Tuesday, May 12, 2009

Khas buat Buyui



Resipi Begedil Bakar

Bahan-bahan:

  • 500gram ubi kentang
  • 2 sudu makan susu tepung (susu Deela menjadi mangsa)
  • 5 biji telur diputar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala (masih gagal mencari sehingga kini, kalau jumpe ape dia bgtau yeh?)
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1 biji bawang bombay dicincang
  • 300gram daging lembu dicincang (produk ramly tu dah siap cincang tp kurang sedap, kalau rajin silalah cincang daging yg fresh)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap masin beraroma(smp skrg tak tau ape ke bebdanye ini, belasah kicap biase je)
  • 100gram kacang pea (mixed vege pun ok)
  • 1 sudu makan parseli dicincang
  • 100gram keju cheddar parut (gune yg slice pun ok tp potong2 laa jadi kecik)

Cara membuat:

1. Ubi kentang dicuci bersih dan dikukus. Lecek sementara panas dan dicampur dengan susu tepung, telur, garam, serbuk lada sulah dan serbuk pala dan dikacau rata.

2. Sediakan pinggan kaserol dan sapu dengan marjerin. Panaskan ketuhar dengan suhu 1800C.

3. Panaskan marjerin, tumis bawang bombay sehingga layu. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah dan kicap beraroma. Kaca rata dan angkat.

4. Campur ubi kentang dengan tumisan daging, kacang pea dan parseli. Tambahkan keju cheddar parut dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan dan ratakan.

5. Bakar selama 30 minit atau sehingga perang dan angkat.

Selamat mencuba!!

7 comments:

  1. torkojuit den...bukak2 dashboard namaku terpampang!thanks!

    ReplyDelete
  2. dah buat nanti sila buat entry khas untuk membuktikan kejayaan anda mencuba... hahaha, sah2 cikgu. paksa student dia buat dan tunjuk hasil kefahaman dia.

    ReplyDelete
  3. uik..tgk tajuk teringin nak buat...tgk bahan2..terus x jadi..kui kui kui....

    ReplyDelete
  4. airin...jgn marah b erk.....b takde oven...huhuhuh!tp once dah ade this is the first recipi tht i'm going to try it chegu....sifat seorg guru..kenalah bersaba...to shirley (itu kawan b) silalah cuba ya!

    ReplyDelete
  5. azataq: bahan ape yg menghalang keinginan anda? ala, belasah je ape2. kalau bahan tak cukup bukan kena marah pun.

    buyui: oven boleh didapati dgn harga serendah rm100. bile dah ade oven, mcm2 lg leh try. kek, makaroni bakar,kuih raya...u name it.

    ReplyDelete
  6. oven mana tu serendah 100???(ready..get set.....)

    ReplyDelete
  7. ishkkk... ade je byk offer skrg kan? ade di kedai elektrik laa. microwave ade? hentam tu pun jadi laa. tade cikgu ert marah de.

    ReplyDelete