Friday, May 22, 2009

Guru Jasamu Dijulang

Agak tidak terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik anak bangsa...

Disebabkan pelajar SASER menjalani Mid Year Exam semasa Hari Guru... maka sambutannya terpaksa ditangguhkan pada 25 Mei. Dgr cerita kononnya akan ada kejutan untuk cikgu2 maka segala agenda dan ape2 shj yg berkaitan sambutan tu dirahsiakan... hmmm, akan ada laporan selanjutnya jika benar ia satu kejutan.

Pada 18 Mei... atas inisiatif Madam Lim yg mencadangkan kami raikan dulu hari 'kami' ni, maka kami (i.e. aku, Kak Ita, Kak Dah, Mdm Lim dan Kak Liza) membawa makanan mengikut kepakaran masing2. Mula2 aku ingat aku hanya bakal menyantap shj hidangan mereka tp Kak Ita request aku bawak pudding caramel. Ok jgk laa, aku pun dah lame tak buat. Kalau lame tak buat nanti hilang skill.

So seperti dijanjikan terhidang laa kek cokelat Kak Ita (menjadi pujaan ramai, sgt yummy), trifle Kak Liza, spagheti Kak Dah, apple cupcakes Mdm Lim dan juga pudding caramel aku. Oh lupe nak mention... penyertaan last minute Kak Aini iaitu teh kaw kantin, hehehe... dlm byk2 menu tu kami lupe pasal air. So kami pun hantam itu jela sepjg hari di sekolah dgn aku yg bermuka tembok ni yg memulakan 'bicara'... dgn alasan kejap lg nak masuk kelas jaga exam, takut balik dari jaga exam sume dah licin.

Dan pada hari ini, 22 Mei... PIBG SASER pulak mengambil inisiatif meraikan kami semua di Royale Bintang dgn jamuan hi-tea. Ada beberapa game, cabutan bertuah, makan, makan dan makan... tapi memandangkan aku sdg mengawal berat badan so aku ambik langkah cerdik dgn ambik lunch sikit kat rumah. So bile hi-tea tu tade laa buat buruk perangai ulang-alik ke meja makanan walaupun itu laa tujuan sbnr mkn buffet ni.
Masuk tahun ni dah 3 tahun aku sambut Hari Guru... tiada lambakan hadiah mcm cikgu2 sekolah lain.
Tapi Hari Guru aku pada tahun ni cukup bermakna dan paling berharga bila seorg demi seorg pelajar hasil didikan aku tersenarai antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara... Alhamdulillah (sgt emosi bile menaip perenggan terakhir ini).



Drp muka tak masuk gambar, baik aku duduk kat depan.

2 comments:

  1. mmg depan nampak dh walaupon ku tidak berkacamata..ahaks!happy teacher's day airin..

    ReplyDelete
  2. happy teacher's day to u too...
    jadi cikgu lak kite ni kan?

    ReplyDelete