Sunday, February 28, 2010

Salam Takziah

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.


Salam takziah buat keluarga arwah Syafia Humairah.
Sedih betul dengan kejadian macam ni... lepas satu, satu.

Entahlah, saya tak paham dengan institusi kekeluargaan Melayu pada waktu ini.
Jikalau saya tidak tersilap dari pembacaan saya bahawa ibu arwah ni sedang mengandung 4 bulan... dan kalau saya tak salah faham, anak dalam kandungan tu anak luar nikah.

Allahuakbar.... sedih kan? Kenapa laa jahil sangat mereka ni?
Ibu arwah tu dah memang buat maksiat yang terang-terangan... tapi apa pula peranan keluarga ibu arwah tu? Takkan datuk & nenek si arwah ni langsung tidak tahu-menahu apa yang berlaku? Sampai ibu arwah ni mengandung pulak lagi ni... sedih, sedih.

Takkan ibu arwah tak ambil pengajaran? Bekas suaminya iaitu ayah arwah sendiri meringkuk dalam penjara sehinggakan minta izin untuk hadir pengkebumian arwah pun tidak dibenarkan, maknanya dia pernah melakukan jenayah berat laa kan?

Kenapa ibu arwah masih lagi mencari lelaki yang bermasalah? Kemaruk sangat ke?

Ya... saya sedang mengutuk kaum saya sendiri. Kaum yang selalu dilabel sebagai lemah dan perbuatan macam ni memang terserlah kelemahan kaum hawa.

Banyak lagi persoalan yang berlegar dalam otak saya ni... seperti, kenapa dengan mudah arwah ni dibawa keluar dari rumah nenek arwah? Ini bermakna suspek sudah biasa datang ke rumah itu dan membawa arwah ke mana-mana... dan tiba-tiba datuk arwah mengeluarkan statement "Saya tidak akan maafkan suspek". Kesilapan berlaku sejak dari awal lagi wahai datuk arwah, anda membiarkan anak anda melakukan maksiat serta membiarkan orang yang melakukan maksiat itu membawa cucu anda sesuka hati beliau.

Saya memang agak kesal dengan perbuatan seperti binatang & syaitan ini...

Ketahuilah bahawa ramai di luar sana yang melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan seorang anak... Tapi manusia macam ni mensia-siakan kehidupan seorang anak yang tidak berdosa.

Laknatlah mereka yang melakukannya dan bersubahat dengan perbuatan mereka ini.



Saturday, February 27, 2010

Zoo Melaka

Setelah sekian lama berhajat nak bawa Adeela tengok 'hayawan' (bak kata Feena) secara 'live', hari ini tertunai jgk hajat kami tiga beranak tengok hayawan-hayawan tu. Mule-mule ingat nak pegi Zoo Negara, tapi malas nak menempuh jammed nanti... Kami decide pegi Zoo Melaka ikut jalan dalam je, konon nak menikmati udara kampung.

Sampai je dekat tempat parking Zoo Melaka tu, rase lega yang teramat bila melihat kelengangan tempat parking tu. Damai damai....

Masa tengah tunggu papa belikan tiket tu, tiba-tiba je ada orang sapa...
"Ni Airin kan?"
Terasa glamer kejap masa tu sampai kat Zoo Melaka pun ada orang kenal ni, hehehe...
Rupanya Azidah, KPLI-ERT merangkap jiran bilik sebelah masa dok kat Maktab Perlis dulu.
Dia pun bawa anakperempuan dia berjalan dgn suami dia, sebaya dengan Adeela jugak... cuma tua Adeela sebulan je.

So enjoy the pictures...


Adeela jangan jadi malas macam iguana ni tau? Kepala sendiri pun tak larat nak angkat.


Comel tak Adeela tocang rambut? Hee....


Tapi tocang rambut Adeela tak selebat ekor kuda padi tu.



Kami malas jalan kaki, naik train je ;p


Papa dengan aksi "Malika" nya...

Ape2 hal 'meme' (mainan) jugak yang ditujunya

Sekali lagi, comel kan tocang rambut Adeela? hehehehe....

Tuesday, February 23, 2010

Perhatian kepada ex-Saserian

Iklan ini dibuat atas niat ingin membantu seorang rakan saya yang juga merupakan seorang guru Biologi di SMK (P) Pudu... (saya pasti budak2 Saser suke dgn huruf P yang ada dalam kurungan itu).

Rakan saya ini sedang mencari guru ganti untuk menggantikan beliau yang bakal cuti bersalin sekitar bulan April dan juga Mei.

Maka syarat pertama yang perlu anda penuhi mestilah Biologi anda 'power'. Anda bakal mengajar pelajar Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 5.

Syarat kedua, dah tentunya anda sangat 'percuma' pada masa itu... maknanye free tak buat ape-ape. Kalau sedang belajar tu, lupekan saje. Lebih baik anda buat home tuition sahaja.

Syarat ketiga, anda menginap di sekitar Kuala Lumpur ataupun sekitar Lembah Kelang. Kalau yang duduk Perak ke, Kelantan tu... lupekan sahaja niat anda.

Syarat keempat.... tak pikir lagi, hehehe.

Tawaran ini juga dibuka kepada orang awam yang lain dan memenuhi syaraat-syarat di atas.
Jika anda berminat, sila tinggalkan komen di bawah.

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 21, 2010

Sejambak bunga, seutas rantai tangan dan sebiji kek ;p

Iye....

Saya dapat sejambak bunga ros merah yang suami saya buat special delivery ke sekolah... sangat terkejut dan sangat suke ;p

Saya juga dapat seutas gelang, juga pemberian daripada suami saya... hadiah ni saya dapat pada malam hari jadi saya (jeles tak dgn saya & suami saya?)

