanahkan kat Amirul Rasyid tadi lepas tournament, dia akan handle kemas & susun kerusi kat dewan.

Kalau aku tau ade tournament, baik aku join je Fara-the-councellor swimming kat stadium dgn Adeela sekali.

2 comments: