Tuesday, December 15, 2009

Dah senang tapi tak sedar diri

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."


Agak tajam sikit entri kali ini iaitu berkaitan dengan hutang.

Hmmm... aku baru je terbaca status seseorang di fb iaitu dia sgt bersyukur tidak disenaraihitamkan namanya oleh Imegresen kerana tidak membayar lagi hutang PTPTN kerana pada hujung minggu ini dia akan ke luar negara.
Kesian... nama salah seorang rakan atau saudaranya yang merancang untuk ke luar negara bersamanya disenaraihitamkan.

Persoalannya sekarang... salah siapa semua ini?
Isu paling utama oleh penghutang tegar di luar sana adalah faedah yg terlalu tinggi yang dikenakan oleh PTPTN.

OHH PLEASE!!!

Aku nak persoalkan penghutang-penghutang di luar sana.
-> Kenapa anda mampu mendapatkan telefon bimbit yang mahal dengan mudah?
-> Bagaimana anda berupaya membeli kereta dengan mudah? (interest tinggi jgk ape?)
-> Kenduri kahwin anda paling hebat di taman anda, pun tidak mampu membayar hutang?
-> Baju, handbag anda semua berjenama... masih tidak mampu membayar hutang?
-> Kalau dah nak ke luar negara tu, maknanya anda hidup dalam kemewahan. Kenapa abaikan hutang anda?
-> Paling utama, kalau tidak kerana PTPTipu yang anda kutuk sangat tu... segulung ijazah pun anda tidak akan dapat genggam. Kalau hebat sangat, kenapa tidak pohon biasiswa? Atau harapkan sahaja ibubapa anda untuk membayar yuran pengajian dan selera anda yang tinggi itu?

Jadi kenapa masih suka berhutang?

Pasti ada yang mengutuk aku balik... "Kau mane tau org lain susah mcm mane?"
Iye, saya akui yang tidak membayar hutang mungkin dia sendiri belum mempunyai pekerjaan yang tetap, banyak tanggungan.

Tetapi kalau berpandukan kepada status fb seseorang yg memberi idea kepada blog saya ini, beliau adalah anak kepada bekas wakil rakyat bergelar Datuk, hidup dalam kemewahan, penuh dengan glamer... jadi kenapa masih berhutang?

Betul ape Che Det kata... MELAYU MUDAH LUPA.

Pada pendapat aku, dahulukan hutang terutama sekali hutang semasa anda belajar. Duit tu yang anda gunakan untuk memperoleh sedikit ilmu dan ilmu itu juga yang kita nak gunakan untuk mencari sesuap nasi.

Tapi tak taulah kalau duit tu anda gunakan untuk enjoy di zaman belajar anda.

TETTTTTTT!!!!

Monday, December 14, 2009



Entri kali ni khas buat pelakon & pengacara kanak-kanak yg tersohor,
Muhammad Haziq bin Muhammad Hazem a.k.a Haziq.

Saya sangat minat dgn Haziq ni... betul, tak tipu! Sumpah!!

Dengan lakonan si Haziq ni dalam drama "Belalang", bertambahlah saya seronok tgk Haziq ni. Dalam drama tu ade diselit sedikit unsur2 jenaka, nasihat... memang menjadi.

Ohhh! Dan saya sgt suke lagu "Belalang" dalam drama ni nyanyian Mawi sehinggakan Adeela pun suke jugak. Adeela akan sambung part 'hey' dlm lagu tu.(aku heran sgt kenapa org benci sgt dgn Mawi ni. dulu korang jgk yg undi dia jadi juara).

Pernah jgk dulu terpikir nak letak nama Haziq kalau dpt anak lelaki tp incik suami kata ramai sgt dah org letak nama anak Haziq. (sbb konon2 nak letak nama anak yg hampir2 dgn nama incik suami)

Sejak Haziq dah takde lagi dalam rancangan "Tom Tom Bak" tu, saya kurang mengikuti rancangan tu lagi. (kicap???)
Ada juga Aznil mencuba bakat adik Haziq yg tak kurang keletahnya tu tapi tak kekal, kurang pasti kenapa.

Tapi sumpah saya memang suke drama "Belalang" (ayahanda Belalang pun best jgk). Saya akan sentiasa tekan info utk 611 dan pastikan saya tak terlepas drama "Belalang" itu. Agaknya kalau watak Belalang tu kanak-kanak lain yang lakonkan, mungkin saya tak pedulikan sangat kot. Besar pengaruh Haziq ni kan?

Wednesday, December 9, 2009

Kepada rakan2 yg telah dan akan menjadi ibubapa mithali

Pagi2 mcm ni aktiviti mcm biase kami sekeluarga akan duduk2 bace suratkhabar.
Minggu pertama cuti dulu aku beriye2 buat peraduan tekakata BH tu... semangat tu.
Dengan harapan dpt laaa RM10k... tp gagal, ade seorg pakcik tu dpt RM5k.
Minggu ke-2 pulak ade sorang kerani tu pulak menang... ape?? RM15k? Walawey...
Ok, ok... minggu ni aku kena buat balik. Tapi rasenye tekakata utk hari Isnin dgn Selasa mak dah buat bungkus sayur, ataupun semasa proses menyiang ikan. Takpe, takpe... ade byk minggu lg.

Tapi itu bukan faktor utama aku rajin menulis blog pagi2 ni.
Tujuan utama aku menulis blog pepagi ini adalah marah+geram+sakit hati dgn satu SMS yg dihantar oleh seorg pembaca BH ni.

"Saya cadangkan pihak sekolah memeriksa telefon bimbit setiap pelajar, kebanyakan mereka suka menyimpan video yang terlampau. - [AZHAR77:BH16066]"

APAKAH????

Kenapa dia tak hantar SMS mcm ni je... "Saya dah beranak byk2 ni, jadi tlg bela anak2 saya ni ok? Saya cadangkan pihak sekolah jaga semua urusan diorg ni ye? Bijak tak saya"

Allhuakbar... Astaghafirullahalazimmmm... Masyaallah...

Malas nak ulas panjang2...

Tapi aku nak remind kat kawan2 yg bukan guru...

Iya, kami cikgu2 ni bertanggungjawab mendidik anak2 anda tapi jgnlah hanya kerana kami ni dibayar gaji utk mendidik anak2 anda, anda menyerahkan segala-galanya kepada kami. Ambil tahu perkembangan anak2 anda. Jika berlaku kepincangan, kaji dulu di mana silapnya. Jikalau anda mengenalpasti cikgu anak anda yang menjadi punca masalah, bincang dgn cara terhormat, sehormat anda memiliki kereta yg menjalar dan hp yg mahal2 itu (kerana itulah kebanggaan dan lambang kemegahan serta kemewahan org skrg utk dipandang tinggi). Dan jikalau anak anda yang bersalah, silalah ambil tindakan yg sewajarnya kerana anak itu amanah Allah kepada anda kalian. Jgnlah segalanya diserahkan kepada kami. Seramai-ramai anak anda, ramai lg anak murid kami dalm satu2 kelas utk diambil perhatian.
Jadi, marilah kita sama-sama bertanggungjawab ke atas anak2 kita ini.
Mesyuarat PIBG itu sila hadir, jgn keputusan dah dibuat anda semua bising2 tak puas hati.

Bijakkah tindakan anda itu wahai AZHAR77?