Selain daripada itu, kawan-kawan saya membelikan saya sebiji kek blueberry cheese. Terima kasih kepada Fara (tukang beli kek), Kak Liza (host bilik upacara memotong kek), Kak Ita, Kak dah dan juga Madam Lim. (Kalau ade sesape lagi yang berkongsi kek itu tapi saya tidak tahu dan tidak nyatakan namanya di sini, maafkan saya kerana saya memang tidak tahu)

Yang pasti tahun ini saya agak terharu dengan kejutan daripada suami saya dan juga kek daripada rakan-rakan sekerja saya. Anda semua membuatkan saya rasa sangat dihargai.
Terima kasih sekali lagi.

Harapan saya semoga saya akan terus bersemangat mendidik anak bangsa dengan ikhlas.
Amin.

Sunday, January 31, 2010

On your mark, get set... GO!!!!

Minggu ni minggu terakhir untuk bersenang-lenang sebelum pelajar F4 masuk mendaftar.

Sebelum ni masuk 3 kelas F5 sahaja, lepas ni tambah lagi 3 kelas F4.
Sebelum ni setiap hari boleh balik 2.30ptg, lepas ni setiap Isnin dan Selasa balik lepas 4.30ptg.
Sebelum ni Isnin, Rabu dan Jumaat boleh lepak kantin lepas assembly, lepas ni hari-hari takkan dapat breakfast di kantin (surely gonna miss Uncle's roti canai).
Sebelum ni banyak masa boleh selesaikan hal-hal selain daripada P&P dengan segera, lepas ni masa agak terhad dan perlu bergerak pantas.

Harap-harap aku diberi kekuatan untuk mengharungi semua itu.

Semangat yg luntur

Bayangkan situasi ini...

Pada pagi ahad yang permai, ditambah dgn keletah si kecil yang juga seakan-akan faham bahawa hari ahad inilah hari yang paling bermakna baginya kerana kedua ibubapanya akan cuba memenuhi apa jua permintaan beliau.

Tapi di atas dasar tugas dan tanggungjawab, si ibu terpaksa mengenepikan semua itu. Seperti yang dijanjikan, si ibu dengan segera bersiap untuk ke sekolah.

Selasa, 2hb Februari 2010 nanti akan berlaku satu majlis penting di mana sekolah-sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan pelajar tingkatan 4. Maka disebabkan itu, si ibu ditugaskan untuk menyelenggara persiapan dewan untuk hari bersejarah tersebut.

Sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan berpegang pada janjinya, si ibu tiba di sekolah tepat jam 8.40 pagi; saat yang indah untuk bermain air bersama si kecil.

Setibanya si ibu di sekolah, kelihatan para pelajar tingkatan 5 sedang asyik bermain badminton di dalam dewan.
"Hmmm, mungkin aku harus biarkan mereka menghabiskan dahulu satu permainan ini sahaja lagi. Kemudian baru aku arahkan mereka menyusun kerusi," si ibu berkata-kata di dalam hati.

Maka si ibu pun berpesan dengan salah seorang pelajar yang berada di dalam itu supaya berhenti bermain setelah satu permainan itu selesai. Si ibu pergi menjenguk para pelajarnya di kelas, juga sedang melakukan kerja-kerja mengemas dan menghias. Sungguh komitednya kami warga sekolah menyambut kedatangan ahli baru.

Sekembalinya si ibu ke dewan, didapati pelajar lain pula menyambung permainan badminton tersebut.
"Bukankah aku sudah berpesan supaya berhenti bermain?, " detik hati si ibu.

"Boys, stop the game! Tolong cikgu kemas dan susun kerusi dalam dewan ni," arah si ibu.

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang lain, "Woi! Pulangkan balik duit aku."

Duit? Mereka bermain badminton dengan mengeluarkan duit?

"Kejap kejap kejap... Duit ape pulak ni?" tanya si ibu.

"Kami ade tournament cikgu, duit tu kami kumpul untuk beli hamper. Sebenarnya kami tengah buat pemilihan pemain sekolah," jelas Amirul Rasyid, pengerusi Kelab Badminton.
"Kisahnya...," keluh si ibu.



Penat pulak buat entri guna ayat tahap SPM ni.

Moralnya di sini:
1. Meeting tu penting... kat situlah kata sepakat dibuat.
2. Bila tak hadir meeting tu, tanyalah rakan2 yang masuk meeting.
3. Rakan2 yang masuk meeting pun, buatlah hebahan sebagaimana anda suke hebahkan cite2 atau gosip2 di dalam bilik guru tu.
4. Tampal laa notis ke, makluman ke... bahawasanya anda ingin nak melakukan satu2 aktiviti.
5. Kalau buat aktiviti tu, hadir laa bersama tengok pelajar anda buat aktiviti tu. Kalau ade ape2 hal, senang org lain nak jumpe.


Tapi ape yg aku paham (sbg org yg hadir meeting), pagi ahad 31hb Januari 2010 ni GPK HEM suruh budak2 buat gotong-royong kemas kelas. Kemudian aku pun dah minta kebenaran beliau lepas kemas kelas, aku nak ambik satu kelas 5 Epsilon utk kemas dewan pulak.

Ape ke halnya ni?

Takpelah, aku dah amanahkan kat Amirul Rasyid tadi lepas tournament, dia akan handle kemas & susun kerusi kat dewan.

Kalau aku tau ade tournament, baik aku join je Fara-the-councellor swimming kat stadium dgn Adeela sekali.

Sunday, January 24, 2010

Vote for Adeela!!!





Marilah beramai-ramai membuang undi untuk anak saya, Nik Aimy Adeela.

http://www.huggies.com.my/photo_contest/gallery.aspx?id=13782





tak cukup cute lg pose mcm ni?