Wednesday, May 27, 2009

Our 2nd Anniversary - 25th May

This is how we celebrate our big day ;p


Kini kami sudah bertiga ;p


Sebelum acara bermain air, warming up Deela dgn pasir dulu.
Font size

Deela dah mule terjerit2 tgk papa dia melambai-lambai dlm laut.




Deela tgh memikirkan cara utk smp ke laut.





Abang dgn aksi cuba menjadi model pantai... boleh laa bang, sket je lg... sket je lg bang.

Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Guru 2009 SASER

Dan spt yg dijanjikan... entry utk sambutan hari guru 2009 SASER.

Not bad...
Takleh nak buat comparison sbb last year aku on maternity leave.
Kalau ade pun tahun 2007... which is, aku ingat2 lupe.

Acara dimulakan dgn perhimpunan rasmi mcm biase, kemudian ade gimik...
Terkejut jgk tgk Mat Gan berlakon, hehehe... ermm, lawan2... silat2... gitulah (sori kurang description sbb penulis blog sudah agak mengantuk)


And then ade a few games yg nak lebih kpd nak mengenakan cikgu2. Mase tu aku dah nak keluar dah dgn Sal gi ambik kek (walaupun hari guru, guru jgk yg kena uruskan hal2 kek)... Tapi Fara berjaya memujuk kami utk tunggu kejap and join the game.


Oklah, kami tunggu. Tapi berbaloi jgk aku postpone ambik kek tu sbb kumpulan aku (Kak Nas, Kak Rusni and me) berjaya menggongol gelaran "Teh Tarik Queen". Hmmm... tade laa strategi pusing2, putar2 badan pun... kami hanya tarik ke kiri, tarik ke kanan and then tarik pulak dlm kole org sebelah. Mungkin kami buat tu serentak dan lawa laa kononn... kononnnnn... hahahaha... Abang ckp, mmg laa patut pun sbb 'teh kaw' aku shidappp, slurppp...





Sehingga menyinsing lengan baju dah masing2.





Cikgu2 lelaki kena dera memasak... paling comel bile tgk bos no. 2 i.e. En. Roslie memasak, alahai...

Selalu tu dgr En. Roslie sebut pasal analisis, OTR, ETR, KPI, ISIS, Minit curai... hari ni takleh nak ckp byk bile kena dera dgn students.





"Bukan senang nak tgk saya pakai apron pink ni... haa, cepat ambik gambar"





Bos pun tak kurang jgk... dgn sportingnya menggoreng ayam. Ni kalau Datuk K tgk ni makan hati ni... dia pun tak penah masak utk Siti ;p





Dgn muka bangganya Cikgu Sabuddin memulakan acara.

Alaaa... penat sgt hari ni. Mengantuk dah tak tertahan-tahan....

Till my fingers dancing on the keyboard... nite nite!

Friday, May 22, 2009

Guru Jasamu Dijulang

Agak tidak terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik anak bangsa...

Disebabkan pelajar SASER menjalani Mid Year Exam semasa Hari Guru... maka sambutannya terpaksa ditangguhkan pada 25 Mei. Dgr cerita kononnya akan ada kejutan untuk cikgu2 maka segala agenda dan ape2 shj yg berkaitan sambutan tu dirahsiakan... hmmm, akan ada laporan selanjutnya jika benar ia satu kejutan.

Pada 18 Mei... atas inisiatif Madam Lim yg mencadangkan kami raikan dulu hari 'kami' ni, maka kami (i.e. aku, Kak Ita, Kak Dah, Mdm Lim dan Kak Liza) membawa makanan mengikut kepakaran masing2. Mula2 aku ingat aku hanya bakal menyantap shj hidangan mereka tp Kak Ita request aku bawak pudding caramel. Ok jgk laa, aku pun dah lame tak buat. Kalau lame tak buat nanti hilang skill.