Wednesday, December 2, 2009

Disember (tiru Nannoor)

Bile bace entry one of my friend... December that is by Nannoor...
Aku rase aku pun ade event besar jgk bulan 12 nih...

Anniversary? No no no...

Birthday aku? incik suami? deela? No no no...

Cuti2 Malaysia? Oh tidak, kami dah pun bercuti2 malaysia bulan oktober dulu lg... sblm musim hujan dan banjir melanda negara (bijok dok?)

Jadi ape sebenarnye ni?

Hehehehe...

Birthday Mr Black aku dan juga 'girlfriend' incik suami...
Serentak pulak tu.

Maka pada bulan 12 ni kami dok diam2 je kat umah setelah kopak membeli road tax & insurans.

Sekian.


ohh... ini bukan kereta kami, ini kereta sepupuku Pesal pakai mase kenduri kawin dia



okayy... ini adalah 'girlfriend' incik suami



yg ini barulah Mr Black, huhuhu...


Dan Mr Black ni baru saje tukar cermin pintu belakang yg pecah, adoyaiii!!!

Wednesday, November 18, 2009

Ketidakjujuran




Hari ini aku memulakan tugas sebagai Pengawas SPM.
Tapi ada agak kekecohan sikit pagi tadi bila incik suami membawa bersama kunci Mr Black. Musykil jugak macam mane kunci Mr Black boleh pulak 'girlfriend' incik suami yg 'simpan'?

Takde ape kesulitan yang berlaku di sepanjang sesi pagi tadi. Sekolah yang aku jaga ni pun sekolah kluster dan pelajar-pelajar dia tidak bermasalah. Semuanya berjalan dengan lancar.

Cuma yang aku tak puas hati tu...
Apakah perasaan seorang Pengawas SPM yang juga merupakan seorang cikgu apabila dia tidak jujur menjalankan tanggungjawab dia.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Kejap kejap, dah keluar dewan.
Tak pun dia menyembang.
Nanti main handphone pulak.

Okay, ada budak keluar dewan untuk ke tandas.
Tapi itu tandas pelajar lelaki, sedangkan Pengawas ni perempuan.
Hmmm....

Harap-harap aku mendapat elaun yang halal dengan menjalankan tanggungjawab dengan jujur.

Thursday, November 12, 2009

Bila hati berbicara

Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya...
Ini bermakna SPM dah semakin hampir.
Saat aku menaip entri ni, tinggal 6 hari lagi anak-anak murid aku akan 'berjuang' demi masa depan mereka.

Dan sejak sebulan yang lalu, aku mula 'menjauhkan' diri daripada anak-anak muridku; 5 Alfa & 5 Iota.... haih! Sedih, sedih...

Tahun ini juga aku tak menghadiri mana-mana farewell party, baik 5 Alfa mahupun 5 Iota... haih! Sedih, sedih...

Wahai anak-anak muridku 5 Alfa & 5 Iota,
Saya minta maaf awal-awal sebelum Majlis Redha Ilmu kita esok. Pertamanya, saya minta maaf sebab tak hadir pun farewell party awak, walaupun sebenarnya saya hadir menghulur apa yang mampu saya berikan untuk jamuan awak semua.

Banyak yang tak sempurna daripada yang sempurna ilmu yang saya berikan kepada awak. Kadang-kala saya sendiri tahapehape mengajar awak semua... maafkan saya.
Timbul pulak tu perasaan geram saya bila awak tak faham ape yang saya bebelkan... bahasa saya berbelit sgt ke, saya tak reti bg penerangan ke... maafkan saya.

Bila saya hilang pertimbangan, mula laa nak marah-marah kan? Tapi itu jarang-jarang berlaku kan? (eh ye ke?). Saya pernah dengar cerita yang awak cakap dengan pelajar kelas lain yang saya ni garang (alamak, gelak sket)... maafkan saya. Saya bukan cikgu yang sempurna, kadang-kadang tidak dapat kawal emosi. Tapi akhirnya kita kamceng jugak kan? Cuma saya je yang 'menjauhkan' diri daripada awak semua sejak akhir-akhir ini... haih! Sedih, sedih....

Saya juga nak minta maaf kalau saya ade terkasar bahasa dengan awak... maafkan saya. Percayalah, ianya bukan datang daripada hati. Jauh di sudut hati saya, saya nak awak semua berjaya walaupun saya tak pernah galakkan awak semua jadi doktor (ape punye cikgu bio daa...). Dan yang paling pasti, awak semua ada di hati saya walau sejahat mane pun awak, walau seburuk mane pun awak, walau segagal mane pun awak... oppsss! Eh betul, tak tipu...

Saya harap, lepas habis SPM ni... kita takkan terputus hubungan. Antara saya dengan awak & antara awak sekelas (add laa saya di facebook, hehe...). Dan saya harap takde benci & dendam awak terhadap saya... maafkan saya.

Akhir sekali, harapan saya yang sangat menggunung ialah...
Sila baca buku Biologi semasa balik kampung merayakan Hari Raya Haji ok? Takkan itupun saya nak ingatkan? Eh, opsss...

Harapan saya adalah awak semua berjaya di dalam hidup & juga akhirat.

SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!

Sunday, November 8, 2009

Hobin Jang Hobin

Piala Malaysia

Pasukan Negeri Sembilan telah berjaya menjulang Piala Malaysia di dalam perlawanan akhir menentang Kelantan.

Tahniah buat pasukan Negeri Sembilan... you deserved it!



Hobin Jang Hobin (lagu pasukan NS)

hobin jang hobin

dari sawah turun padang

kini kau dah pandai nondang

kalai ini mesti monang

bukan susah cukup sonang

hobin jang hobin

sumbek gol banyak2

biar sampai gol kuyak

main biar hati2

jangan masuk gol sendiri

hobin jang hobin

dua satu kocik bonar

ompek satu sonyum lebar

kalau bulih tujuh kosong

biar dio balik melopong

hobin jang hobin

yamtuan sokong kito

montori bosar sokong kito

undang luak sokong kito

jangan buek malu muko

hobin jang hobin

bukan main bola lisut

bukan main bola tampar

biar dio orang tokojut

kito monang piala Malaysia

hobin jang hobin

kali ini kalau kalah

balik kampong potong gotah

kito jangan monggolabah

semuo pialo kito punggah

hobin jang hobin!!!


(lagu boleh didapati di http://n9futbol.com)




Wednesday, November 4, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah



Hari ini dalam sejarah

Setelah hampir 7-8 bulan Adeela menidakkan segala pelawaan untuk menjamah segala bentuk makanan, akhirnya minggu ini Adeela telah menunjukkan minatnya terhadap makanan (barulah anak Mama & Papa).

Dan malam ini buat pertama kalinya Adeela makan nasi berlaukkan sup ayam dgn penuh 'berehi' (berahi).

Alhamdulillah... seronok Mama tgk Deela makan manyak2 tau?
Tapi Mama tamau Deela jadi obese-fat-baby pulak ;p

Money Money Money


Duit ni besar betul pengaruhnya.

Kerana duit orang hilang pertimbangan
Kerana duit orang jadi sayang
Kerana duit timbul perbalahan
Kerana duit mata mula jadi rambang

Tapi dalam situasi aku sekarang, aku jadi segan kerana duit.
Tanggungjawab tak terlaksana dengan sempurna lagi... haih~

Saturday, October 31, 2009

N.Sembilan vs Kelantan

Dengan ini, kami suami isteri akan menjadi musuh secara rasminya pada jam 8.45 malam, Sabtu 7 November 2009.


