Friday, May 28, 2010

Budak banyak akal, Adeela


Tengoklah gambar si Adeela ni, mengade-ngade kan?
Beliau sekarang dah banyak akal, banyak kehendak, banyak cakap, banyak kerenah.
Segala-galanya adalah beliau.

Hari ini cuti sempena Wesak... Maka hari ini adalah hari beliau membuli papa & mama.
Pukul 10am samapi 12pm tadi, papa beliau ade kelas tuisyen. Jadi mama laa yang menjadi mangsa bulian beliau. Mama beliau yang sangat bertekad untuk menanda kertas yang bertimbun-timbun, gagal melaksanakan tugas itu.

Bila papaku pulang dari kota, ehh... tuisyen, beliau menjadikan papa sebagai mangsa seterusnya. Mama terpaksa lari ke dapur, jika tidak tiada apa yang boleh disantap tengah hari nanti.

Adeela membuli papa lagi best...
Beliau ajak papa pergi ke kedai dan meng'pow' papa dengan membeli super.ring.
Yang paling tak tahan, bila sampai rumah... beliau langsung tak mahu turun kereta sebab nak layan CD baru yang mama belikan hari tu. Papa cuba dukung turun dari kereta, seperti kena cucuh dengan api bara beliau melalak.

Papa pulak dah lewat nak pergi sembahyang Jumaat... Maka papa tinggalkan sahaja beliau di dalam kereta sambil melayan lagu untuk bersiap-siap ke masjid. Terhangguk-hangguk laa beliau melayan lagu "Oh!Suzana", "Twinkle Twinkle Little Star", "My Bonnie" dan segala macam lagi. Sambil tu mama pantau je dari dapur kot2 beliau ni ada masalah dalam kereta.

"Senyap je Adeela tu?", mama berkata di dalam hati.
"Dah tidur!!!", papa berbisik tapi nada menjerit.

Rupa-rupanya beliau sudah terlelap sambil satu jari terlekat super.ring.
Alahai...

Tuesday, May 25, 2010

Hari Ini, Tiga Tahun Yang Lalu


Tengok mak saya tu? Sukenye dia....
Anak mak saya lagi laa suke tu, tapi tak tunjuk je.
Anak menantu mak saya ni tak payah cakap laa, double triple suke.
Senang cerita, semua orang suke.

Genap tiga tahun dah gambar tu...
Dan genap juga tiga tahun perkahwinan kami.
Semoga kami bahagia sehingga ke akhirnya... doakan ye?

Hari ni kami sama-sama ambik cuti rehat... nak pergi jalan-jalan macam masa bercinta dulu.
Tempat, belum tau lagi. Dah ade sebenarnye, tapi mane laa tau kan kami tukar plan pulak.
Nanti update lain pulak.

Kepada suami tercinta... terima kasih kerana menyayangi diri ini.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



'Banner' di atas ini telah dianugerahkan kepada saya oleh seorang blogger yang menggelarkan dirinya sebagai LanunSepet. Mungkin beliau pernah membaca blog saya dan kebetulan pula saya seorang guru, maka beliau telah memilih blog saya antara blog guru-guru yang terpilih untuk award beliau ini. Terima kasih!

Sejak hari pertama saya di dalam perut mak saya sehinggalah ke hari ini saya menghadirkan diri sekolah. Memang ditakdirkan saya memilih guru sebagai kerjaya saya. Ia bermula apabila mak saya 'melobi' agar saya menjadi seorang guru.

"Orang perempuan senang jadi cikgu."

"Jadi cikgu ni banyak peluang dia... peluang naik pangkat, peluang sambung belajar."

"Masa depan nanti banyak lagi kemudahan untuk cikgu ni."

Itu antara kata-kata emak dalam usaha untuk memujuk aku menjadi seorang guru. Part naik pangkat tu... ermm, no comment!

Lama-lama aku terpengaruh juga dengan pujukan emak tu. Aku sendiri rela dan aku sendiri merasakan keberkatan yang tak terhingga apabila mengikut kata emak ni.

Alhamdulillah.... kini aku seorang guru.
Sama seperti moyang aku... seorang guru agama.
Sama seperti nenek aku... seorang guru sekolah dewasa & guru mengaji.
Sama seperti emak aku... juga seorang guru.

Malah suamiku juga seorang guru... kerana profesion yang hebat ini, kerana mengikut nasihat emak... aku dipertemukan jodoh dengan suamiku yang tercinta ;p

Buat semua... Selamat Hari Guru!

Friday, May 14, 2010

Testing testing 1 2 3

Saya sedang belajar cara untuk memuatnaik (upload) dan juga memuatturun (download) fail... muehehehe...
Sungguh skema ayat saya.

Maka, sebagai percubaan... saya telah memuatnaik soalan percubaan SPM.

Terima kasih.

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu




Sweet kan anak saya? Ok ok... memang bukan 100% kad itu dibuat oleh Adeela tapi teacher Adeela dekat nursery yang tolong buatkan. Apa-apa pun, saya suka dengan nilai yang cuba diterapkan oleh nursery ni... zillion of thanks to Teacher Nor yang banyak berusaha memastikan anak-anak di bawah jagaan beliau mendapat didikan yang sempurna.

What goes around, comes around.. i guess?

15 Mei ni nursery Adeela ade buat Sports Day dekat Melaka... but I'm so sorry sayang, mama dengan papa kan cikgu? Cikgu kena buat gotong-royong dekat sekolah masing2 dan KPM mendakwa ia adalah aktiviti untuk menambahkan ukhwah... wooohooo!!!
Ukhwah aku anak-beranak ni sape nak tolong jaga ni?

Ok ok... cool airin, cool.

Kepada semua ibu-ibu di luar sana... Selamat Hari Ibu!



Thank you sayang... mama loves adeela so much!