So seperti dijanjikan terhidang laa kek cokelat Kak Ita (menjadi pujaan ramai, sgt yummy), trifle Kak Liza, spagheti Kak Dah, apple cupcakes Mdm Lim dan juga pudding caramel aku. Oh lupe nak mention... penyertaan last minute Kak Aini iaitu teh kaw kantin, hehehe... dlm byk2 menu tu kami lupe pasal air. So kami pun hantam itu jela sepjg hari di sekolah dgn aku yg bermuka tembok ni yg memulakan 'bicara'... dgn alasan kejap lg nak masuk kelas jaga exam, takut balik dari jaga exam sume dah licin.

Dan pada hari ini, 22 Mei... PIBG SASER pulak mengambil inisiatif meraikan kami semua di Royale Bintang dgn jamuan hi-tea. Ada beberapa game, cabutan bertuah, makan, makan dan makan... tapi memandangkan aku sdg mengawal berat badan so aku ambik langkah cerdik dgn ambik lunch sikit kat rumah. So bile hi-tea tu tade laa buat buruk perangai ulang-alik ke meja makanan walaupun itu laa tujuan sbnr mkn buffet ni.
Masuk tahun ni dah 3 tahun aku sambut Hari Guru... tiada lambakan hadiah mcm cikgu2 sekolah lain.
Tapi Hari Guru aku pada tahun ni cukup bermakna dan paling berharga bila seorg demi seorg pelajar hasil didikan aku tersenarai antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara... Alhamdulillah (sgt emosi bile menaip perenggan terakhir ini).



Drp muka tak masuk gambar, baik aku duduk kat depan.

Oh... Akhirnya!!

Maka terjual juga tiket penerbangan kami sekeluarga kepada pasangan ustaz dan ustazah yg baik hati di sekolah abang.

Terima kasih abang sbb jualkan tiket itu... Dan juga tidak ketinggalan kepada ustad yg tidak kuketahui nama beliau kerana sudi membeli tiket penerbangan kami.

Dan akhirnya... Aku akan menyertai rombongan SASER ke Bukittinggi, Indonesia. Nampak mcm bodoh je rombongan ni tapi kami buat bench-marking which is akan ada sijil akan dikeluarkan. Konon2 mcm sijil penyertaan peringkat antarabangsa... walaupunnnnn, tapi masih tetapppp....

Usaha pengumpulan sijil adalah disebabkan teruja dgn akak2 senior yg baru dianugerahkan gelaran "Guru Cemerlang". (setinggi-tinggi tahniah utk Kak Ita, Kak Dah, Kak Ani, Kak Jennyta, Kak Fauzah dan Kak Nas).

Semangat itu ditiup oleh mentorku sendiri, Kak Ita... "Kau simpan sijil kau baik2 Rin, susun cantik2. Nanti dah cukup syarat boleh apply Guru Cemerlang pulak."

Happy!!!

Saturday, May 16, 2009

Di Dalam Dilema - Now Everyone Can Fly - part 3

Ok ok... topik yg same dan boring.

Kali ni nak buat iklan pulak.

Return ticket KL-KK-KL... 2 adults and 1 infant.
Pada 18-20 Julai 2009 (Sabtu, 6.50am... Isnin, 2.05pm)
3 tiket ni RM450... KL-KK dah siap book makanan, KK-KL tade makanan.
Luggage pun dah siap bayar.

Tanak beli infant tu takpe, kire burn je infant tu.
Kalau beli tickets for adult, RM390 je.

Berminat?
Sila hubungi saya dgn segera.

Oh ye, kawan saya pun nak jual tiket ke Kuching pada hari yg same.
Tak ingat price dia... dlm RM300++.

Sebab kami skrg dah terhegeh-hegeh nak ikut trip sekolah ke Bukittinggi ;p

Wednesday, May 13, 2009

Di Dalam Dilema - part 2

Dan persoalan ini muncul di dalam kotak pemikiranku...