Kelantan jumpa NS di final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kedua-dua pasukan menewaskan lawan masing-masing dengan jaringan 3-1 pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Dengan keputusan itu, Kelantan melayakkan diri dengan agregat 5-1 ke atas Perlis manakala Negeri Sembilan dengan agregat 4-1 ke atas Terengganu.

(dipetik dari http://www.bharian.com.my)

Saturday, October 10, 2009

Kisah tragis di hari raya

Bila bulan Syawal ni berebut-rebut org buat open house...
Tapi kami sekeluarga pulak berebut-rebut nak memenuhi undangan open house ni.
Dulu dalam tahun 90-an rajin jugak buat open house ni, tapi sekarang dah tak bernafsu nak buat open house. Mungkin bile si Amethyst dah siap 100%, baru kami buat kenduri doa selamat masuk rumah merangkap open house.

Pernah dalam satu hari kami pergi sampai 5 rumah... bila rumah ketiga dan seterusnya mampu minum air je.

Tapi hari raya kali ni ada kisah tragis yg takkan aku lupa. Hari tu aku menemankan mak aku ke rumah kawan mak...

Rumah kawan mak ni terletak di lereng bukit... Dan abang parking betul-betul di depan pagar tuan rumah. Ada 2 org budak perempuan menyapa Deela sambil naik basikal, "Hai comel!"
Adik-beradik agaknya budak berdua tu... Dan ada seorg perempuan baya2 aku tegur budak berdua tu, "Akak! Elok-elok"

Memandangkan kami berdua dah kenyang, maka mak sorang je yg makan bersama kawan-kawan dia. Adeela macam biase tolong 'kemas' rumah kawan mak tu. Kami berdua baca suratkhabar sambil minum... pegi open house baca suratkhabar semata2?

Tiba-tiba kecoh kat luar rumah... Budak perempuan yg tegur Deela tadi masuk rumah nangis2 sambil tutup mulut dia... Dan ada darah yg menitis. Ahh sudah!! Jatuh basikal laa agaknye ni.
Tapi kami sambung baca suratkhabar semula, siap tukar2 pulak tu.

Pastu seperti biase mak akan kecoh (bekas cikgu kannnn)...
"Budak tu jatuh dek apo? Cucu Kak Nisah ko?", tanya mak.
"A'ah. Dio main besika...buek free fall", jawab tuan rumah i.e. kawan mak tu.
"Laa... ado dio menyapo cucu se tadi. Dio langgar apo?", tanya mak lagi.
"Ontah... keto itam tu haa kato dio", jawab tuan rumah lg.

Kereta hitam???? Kereta aku kaler hitam kan????
Aku dah pandang abang dah...
"Jom tengok!", abang ajak aku dgn kelakuan menyebok kami berdua yg memang dah biase suke menyebok.

Sah!!! Mr black aku dah calar kat bumper belakang... rasenya kena handle basikal dia je. So boleh hilang laa sket, taklah ketara sgt kesannya. Tapi kat bawah bumper tu ade kesan calar yg agak teruk yg aku kurang paham kena bahagian mane basikal tu.
Hai, kereta aku ni jadi mangsa belasahan je.

Tapi perhatian kami teralih dgn budak perempuan tadi... alahai kesian betul dia. Menggigil2 bila makcik2 dia nak bawak dia pegi klinik. Siap ada sepupu lelaki dia yg agak sebaya dgn dia peluk2 sambil pujuk (pandai budak tu pujuk). Kami pulang dengan perasaan yg tertanya2 sambil kami memberi pendapat masing2...
"Mau kena jahit tu, sbb nampak bibir dia berdarah tu"
"Adik nampak gigi dia macam tinggal separuh. Kesian baru darjah 1 dah teruk injured"
"Esok dah nak sekolah dah, tak pegi sekolah dia esok"

Hari-hari aku suruh mak call kawan mak tu tanyekan khabar budak perempuan tu. Seminggu lepas kejadian tu mak call, dgn tujuan nak tanye pasal lain (pasal open house jugak) dan akhirnya bertanyakan hal budak perempuan tu (itu kan taktik2mbusy body).

"Laa... yo ko?"
"Ha a'ah... poie klinik"
"Dah tu?"
"Teruk bona ko?"
"Ni kek mano cucu Kak Nisah tu?"
"Aiyo..."
"Iyolah"

Itu je cakap2 mak yg aku dengar mase mak bercakap dgn kawan mak tu thru phone.

Dan sebenarnya kecederaan budak perempuan tu agak parah. Mula2 dia dihantar ke klinik biase tapi doktor di klinik tu nasihatkan dia dihantar ke hospital. Kemudian budak perempuan tu dihantar pulak ke KPJ Seremban tapi memerlukan peralatan utkmmembuat pembedahan ke atas budak perempuan tu.

Akhirnya budak perempuan tu dirujuk ke GH... dan dia dibedah dan disimen yang mana aku pun tak pasti mcm mane dia disimen di bahagian mulut & gigi itu.
Kata mak, 4 gigi hadapan dia tertanam akarnya secara menyerong di dalam gusi.

Kesian budak tu... mesti dia ingat sampai bila2 kejadian open house di rumah nenek dia.

Sunday, September 27, 2009

My Best Friend's Wedding


Akhirnya kahwin jugak kawan aku sorang ni... Nur Zahira Abd Rahman a.k.a. Ira.
Puas tunggu nak ambik gambar dgn incik suami dia, Hairil tp tak berjaya.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat... amin!

Kepada Pakcik Rahman & Makcik Zaharah... tahniah dpt menantu.

Thursday, September 17, 2009

Raya datang lagi!

Insyaallah 4 jam dari sekarang (2.00am) kami sekeluarga akan bertolak balik ke Kota Bharu... kali pertama menyambut raya puasa kat KB. Teringin pulak nak rase suasana beraya di sane.

Kalau dikira, tahun ni tahun ketiga beraya bersama suami terchenta...
Tahun pertama, Deela dalam perut (dlm Bio, jgn tulis 'perut' ye anak2 muridku, uterus ok?) lagi.
Tahun kedua, Deela baru 6 bulan.
Tahun ketiga, Deela dah 17 bulan... + sgt lasak.

Hari raya ketiga yakni hari Selasa insyaallah kami akan bertolak balik ke Seremban semula. Dan kalau Angah sanggup tunggu kami balik, dptlah jumpa Feena & Farisa. Boleh ambik gambar tiga bersaudara tu pakai baju kurung yg sama a.k.a. baju kurung ngaji diorg tu ;p

Baju adalah tidak siap dikemas lagi... driver sudah lame tidur bersama penumpang kecilnya. Tinggallah saya yg masih tidak sedar diri menghadap laptop ni.

Ohh!! Lupe... Mak dah siapkan sekuali rendang daging yg yummy sbg bekalan balik ke KB nnt. Baik dan suci tak mak saya? Hmmm, sian pulak kat mak. Takpe, dah amanahkan kat Along berbuka dgn mak ptg esok. Tak dtg nanti siaplah aku tuntut nnt, hehehe...

