Saturday, June 6, 2009
La La La La...
Aku sudah hilang mood untuk menaip blog sebab...
(Afzyim akan cpt menangkap ape sbbnye)
*wink wink*
(Afzyim akan cpt menangkap ape sbbnye)
*wink wink*
Friday, June 5, 2009
Wednesday, May 27, 2009
Our 2nd Anniversary - 25th May
This is how we celebrate our big day ;p
Kini kami sudah bertiga ;p
Sebelum acara bermain air, warming up Deela dgn pasir dulu.

Deela dah mule terjerit2 tgk papa dia melambai-lambai dlm laut.
Deela tgh memikirkan cara utk smp ke laut.

Abang dgn aksi cuba menjadi model pantai... boleh laa bang, sket je lg... sket je lg bang.

Monday, May 25, 2009
Sambutan Hari Guru 2009 SASER
Dan spt yg dijanjikan... entry utk sambutan hari guru 2009 SASER.
Not bad...Takleh nak buat comparison sbb last year aku on maternity leave.
Kalau ade pun tahun 2007... which is, aku ingat2 lupe.
Acara dimulakan dgn perhimpunan rasmi mcm biase, kemudian ade gimik...
Terkejut jgk tgk Mat Gan berlakon, hehehe... ermm, lawan2... silat2... gitulah (sori kurang description sbb penulis blog sudah agak mengantuk)
And then ade a few games yg nak lebih kpd nak mengenakan cikgu2. Mase tu aku dah nak keluar dah dgn Sal gi ambik kek (walaupun hari guru, guru jgk yg kena uruskan hal2 kek)... Tapi Fara berjaya memujuk kami utk tunggu kejap and join the game.
Oklah, kami tunggu. Tapi berbaloi jgk aku postpone ambik kek tu sbb kumpulan aku (Kak Nas, Kak Rusni and me) berjaya menggongol gelaran "Teh Tarik Queen". Hmmm... tade laa strategi pusing2, putar2 badan pun... kami hanya tarik ke kiri, tarik ke kanan and then tarik pulak dlm kole org sebelah. Mungkin kami buat tu serentak dan lawa laa kononn... kononnnnn... hahahaha... Abang ckp, mmg laa patut pun sbb 'teh kaw' aku shidappp, slurppp...
Sehingga menyinsing lengan baju dah masing2.
Cikgu2 lelaki kena dera memasak... paling comel bile tgk bos no. 2 i.e. En. Roslie memasak, alahai...
Selalu tu dgr En. Roslie sebut pasal analisis, OTR, ETR, KPI, ISIS, Minit curai... hari ni takleh nak ckp byk bile kena dera dgn students.
"Bukan senang nak tgk saya pakai apron pink ni... haa, cepat ambik gambar"
Bos pun tak kurang jgk... dgn sportingnya menggoreng ayam. Ni kalau Datuk K tgk ni makan hati ni... dia pun tak penah masak utk Siti ;p
Dgn muka bangganya Cikgu Sabuddin memulakan acara.
Alaaa... penat sgt hari ni. Mengantuk dah tak tertahan-tahan....
Till my fingers dancing on the keyboard... nite nite!
Friday, May 22, 2009
Guru Jasamu Dijulang
Agak tidak terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik anak bangsa...
Disebabkan pelajar SASER menjalani Mid Year Exam semasa Hari Guru... maka sambutannya terpaksa ditangguhkan pada 25 Mei. Dgr cerita kononnya akan ada kejutan untuk cikgu2 maka segala agenda dan ape2 shj yg berkaitan sambutan tu dirahsiakan... hmmm, akan ada laporan selanjutnya jika benar ia satu kejutan.
Pada 18 Mei... atas inisiatif Madam Lim yg mencadangkan kami raikan dulu hari 'kami' ni, maka kami (i.e. aku, Kak Ita, Kak Dah, Mdm Lim dan Kak Liza) membawa makanan mengikut kepakaran masing2. Mula2 aku ingat aku hanya bakal menyantap shj hidangan mereka tp Kak Ita request aku bawak pudding caramel. Ok jgk laa, aku pun dah lame tak buat. Kalau lame tak buat nanti hilang skill.