Antara pujukan Kak Liza supaya menyertai rombongan ke Bukittinggi, menyertai family day ke Endau-Rompin (adakah aku akan dipaksa?) atau kekal kepada perancangan awal iaitu beryuha-yuhi ke KK????

1. Kalau nak join trip to Bukittinggi... aku kena tukar tiket which i'm not very sure whether i'm allowed to do so, boleh ke? Itu sahaja akan melibatkan perbelanjaan yg besar. Tapi Kak Liza kate utk aku mmg dah FOC dan suami turut dijemput dgn 40% off, which is ehem ehem... off record!!

2. Kalau aku boleh tukar tiket and then follow trip tu... mane aku nak cekau ongkos bebyk gi jenjalan 2 tmpt dlm mase 1 bulan? Takkan postpone bulan 8? Bulan 8 byk event mengeratkan silaturrahim (Pesal nikah kat Muar, kenduri kat Gombak, Lan nak tunang lg. Duit lg tu... takkan gi tunjuk gigi dgn perut yg kosong. Surely kena sedia hadiah, haih!). Bulan 9 pose dah... nak raye dah pun. Bulan 10 ade je ke gile budak nak exam aku boleh suke2 hati merayau2... mau kena band dgn panitia bio yg dianggap subjek kritikal (iye, kami dah jatuh no 10 antara 54 SBP)

3. Endau-Rompin??? Larikkkkkkkkkkk... hahhahahahhahhaha.... Baik aku dok apartment mak di tepi pantai PD tu. Free dah mmg free... yg penting jiwa tenang. Takyah drive jejauh... (alasannnnn)

Maka aku dah buat keputusan muktamad... KK tetap dihatiku. Baik aku ikut cakap suami, betul tak? Ada gak pahala... Maybe abang dah tau aku akan kumpul dosa, baik aku gi KK berjumpe dgn insan yg mulia, ahakss...

Takpelah, kemsalam jela dgn jus alpokat, nasi padang, sulam goyang, kebaya sulam, istana lindungan puteri, kelok 44, danau maninjau, rumah buya hamka...
Kat Endau-Rompin takyah kirim ape2 la, larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk................

Si perasantan

Korang ade penah jumpe tak org yg selalu berprasangka bahawa dia adalah seorg yg sgt best?
Dalam segenap aspek dia adalah yg tarrrrrrrbayeekkkkkkkkkk... Penah jumpe kan? kan?

Tapi perasan tak org ni sbnrnye hidup dlm khayalannya semata2? Bermula dgn latarbelakang yg hebat, berasal dari keluarga yg senang2, terkenal sehinggalah kepada... oh macam2!

Kalau dia seorg pelajar dia akan sedaya-upaya menarik perhatian gurunya yg pada mulanye cikgu akan berasa, ohhh... bagus budak ni interested dgn ape yg aku ajar. Tapi lama-kelamaan duhhh!! very irritating this nuts... aku nak ajar ape tadi dah lupe. Suke sgt interrupt... kan? kan?
Pastu end of end, dia akan tanye soalan mcm ciii... cikgu, AIDS tu ape? Cikgu diaphragm ni nak pakai mcm mane? (aku rase nak terajang je budak yg tanye ni, chapter 2 form 4 pun tercungap2, ade hati tanye chapter 4 form 5)

Dan org yg hidup dlm khayalan ini sanggup menipu supaya cerita dia nampak sgtlah 'hidup'... Atuk saya dulu this and that (tp nape kau end up kat sini???? hahahahaha... maknanye kau same je mcm aku).

Tapi bile dah terbongkar rahsia mule laa cipta seribu alasan tanpa rase segan silu (baii, masalahnye benda yg kau alami same je mcm org lain tp kau saje je auta kan?? dah malu laa tu)

HAHAHAHAHAHAHA... at last beliau akan jadi bahan bualan sehingga menjadi bahan blog aku.
Dan tercapai laa objektif beliau ini... aku nak popular okayy??