Bersempena dgn raya yang tak beberapa hari je lagi ni... saya ingin menyusun jari memohon kemaafan kepada semua jika ada terkasar bahasa tersilap kata. Semoga Ramadhan ini berakhir dgn penuh keberkatan di samping kehadiran Syawal yg penuh kemeriahan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Daripada:
Nik Hazimin bin Nik Hashim
Airin binti Abu Bakar
Nik Aimy Adeela binti Nik Hazimin

Friday, August 28, 2009

Baju kurung ngaji

Uwan : Assalamualaikum kakak...





Feena : Waalaikumussalam uwan...





Uwan : Kakak tgh buat ape tu? Kakak dah try baju yg uwan kirim kat papa tu?





Feena : Dah... Tapi kenapa uwan buatkan kakak baju kurung mcm nak gi ngaji je?





Uwan : Ehh, kenapa pulak?





Feena : Yelaa, mcm nak gi ngaji je. Uwan buat laa baju kurung yg mcm kakak punye tu... yg


warna cokelat tu. Ade batu-batu, manik-manik tu..





Uwan : Takpelah, raya ni kakak pakai laa baju kurung tu dulu. Nanti kakak boleh pakai pegi


ngaji pulak.





Feena : Hmm, iyelah.





Uwan : Lain kali kite beli yg lain pulak ye?





Feena : Okay....





Perbualan antara anak buahku yg sulung, Norbatrisyia Sorfeena yg berumur 6 tahun dan mak.


Sungguh demand budak2 sekarang. Nasib baik Feena ni boleh dipujuk lg. Tapi aku jamin dia tak pakai sgt baju kurung tu. Dengan saiznya yg besar, fesyen baju kurung je lak tu. Minah ni kuat berangan pakai yg blink2 + glamer. Kalau pakai sure muncung dia jalan ke depan... hahahaha...





Semoga aku dan incik suami dpt menerapkan nilai berterima kasih & bersyukur dgn ape yg ade ke dalam diri Adeela... amin!



Baju kurung inilah yg bakal dipakai oleh 3 bersaudara;
Adeela, Feena & Farisa pada pagi hari raya nnt.

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan

Dah masuk bulan Ramadhan dah... kejap je mase berlalu. Teringat lagi mase mengandungkan Deela dulu bulan Ramadhan jugak, mase tu baru masuk bulan ketiga. Tapi rase mcm baru je semalam berpuasa mase mengandungkan Deela tu... thn 2007.
Sekarang Deela dah setahun 4 bulan dah pun, Deela dah pandai nyanyi lagu 'Buwong Tatak Tuwaaa" (burung kakak tua).

Bile sebut puasa.... terus "ting!" dlm otak ialah raya, kan? Baju raya dah tempah sebulan-dua yg dulu lg. Kali ni tempah baju kurung Deela sekali ( ntah berapa lame je dia boleh pakai tu). Kuih raya lame dah dealer2 kat sekolah tu dok promote produk masing2. Bab membeli brg2 umah ni (yakni tukar ganti perabot, langsir dan segala mcm) mmg mak tak penah didik, so mmg tak ghairah langsung hal2 perabot ni. Tak tau laa bile umah kami dah siap nnt aku dpt perangai tu pulak (sila refer di sini http://cikgujimmy.blogspot.com/2009/08/amerthys.html ).
Pastu abang dah janji nak bawak kami shopping, yea! Tapi risau pulak kes H1N1 ni nak berjalan tmpt org ramai ni kan? Bak kate buyui... AAK? Ehh, kisah buyui....

Tapi yg paling utama raya kali ni kami dah sepakat... beraya di Kg Tok Betek!
Kecuali ade hal2 yg tidak dpt dielakkan (owh! aku sgt runsing dgn jem di Kelantan).

Tuesday, August 4, 2009

Backdated entry : Bukittinggi, Indonesia

Balik dari Bukittinggi, Indonesia sepatutnye upload laa gambar kan? Sebaliknya telah berlaku di mana memory card mengalami kegagalan berfungsi dgn baik. Agaknye kamera tu 'mogok' setelah mendengar bahawa kami bercadang nak membeli kamera DSLR pulak kot? Apakah...

Tensen jgk tp takpe... akan diusahakan juga. Hanya mampu bercerita tanpa bahan bukti yang kukuh.

Sangatlah seronok percutian itu... ehh, opss!! Lawatan penanda aras dan perkongsian pintar ye...
Di mana kami end up dgn membuka satu akaun khas di bawah nama Nik Aimy Adeela binti Nik Hazimin dgn tujuan khas mengumpul duit utk trip yg seterusnya... AIR SIRAP!!

Hmmm... untuk 1st-timer dtg ke Bukittinggi biasanya akan ralit membelek telekung yg sgt cantik dan kemas buatannya tetapi masih boleh ditawar pada harga yg sgt murah. And then kebaya sulam, blouse sulam... and so on.

Tapi untuk 3rd-timer mcm aku... telekung is not my target anymore. Yang beli dulu pun tak abis pakai... trust me, telekung cantik2 itu akan muncul 2 thn sekali shj iaitu mase sembahyang sunat hari raya puasa dan sembahyang sunat hari raya korban... oh lupe! Sbg hantaran kawin aku dulu. Aku hanya ralit membeli tudung 'permaisuri' sahaja di mana smp skrg aku masih teringat2 akan tudung2 itu sume... sgt murah tp masih kemas dan cantik. Sampai tahap aku tidak mengagihkannya kpd org lain sbg souvenir... sgt cantik ok? Maka timbul perasaan kedekut, hehehe... nak pegi beli sendiri la! Hahahahaha....

Food? Aku berjaya mempengaruhi hampir separuh ahli rombongan supaya mencuba jus alpokat a.k.a. jus avocado.... tapi ade yg tak berapa nak suke jgk. Kebetulan diorg try minum tu kurang pulak gula jus tu maka diorg komen, "Macam minum jus klorofil je?"

Banyak tmpt yg dulu aku pegi tp kali ni tak pegi... such as Kelok 44, Ruma Kelahiran Buya Hamka, Danau Maninjau atas alasan bas kami tu tak boleh nak turun kat Kelok 44 tu. Rugi jgklah sbb view kat situ sgt cantik... hmmm...

Dan takde dah lawatan ke kilang2 sulaman dan tenunan... kami terus dibawa ke butik2 je. Lagipun mane nak sempat... akak2 ni dok selongkar satu butik tu smp 2-3 jam. Nasib baik laa rombongan ni 35 org je... kalau 50 org? La la la la la la...

Aku rase balik dari Bukittinggi ni makin rapat pulak dgn akak2 ni sume... mase tu kite nak tgk their true colors. Dan aku pun bangga dgn abang dan Deela sbb memberi komitmen yg sgt baik... mereka adalah yg terbaik!

Friday, July 10, 2009

My Mom My Hero


Deela pun turut bangga dgn uwannya, hee...


Secara rasminya mak telah diumumkan sbg Tokoh Guru 2009 sempena Perhimpunan Hari Guru Peringkat Daerah Seremban semlm. (ye, ye... backdated. sila jgn tanye saya kenapa sbb emak diminta isi borang tu pun bulan Jun 2009. mungkin penganjur baru dpt peruntukkan kot?)