So seperti dijanjikan terhidang laa kek cokelat Kak Ita (menjadi pujaan ramai, sgt yummy), trifle Kak Liza, spagheti Kak Dah, apple cupcakes Mdm Lim dan juga pudding caramel aku. Oh lupe nak mention... penyertaan last minute Kak Aini iaitu teh kaw kantin, hehehe... dlm byk2 menu tu kami lupe pasal air. So kami pun hantam itu jela sepjg hari di sekolah dgn aku yg bermuka tembok ni yg memulakan 'bicara'... dgn alasan kejap lg nak masuk kelas jaga exam, takut balik dari jaga exam sume dah licin.
Dan pada hari ini, 22 Mei... PIBG SASER pulak mengambil inisiatif meraikan kami semua di Royale Bintang dgn jamuan hi-tea. Ada beberapa game, cabutan bertuah, makan, makan dan makan... tapi memandangkan aku sdg mengawal berat badan so aku ambik langkah cerdik dgn ambik lunch sikit kat rumah. So bile hi-tea tu tade laa buat buruk perangai ulang-alik ke meja makanan walaupun itu laa tujuan sbnr mkn buffet ni.
Masuk tahun ni dah 3 tahun aku sambut Hari Guru... tiada lambakan hadiah mcm cikgu2 sekolah lain.
Tapi Hari Guru aku pada tahun ni cukup bermakna dan paling berharga bila seorg demi seorg pelajar hasil didikan aku tersenarai antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara... Alhamdulillah (sgt emosi bile menaip perenggan terakhir ini).
Drp muka tak masuk gambar, baik aku duduk kat depan.
Oh... Akhirnya!!
Maka terjual juga tiket penerbangan kami sekeluarga kepada pasangan ustaz dan ustazah yg baik hati di sekolah abang.
Terima kasih abang sbb jualkan tiket itu... Dan juga tidak ketinggalan kepada ustad yg tidak kuketahui nama beliau kerana sudi membeli tiket penerbangan kami.
Dan akhirnya... Aku akan menyertai rombongan SASER ke Bukittinggi, Indonesia. Nampak mcm bodoh je rombongan ni tapi kami buat bench-marking which is akan ada sijil akan dikeluarkan. Konon2 mcm sijil penyertaan peringkat antarabangsa... walaupunnnnn, tapi masih tetapppp....
Usaha pengumpulan sijil adalah disebabkan teruja dgn akak2 senior yg baru dianugerahkan gelaran "Guru Cemerlang". (setinggi-tinggi tahniah utk Kak Ita, Kak Dah, Kak Ani, Kak Jennyta, Kak Fauzah dan Kak Nas).
Semangat itu ditiup oleh mentorku sendiri, Kak Ita... "Kau simpan sijil kau baik2 Rin, susun cantik2. Nanti dah cukup syarat boleh apply Guru Cemerlang pulak."
Happy!!!

Saturday, May 16, 2009
Di Dalam Dilema - Now Everyone Can Fly - part 3
Ok ok... topik yg same dan boring.
Kali ni nak buat iklan pulak.
Return ticket KL-KK-KL... 2 adults and 1 infant.
Pada 18-20 Julai 2009 (Sabtu, 6.50am... Isnin, 2.05pm)
3 tiket ni RM450... KL-KK dah siap book makanan, KK-KL tade makanan.
Luggage pun dah siap bayar.
Tanak beli infant tu takpe, kire burn je infant tu.
Kalau beli tickets for adult, RM390 je.
Berminat?
Sila hubungi saya dgn segera.
Oh ye, kawan saya pun nak jual tiket ke Kuching pada hari yg same.
Tak ingat price dia... dlm RM300++.
Sebab kami skrg dah terhegeh-hegeh nak ikut trip sekolah ke Bukittinggi ;p

Subscribe to:
Posts (Atom)