Apa???

Apa?????
Hanya RM200 je return ticket ke Bali????

Rase mcm nak kejutkan abang je tanye pasal kemurahan hati AA bagi tiket free nih...
Ohhh abang, meh laa kite merealisasikan impian kite ni bang... huhuhuhu

Tuesday, May 12, 2009

Khas buat Buyui



Resipi Begedil Bakar

Bahan-bahan:

  • 500gram ubi kentang
  • 2 sudu makan susu tepung (susu Deela menjadi mangsa)
  • 5 biji telur diputar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala (masih gagal mencari sehingga kini, kalau jumpe ape dia bgtau yeh?)
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1 biji bawang bombay dicincang
  • 300gram daging lembu dicincang (produk ramly tu dah siap cincang tp kurang sedap, kalau rajin silalah cincang daging yg fresh)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap masin beraroma(smp skrg tak tau ape ke bebdanye ini, belasah kicap biase je)
  • 100gram kacang pea (mixed vege pun ok)
  • 1 sudu makan parseli dicincang
  • 100gram keju cheddar parut (gune yg slice pun ok tp potong2 laa jadi kecik)

Cara membuat:

1. Ubi kentang dicuci bersih dan dikukus. Lecek sementara panas dan dicampur dengan susu tepung, telur, garam, serbuk lada sulah dan serbuk pala dan dikacau rata.

2. Sediakan pinggan kaserol dan sapu dengan marjerin. Panaskan ketuhar dengan suhu 1800C.

3. Panaskan marjerin, tumis bawang bombay sehingga layu. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah dan kicap beraroma. Kaca rata dan angkat.

4. Campur ubi kentang dengan tumisan daging, kacang pea dan parseli. Tambahkan keju cheddar parut dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan dan ratakan.

5. Bakar selama 30 minit atau sehingga perang dan angkat.

Selamat mencuba!!

Sunday, May 10, 2009

Tidak seperti yang dirancang

Supposed malam ni aku join gathering abang kat Cheras... gile lame punye plan. Ade laa lebih sebulan yg dulu sebab abang dah request suh buat begedil bakar ala2 murtabak diraja bile kawan2 dia tanye nak bawak ape. Tapi memandangkan Deela tak berapa nak sihat... makanye abang sorang je laa yg pegi tadi.

Abang suke kot begedil bakar sebab dah berapa kali asyik mintak begedil bakar je... Ke dia tau yang wife dia ni tersangatlah rajin dan pandai memasak? Ahahaa... begedil bakar jela modal aku.

Finally aku ajak Along & Kak Syidah dtg umah perabih begedil bakar semangkuk lagi... yg lagi seloyang abang bawak pi gathering dia tu.

Begedil bakar yg dikendurikan.


Ermm... sebenarnye aku teringin nak follow abang tu sebab nak berjalan tengok tempat orang, nak kenal dengan kawan2 abang. Tapi Deela demam bukan saje dibuat2... Sian Deela demam. Tapi confused jugak ya... Kerna badannya hot, dia masih mau bermain dan bising2 semacam biasa. Iya, aku keliru dgn status bayiku itu.

Wahai anakku Nik Aimy Adeela (dia dah pandai angkat tgn kalau sebut nama penuh dia)...
Mama harap sgt2 Deela jgn laa selalu sgt demam esp. kalau nak tumbuh gigi. Deela baru ade 8 btg gigi... nak complete, kena tumbuh lagi 20 btg. Takkan laa....
Mama & Papa dah excited nak gi jenjalan ke KK ni sayang... Biar laa Deela pegi sana nanti pun happy, boleh jumpe pakwe baru nama Naufal ;p

Thursday, May 7, 2009

Di Dalam Dilema

Sama macam tajuk lagu KRU pulak kan?
Just came back from school, ade staff meeting jap td.
Since HM dah announced SASER nak adakan lawatan penanda aras ke Bukittinggi, Indonesia this coming July... so boleh laa aku jadikan ini as a part of my entry.