Alhamdulillah... perit jerih mak selama 32 thn dlm bidang pendidikan ni (dan aku sendiri dah 28thn terlibat sama secara tidak langsungnya) diberi penghargaan yg bermakna. Sebagai anakanda yg tercinta (Cikgu Sabuddin noted that,heee...), aku dgn berbesar hati temankan mak ke majlis tu.

So atas persetujuan En. Roslie (ada org salah sangka aku pegi ni sbb diarahkan oleh En. Roslie, pdhal aku volunteer jd wakil sekolah. manusia, manusia.. suke bersangka buruk), aku keluar sekolah awal sbb mak dah janji Dr. Rusni akan jemput dkt rumah dlm 1.45ptg.

Majlis tu diadakan di RTM Seremban, tmpt rancangan Pilih Kasih tu diadakan. Cari2 jgk laa kot2 ade Rosyam Nor berkeliaran kat situ tp dia suh assistant dia je jadi wakil dia.

Mula2 tu aku yg dok usik mak, "Hai, ade org tu berdebar ke?". Mase tu tgh layan persembahan2 tu sume, dah boring sgt... dok sembang jela dgn mak.
Tibe2 pentas tu diubah dgn letak kerusi VIP dan kerusi penerima anugerah (3 org termasuk mak). Aku dah kaget dah, apesal kerusi tu dia letak smp 6? Tadi rasenye kat holding room ade 3 org je penerima anugerah ni... AHHH SUDAHHHH!!! Aku kena naik skali laa jawabnye niii.... Cuak gileeee!!


Kerusi saya duduk yg no 2 dari kiri itu.


Iye!! Ternyata benar tekaan aku.... aduyai!!! Sibaik pakai baju cantik sket drp biase (cantik ke?)

Tak cukup dgn itu, mase MC bace profile mak tu, aku kena berdiri sekali sebelah mak.... la la la la la la... Mase berdiri tu mata melilau tgk org, ternampak laa Cikgu Sabuddin & En. Roslie (tp tak nampak Razi pun?). Org kata kalau toreh muke dgn pisau surely tak keluar darah.
Berkat mak bekerja dgn ikhlas, dah pencen pun org ingat lg. Banding cikgu zaman skrg (aku laa tu kan?)... keje selangkah sket, claim. Nama naik sket dah harapkan penganuherahan... Tak dpt siap mengamuk. Kaki ampu tu toksah ckp laa...

Anyway, I'm happy for mak... so proud of her. Congratulations mak... you are my hero!









Monday, June 29, 2009

5 Theta 2008




Hari ni bukak2 paper je terus ternampak iklan ni...

Dan terus, "Wahhh!! Menteeku si Poland..."
Poland (baris belakang, 3 dari kanan yg bangga menayang giginya itu) atau nama sebenarnya Mohd Fierdaus b. Md Aris ni mendapat gelaran 'Poland" adalah disbbkan beliau berasal dari Felda Palong yg mane kami menterbalikkan Palong itu kpd Poland.

Alhamdulillah... Honda chose the right person to get such an honour.
Poland adalah pelajar ke-18 (out of 25 students) dari kelas 5 Theta 2008 yg mendapat tajaan/biasiswa menjadikan kelas kami ini sbg kelas paling ramai pelajarnya mendapat tajaan/biasiswa.

Dan secara tak langsung aku merasa tempias mereka... bukan dari segi wang ringgit tp dari segi bangga dan gumbira.

Lagi 17 orang pelajar ni mendapat pelbagai tajaan/biasiswa dari JPA, Mara, Petronas. Malah ada yg mengambil keputusan menjadi pilot MAS.

Selebihnya iaitu 7 orang pelajar lagi tidak kurang juga hebatnya cuma mereka tidak bernasib baik mendapat tajaan/biasiswa shj. Tapi aku yakin dan pasti mereka juga akan sama-sama mencipta nama seperti rakan-rakan mereka yg lain.
Kepada bekas pelajar 5 Theta 2008 yg membaca entry ini, saya sgt bangga dan berbesar hati menjadi guru tingkatan anda semua. Awak semua adalah kumpulan pelajar yg sgt berdaya saing tinggi, semangat kerjasama antara kawan yg sgt tinggi dan langsung tidak mempunyai sikap mementingkan diri. Formula yg awak semua amalkan ini menjadikan kelas 5 Theta 2008 adalah yg terbaik.


SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta!


Bersama sebahagian pelajar 5 Theta 2008 semasa Majlis Graduasi 2008.

Missed all of you guys!

Monday, June 22, 2009

Abang & APC

Yg Berdiri tegak alip tu suami saya... Cikgu Nik



Dia berjalan naik ke pentas....




Untuk mendapatkan sijilnya ini!

Monday, June 15, 2009

...Deeya...

Nik Aimy Adeela bt Nik Hazimin


hai... nama taya deeyaaa...
mama dgn papa bawak taya ambik gambar ptg tadi....
nak buat apetah...
tapi taya tuke tenok tahaya manyak2....

Sunday, June 7, 2009

Teman Sejatiku

Me & Emma
(ini baju-bertunang-5-minit saya, heeee ;p)

Introducing one of my good friend, Dr. Emma Yaakop...
Secara tidak sengaja kami bertemu dkt satu wedding reception at The Royale Bintang tgh hari td. Sethn lebih kami tak jumpe walaupun Emma posting dkt Hosp Kuala Pilah je (45 mins from Seremban) tapi susah betul nak jumpe beliau ni. A few times jgk janji nak jumpe tapi selalu gagal. Kami same2 sibuk? Ermm, mungkin kot. Dia doktor dah sah2 tade mase nak bersosial... aku yg cikgu ni pun same je sibuknye (kami cikgu melahirkan lebih ramai doktor ;p)
Persahabatan aku dgn Emma ni mmg sgt2 aku hargai... aku rase mcm satu kurniaan yg agak hebat dari Tuhan. Perghh... ayattttt.
Tapi itulah kenyataannya...
Kami mula berkawan semasa di Kolej Matrikulasi Melaka... bermula dgn sapaan dia sbg salah seorg drp roommates aku (selain drp Wawai dan Nawari). Memule tu sangsi jgk nak kawan dgn dia ni sbb bile tanye dia dulu sekolah mane... saya dulu sekolah kat TKC, jawabnye. Okayy....
Ni musti budak pandai yg agak, hmmm... that was my 1st impression pasal budak TKC.
Tapiiiiiiiiiiiii.... my God!! She is sooooooooo humble yet so polite. Sangat sygkan mak dia...
Kalau dgr dia berckp dgn mak dia dlm hp... membuatkan aku terfikir, mampu ke aku berckp selembut dan sebaik itu dgn mak aku? Sampai kdg2 aku malu dgn diri sendiri, nak menitis airmata pun ade sebab yg dia berckp itu hanya mak angkat dia... yg membela dia sejak dari hari pertama dia dilahirkan lg. Haih... insap kejap.
Dan dia adalah penyumbang paling besar ke arah kejayaan aku dlm hidup aku skrg (among my friends). Emma ni pada hemat aku dia tak genius mcm budak lain tapi dia sgt rajin mcm semut... takde seminit pun dia bazirkan. Jadi aku pun terikut cara dia... dlm kuliah dok senyap2 (zaman matriks adalah zaman beryuha-yuhi pd mase itu sbb kami 1st batch KPM a.k.a. tikus putih KPM yg disogokkan rm1000 satu sem), rajin cari cikgu tanye soalan2, stay up pukul 3pg, weekend dok library (walaupun library hanya dipenuhi dgn almari kosong je mase tu) dan lain2 aktiviti budak nerd, hehehe....


Kalau dia ade soalan nak tanye kat cikgu tu (mase kami dulu kami panggil lecturer ni sume cikgu, skrg tahla)... aku pun membontot laa dia walaupun aku follow tu dgn otak kosong pasal benda dia nak tanye tu. Tapi aku dok jelah sebelah dia dgn muke berlakon aku yg konon2nye sgt paham. Dari situ aku dpt pekdahnye... yg sgt2 berguna.

Kerana dia jgk aku boleh dapat Fizik aku A... bukan Fizik jelah, sume2 sekali sbb Emma. Biologi, Kimia, Maths... sumenya Emma jd pendorong aku
Kerana pada zaman aku mengambil SPM.... aku + Fizik = *$#@%$*&%$

Mase isi borang UPU pun aku bincang dgn dia je... mule2 aku ingat nak apply kat USM. Ramai lak org lain nak ikut, boring betul. Bukan tak suke dgn kawan2 yg nak ikut tu tp aku malas ade byk persaingan. So aku bulatkan tekad musti masuk UM, ape nak jadi... jadilah! Tak kire laa course ape pun. Sebulat suara kami secara rahsia memilih UM dgn dia apply medic, aku biomedic.

Hambek kau... mmg biomed UM aku sorg je dr KMM. Nak sgt mengelak dari kawan2... Emma pun same. Tade antara kawan2 kami sekelas yg dpt UM. Menjadi sungguh formula kami... hehehe....

Tapi bile dah masuk UM ni tak dpt laa nak 'berkepit' dgn Emma lg mcm dulu2... belajarlah aku sendiri. Cuma kdg2 tu aku lepak gak kat bilik Emma sbb mase tu Emma dok 6th college yg sejengkal je dgn fakulti medic... bile lunch time tu aku menyemak laa kat bilik dia.

Sampai skrg Emma ni jadi bahan rujukan aku... bile ade masalah kesihatan laa biasenye. Kalau dia tak dpt jawab mase tu pun dia akan tanye kawan2 dia yg lain smp aku paham. Jawapan dia akan bg dgn sgt detail... Airin, Airin kena mcm ni mcm ni mcm ni tau? Jaga diri tau? Jgn itu itu ini ini tau?

Haih... Emma, Emma.

Untuk rekod, disbbkan keramahan dan keprihatinan dia sbg doktor... dah berapa ramai patient 'terpikat' dgn dia. Semua suke dgn cara dia handle things... kemas dan teratur.

Kalau laa aku ade kawan lelaki yg jd doktor jgk... lame dah aku kenalkan kat Emma.

Semoga beliau terus berjaya dlm kerjayanya sbg doktor dan bertemu jodoh yg sebaik beliau.

3 Little Angels

Bangun pagi je acara bermain air. Deela & Feena agak kamceng.


Macam biase Farisa hanya akan memerhati shj.



Farisa cuba mendekati Deela & Feena tp tak teringin pun nak join mandi.

Awal2 pagi lagi aku dah bukak kolam nih... dgn tujuan nak memujuk Farisa yg bad mood.

Tapi tak berjaya pun... hanya Deela & Feena je yg berseronok-seronok.

Bile lagi laa 3 sepupu ni nak jumpe lg.

Saturday, June 6, 2009

Brooch

Ada yang berminat? Boleh email saya di airin.abubakar@gmail.com

A1


A2


A3



A4

La La La La...

Aku sudah hilang mood untuk menaip blog sebab...
(Afzyim akan cpt menangkap ape sbbnye)
*wink wink*

Friday, June 5, 2009

Sudah kembali...

Telah selamat kembali dari Kg Tok Betek yg aman damai... alhamdulillah.

Wednesday, May 27, 2009

Our 2nd Anniversary - 25th May

This is how we celebrate our big day ;p


Kini kami sudah bertiga ;p


Sebelum acara bermain air, warming up Deela dgn pasir dulu.
Font size

Deela dah mule terjerit2 tgk papa dia melambai-lambai dlm laut.




Deela tgh memikirkan cara utk smp ke laut.





Abang dgn aksi cuba menjadi model pantai... boleh laa bang, sket je lg... sket je lg bang.

Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Guru 2009 SASER

Dan spt yg dijanjikan... entry utk sambutan hari guru 2009 SASER.

Not bad...
Takleh nak buat comparison sbb last year aku on maternity leave.
Kalau ade pun tahun 2007... which is, aku ingat2 lupe.

Acara dimulakan dgn perhimpunan rasmi mcm biase, kemudian ade gimik...
Terkejut jgk tgk Mat Gan berlakon, hehehe... ermm, lawan2... silat2... gitulah (sori kurang description sbb penulis blog sudah agak mengantuk)


And then ade a few games yg nak lebih kpd nak mengenakan cikgu2. Mase tu aku dah nak keluar dah dgn Sal gi ambik kek (walaupun hari guru, guru jgk yg kena uruskan hal2 kek)... Tapi Fara berjaya memujuk kami utk tunggu kejap and join the game.


Oklah, kami tunggu. Tapi berbaloi jgk aku postpone ambik kek tu sbb kumpulan aku (Kak Nas, Kak Rusni and me) berjaya menggongol gelaran "Teh Tarik Queen". Hmmm... tade laa strategi pusing2, putar2 badan pun... kami hanya tarik ke kiri, tarik ke kanan and then tarik pulak dlm kole org sebelah. Mungkin kami buat tu serentak dan lawa laa kononn... kononnnnn... hahahaha... Abang ckp, mmg laa patut pun sbb 'teh kaw' aku shidappp, slurppp...





Sehingga menyinsing lengan baju dah masing2.





Cikgu2 lelaki kena dera memasak... paling comel bile tgk bos no. 2 i.e. En. Roslie memasak, alahai...

Selalu tu dgr En. Roslie sebut pasal analisis, OTR, ETR, KPI, ISIS, Minit curai... hari ni takleh nak ckp byk bile kena dera dgn students.





"Bukan senang nak tgk saya pakai apron pink ni... haa, cepat ambik gambar"





Bos pun tak kurang jgk... dgn sportingnya menggoreng ayam. Ni kalau Datuk K tgk ni makan hati ni... dia pun tak penah masak utk Siti ;p





Dgn muka bangganya Cikgu Sabuddin memulakan acara.

Alaaa... penat sgt hari ni. Mengantuk dah tak tertahan-tahan....

Till my fingers dancing on the keyboard... nite nite!

Friday, May 22, 2009

Guru Jasamu Dijulang

Agak tidak terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua warga pendidik anak bangsa...

Disebabkan pelajar SASER menjalani Mid Year Exam semasa Hari Guru... maka sambutannya terpaksa ditangguhkan pada 25 Mei. Dgr cerita kononnya akan ada kejutan untuk cikgu2 maka segala agenda dan ape2 shj yg berkaitan sambutan tu dirahsiakan... hmmm, akan ada laporan selanjutnya jika benar ia satu kejutan.