Sebenarnye Kak Liza (GPK Koko) dah bisik mintak tlg aku jadi AJK lawatan ni... apakah???
Dan dgn pantas aku bertanya bile... sbb aku dah dgr2 ade lawatan mase cuti Israk Mikraj (diangkat ke langit??)
Ermm... tapi kami suami isteri dah terlebih dulu booking tiket ke KK, di mana kami dgn tidak malunya akan menumpang dan menggunakan kenderaan Nik Kecek secara percuma semasa di sana nanti. Nik Kecek nih antara insan yg menyatukan kami berdua, ahakss.
Persoalannya di sini.... adakah aku berasa terkilan????
Boleh tak nak jawab.... NAHHHHHH!!!!
Wahhh... sombongnya aku kan? Sekolah nak bwk jenjalan free, aku tolak pulak. Bukanlah salah aku 100% sbb aku dah check takwims skolah, time tu free dan AirAsia sgt baik hati bagi tambang murah dan kemudahan di KK kami boleh dapat secara percuma, sape tanak kan?
Lagipun dah 2 kali dah aku pegi Bukittinggi tu, naik hapal dah jalan2 kat sana. Kedai mane nak singgah pun aku dah tau... so wajarlah aku tidak berasa terkilan. Sama je dulu dgn skrg, aku pegi free jgk (atas tanggungan Hjh Zaleha).



Bersama ketua rombongan, Hjh Zaleha dan konco-konconya. Ce cari aku yg mane...




Di hadapan bangunan Balaikota Bukittinggi, bukti kehadiranku.

Tapi KK ni pun aku dah penah pegi, bezanya kali ni aku pegi dgn keluarga nukleus aku i.e. me, abang and of course my darling Adeela. Ermmm.... dgn erti kata lain, aku nak spend mase dgn keluarga aku biarpun kena keluar duit. Tak salah kalau aku berfikiran begini... 5-6hari seminggu aku jumpe orang sama, takkan cuti pun nak jumpe org yg sama? Mintak maaf byk2 kepada sesape yg membaca ni ade kaitan dgn SASER tapi i need a space... please...
Pagi kat skolah, petang kat skolah, mlm pun kat skolah, sabtu kat skolah, kadang2 ahad pun kat skolah... berilah aku ruang dgn keluarga aku.
And tonight I have to be at school... I have to attend a high table a.k.a. dinner to appreciate those who have achieved a high achievement for representating SASER. Ini sume ade kaitan dgn tenis laa ni ....
Takpelah, kena hormat majlis org... so rasenye pegi jgk laa mlm ni. Need to prepare my dress... daaa!!

Tuesday, May 5, 2009

Rumusan

Sudah agak lama tak update blog...





Maka hanya dapat dirumuskan beberapa perkara...





1. Nik Aimy Adeela binti Nik Hazimin telah genap setahun pada 17 April yg lalu. Semakin cerdik dan semakin lasak... sgt suke dgn buku ;p






2. Azri hanya dapat tmpt ke-3/ke-4 untuk kategori beregu lelaki bawah 18thn dalam Kejohanan Tenis MSSMNS. Team negeri? Mungkin tidak...



3. Pasukan Kadet KRS juga mendapat tempat ke-3 dlm Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri. Juga tidak akan mewakili negeri...



4. Setelah bertungkus-lumus menyediakan soalan Mid Year Exam Form 5 Biology Paper 1 & Paper 3... maka pemahaman para pelajar SASER yg agak lagha buat masa ini akan diuji pada minggu hadapan. Ini bermakna kami guru-guru SASER agak bersenggang pada masa itu.... yeeehaaa!!!



5. Ada 2 minggu & 6 hari shj lagi 2nd anniversary kami... mcm tak pecaye je dah 2 thn kawin. Dah aim nak bagi abang ape tapi belum berkesempatan nak prepare ;p