Pada 18 Mei... atas inisiatif Madam Lim yg mencadangkan kami raikan dulu hari 'kami' ni, maka kami (i.e. aku, Kak Ita, Kak Dah, Mdm Lim dan Kak Liza) membawa makanan mengikut kepakaran masing2. Mula2 aku ingat aku hanya bakal menyantap shj hidangan mereka tp Kak Ita request aku bawak pudding caramel. Ok jgk laa, aku pun dah lame tak buat. Kalau lame tak buat nanti hilang skill.

So seperti dijanjikan terhidang laa kek cokelat Kak Ita (menjadi pujaan ramai, sgt yummy), trifle Kak Liza, spagheti Kak Dah, apple cupcakes Mdm Lim dan juga pudding caramel aku. Oh lupe nak mention... penyertaan last minute Kak Aini iaitu teh kaw kantin, hehehe... dlm byk2 menu tu kami lupe pasal air. So kami pun hantam itu jela sepjg hari di sekolah dgn aku yg bermuka tembok ni yg memulakan 'bicara'... dgn alasan kejap lg nak masuk kelas jaga exam, takut balik dari jaga exam sume dah licin.

Dan pada hari ini, 22 Mei... PIBG SASER pulak mengambil inisiatif meraikan kami semua di Royale Bintang dgn jamuan hi-tea. Ada beberapa game, cabutan bertuah, makan, makan dan makan... tapi memandangkan aku sdg mengawal berat badan so aku ambik langkah cerdik dgn ambik lunch sikit kat rumah. So bile hi-tea tu tade laa buat buruk perangai ulang-alik ke meja makanan walaupun itu laa tujuan sbnr mkn buffet ni.
Masuk tahun ni dah 3 tahun aku sambut Hari Guru... tiada lambakan hadiah mcm cikgu2 sekolah lain.
Tapi Hari Guru aku pada tahun ni cukup bermakna dan paling berharga bila seorg demi seorg pelajar hasil didikan aku tersenarai antara mereka yang melanjutkan pelajaran ke luar negara... Alhamdulillah (sgt emosi bile menaip perenggan terakhir ini).



Drp muka tak masuk gambar, baik aku duduk kat depan.

Oh... Akhirnya!!

Maka terjual juga tiket penerbangan kami sekeluarga kepada pasangan ustaz dan ustazah yg baik hati di sekolah abang.

Terima kasih abang sbb jualkan tiket itu... Dan juga tidak ketinggalan kepada ustad yg tidak kuketahui nama beliau kerana sudi membeli tiket penerbangan kami.

Dan akhirnya... Aku akan menyertai rombongan SASER ke Bukittinggi, Indonesia. Nampak mcm bodoh je rombongan ni tapi kami buat bench-marking which is akan ada sijil akan dikeluarkan. Konon2 mcm sijil penyertaan peringkat antarabangsa... walaupunnnnn, tapi masih tetapppp....

Usaha pengumpulan sijil adalah disebabkan teruja dgn akak2 senior yg baru dianugerahkan gelaran "Guru Cemerlang". (setinggi-tinggi tahniah utk Kak Ita, Kak Dah, Kak Ani, Kak Jennyta, Kak Fauzah dan Kak Nas).

Semangat itu ditiup oleh mentorku sendiri, Kak Ita... "Kau simpan sijil kau baik2 Rin, susun cantik2. Nanti dah cukup syarat boleh apply Guru Cemerlang pulak."

Happy!!!

Saturday, May 16, 2009

Di Dalam Dilema - Now Everyone Can Fly - part 3

Ok ok... topik yg same dan boring.

Kali ni nak buat iklan pulak.

Return ticket KL-KK-KL... 2 adults and 1 infant.
Pada 18-20 Julai 2009 (Sabtu, 6.50am... Isnin, 2.05pm)
3 tiket ni RM450... KL-KK dah siap book makanan, KK-KL tade makanan.
Luggage pun dah siap bayar.

Tanak beli infant tu takpe, kire burn je infant tu.
Kalau beli tickets for adult, RM390 je.

Berminat?
Sila hubungi saya dgn segera.

Oh ye, kawan saya pun nak jual tiket ke Kuching pada hari yg same.
Tak ingat price dia... dlm RM300++.

Sebab kami skrg dah terhegeh-hegeh nak ikut trip sekolah ke Bukittinggi ;p

Wednesday, May 13, 2009

Di Dalam Dilema - part 2

Dan persoalan ini muncul di dalam kotak pemikiranku...

Antara pujukan Kak Liza supaya menyertai rombongan ke Bukittinggi, menyertai family day ke Endau-Rompin (adakah aku akan dipaksa?) atau kekal kepada perancangan awal iaitu beryuha-yuhi ke KK????

1. Kalau nak join trip to Bukittinggi... aku kena tukar tiket which i'm not very sure whether i'm allowed to do so, boleh ke? Itu sahaja akan melibatkan perbelanjaan yg besar. Tapi Kak Liza kate utk aku mmg dah FOC dan suami turut dijemput dgn 40% off, which is ehem ehem... off record!!

2. Kalau aku boleh tukar tiket and then follow trip tu... mane aku nak cekau ongkos bebyk gi jenjalan 2 tmpt dlm mase 1 bulan? Takkan postpone bulan 8? Bulan 8 byk event mengeratkan silaturrahim (Pesal nikah kat Muar, kenduri kat Gombak, Lan nak tunang lg. Duit lg tu... takkan gi tunjuk gigi dgn perut yg kosong. Surely kena sedia hadiah, haih!). Bulan 9 pose dah... nak raye dah pun. Bulan 10 ade je ke gile budak nak exam aku boleh suke2 hati merayau2... mau kena band dgn panitia bio yg dianggap subjek kritikal (iye, kami dah jatuh no 10 antara 54 SBP)

3. Endau-Rompin??? Larikkkkkkkkkkk... hahhahahahhahhaha.... Baik aku dok apartment mak di tepi pantai PD tu. Free dah mmg free... yg penting jiwa tenang. Takyah drive jejauh... (alasannnnn)

Maka aku dah buat keputusan muktamad... KK tetap dihatiku. Baik aku ikut cakap suami, betul tak? Ada gak pahala... Maybe abang dah tau aku akan kumpul dosa, baik aku gi KK berjumpe dgn insan yg mulia, ahakss...

Takpelah, kemsalam jela dgn jus alpokat, nasi padang, sulam goyang, kebaya sulam, istana lindungan puteri, kelok 44, danau maninjau, rumah buya hamka...
Kat Endau-Rompin takyah kirim ape2 la, larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk................

Si perasantan

Korang ade penah jumpe tak org yg selalu berprasangka bahawa dia adalah seorg yg sgt best?
Dalam segenap aspek dia adalah yg tarrrrrrrbayeekkkkkkkkkk... Penah jumpe kan? kan?

Tapi perasan tak org ni sbnrnye hidup dlm khayalannya semata2? Bermula dgn latarbelakang yg hebat, berasal dari keluarga yg senang2, terkenal sehinggalah kepada... oh macam2!

Kalau dia seorg pelajar dia akan sedaya-upaya menarik perhatian gurunya yg pada mulanye cikgu akan berasa, ohhh... bagus budak ni interested dgn ape yg aku ajar. Tapi lama-kelamaan duhhh!! very irritating this nuts... aku nak ajar ape tadi dah lupe. Suke sgt interrupt... kan? kan?
Pastu end of end, dia akan tanye soalan mcm ciii... cikgu, AIDS tu ape? Cikgu diaphragm ni nak pakai mcm mane? (aku rase nak terajang je budak yg tanye ni, chapter 2 form 4 pun tercungap2, ade hati tanye chapter 4 form 5)

Dan org yg hidup dlm khayalan ini sanggup menipu supaya cerita dia nampak sgtlah 'hidup'... Atuk saya dulu this and that (tp nape kau end up kat sini???? hahahahaha... maknanye kau same je mcm aku).

Tapi bile dah terbongkar rahsia mule laa cipta seribu alasan tanpa rase segan silu (baii, masalahnye benda yg kau alami same je mcm org lain tp kau saje je auta kan?? dah malu laa tu)

HAHAHAHAHAHAHA... at last beliau akan jadi bahan bualan sehingga menjadi bahan blog aku.
Dan tercapai laa objektif beliau ini... aku nak popular okayy??

Apa???

Apa?????
Hanya RM200 je return ticket ke Bali????

Rase mcm nak kejutkan abang je tanye pasal kemurahan hati AA bagi tiket free nih...
Ohhh abang, meh laa kite merealisasikan impian kite ni bang... huhuhuhu

Tuesday, May 12, 2009

Khas buat Buyui



Resipi Begedil Bakar

Bahan-bahan:

  • 500gram ubi kentang
  • 2 sudu makan susu tepung (susu Deela menjadi mangsa)
  • 5 biji telur diputar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala (masih gagal mencari sehingga kini, kalau jumpe ape dia bgtau yeh?)
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1 biji bawang bombay dicincang
  • 300gram daging lembu dicincang (produk ramly tu dah siap cincang tp kurang sedap, kalau rajin silalah cincang daging yg fresh)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap masin beraroma(smp skrg tak tau ape ke bebdanye ini, belasah kicap biase je)
  • 100gram kacang pea (mixed vege pun ok)
  • 1 sudu makan parseli dicincang
  • 100gram keju cheddar parut (gune yg slice pun ok tp potong2 laa jadi kecik)

Cara membuat:

1. Ubi kentang dicuci bersih dan dikukus. Lecek sementara panas dan dicampur dengan susu tepung, telur, garam, serbuk lada sulah dan serbuk pala dan dikacau rata.

2. Sediakan pinggan kaserol dan sapu dengan marjerin. Panaskan ketuhar dengan suhu 1800C.

3. Panaskan marjerin, tumis bawang bombay sehingga layu. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah dan kicap beraroma. Kaca rata dan angkat.

4. Campur ubi kentang dengan tumisan daging, kacang pea dan parseli. Tambahkan keju cheddar parut dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan dan ratakan.

5. Bakar selama 30 minit atau sehingga perang dan angkat.

Selamat mencuba!!

Sunday, May 10, 2009

Tidak seperti yang dirancang

Supposed malam ni aku join gathering abang kat Cheras... gile lame punye plan. Ade laa lebih sebulan yg dulu sebab abang dah request suh buat begedil bakar ala2 murtabak diraja bile kawan2 dia tanye nak bawak ape. Tapi memandangkan Deela tak berapa nak sihat... makanye abang sorang je laa yg pegi tadi.

Abang suke kot begedil bakar sebab dah berapa kali asyik mintak begedil bakar je... Ke dia tau yang wife dia ni tersangatlah rajin dan pandai memasak? Ahahaa... begedil bakar jela modal aku.

Finally aku ajak Along & Kak Syidah dtg umah perabih begedil bakar semangkuk lagi... yg lagi seloyang abang bawak pi gathering dia tu.

Begedil bakar yg dikendurikan.


Ermm... sebenarnye aku teringin nak follow abang tu sebab nak berjalan tengok tempat orang, nak kenal dengan kawan2 abang. Tapi Deela demam bukan saje dibuat2... Sian Deela demam. Tapi confused jugak ya... Kerna badannya hot, dia masih mau bermain dan bising2 semacam biasa. Iya, aku keliru dgn status bayiku itu.

Wahai anakku Nik Aimy Adeela (dia dah pandai angkat tgn kalau sebut nama penuh dia)...
Mama harap sgt2 Deela jgn laa selalu sgt demam esp. kalau nak tumbuh gigi. Deela baru ade 8 btg gigi... nak complete, kena tumbuh lagi 20 btg. Takkan laa....
Mama & Papa dah excited nak gi jenjalan ke KK ni sayang... Biar laa Deela pegi sana nanti pun happy, boleh jumpe pakwe baru nama Naufal ;p

Thursday, May 7, 2009

Di Dalam Dilema

Sama macam tajuk lagu KRU pulak kan?
Just came back from school, ade staff meeting jap td.
Since HM dah announced SASER nak adakan lawatan penanda aras ke Bukittinggi, Indonesia this coming July... so boleh laa aku jadikan ini as a part of my entry.

Sebenarnye Kak Liza (GPK Koko) dah bisik mintak tlg aku jadi AJK lawatan ni... apakah???
Dan dgn pantas aku bertanya bile... sbb aku dah dgr2 ade lawatan mase cuti Israk Mikraj (diangkat ke langit??)
Ermm... tapi kami suami isteri dah terlebih dulu booking tiket ke KK, di mana kami dgn tidak malunya akan menumpang dan menggunakan kenderaan Nik Kecek secara percuma semasa di sana nanti. Nik Kecek nih antara insan yg menyatukan kami berdua, ahakss.
Persoalannya di sini.... adakah aku berasa terkilan????
Boleh tak nak jawab.... NAHHHHHH!!!!
Wahhh... sombongnya aku kan? Sekolah nak bwk jenjalan free, aku tolak pulak. Bukanlah salah aku 100% sbb aku dah check takwims skolah, time tu free dan AirAsia sgt baik hati bagi tambang murah dan kemudahan di KK kami boleh dapat secara percuma, sape tanak kan?
Lagipun dah 2 kali dah aku pegi Bukittinggi tu, naik hapal dah jalan2 kat sana. Kedai mane nak singgah pun aku dah tau... so wajarlah aku tidak berasa terkilan. Sama je dulu dgn skrg, aku pegi free jgk (atas tanggungan Hjh Zaleha).



Bersama ketua rombongan, Hjh Zaleha dan konco-konconya. Ce cari aku yg mane...




Di hadapan bangunan Balaikota Bukittinggi, bukti kehadiranku.

Tapi KK ni pun aku dah penah pegi, bezanya kali ni aku pegi dgn keluarga nukleus aku i.e. me, abang and of course my darling Adeela. Ermmm.... dgn erti kata lain, aku nak spend mase dgn keluarga aku biarpun kena keluar duit. Tak salah kalau aku berfikiran begini... 5-6hari seminggu aku jumpe orang sama, takkan cuti pun nak jumpe org yg sama? Mintak maaf byk2 kepada sesape yg membaca ni ade kaitan dgn SASER tapi i need a space... please...
Pagi kat skolah, petang kat skolah, mlm pun kat skolah, sabtu kat skolah, kadang2 ahad pun kat skolah... berilah aku ruang dgn keluarga aku.
And tonight I have to be at school... I have to attend a high table a.k.a. dinner to appreciate those who have achieved a high achievement for representating SASER. Ini sume ade kaitan dgn tenis laa ni ....
Takpelah, kena hormat majlis org... so rasenye pegi jgk laa mlm ni. Need to prepare my dress... daaa!!