Friday, March 6, 2009

12 Mac 2009 Tarikh Keramat

Maka pada Khamis minggu depan terjawab la segala persoalan 6th batch SASER... sape dpt straight A's, berapa org dpt straight A's, di mana kedudukan SASER, adakah kata2 keramat "SASER Namamu Teratas" masih kekal menjadi keramat?

Ini termasuk laa diriku ini... selama 2 thn yg lepas subjek Biologi SASER mengungguli carta. Selama ni pelajar lelaki terkenal dgn kecekapan menyelesaikan masalah Matematik. Fakta itu terbukti bila subjek Maths, Add Maths & Kimia SASER mendapat tempat pertama. SASER mencipta sejarah sbg antara SBP yg mana kesemua pelajarnya lelaki tetapi mendapat tmpt pertama bg subjek Biologi. Entah fakta apetah selalu mengandaikan pelajar lelaki ni kalau subjek mengahafal memang gagal. Tp putera2 SASER berjaya menidakkan fakta tu.

Memang amat membanggakan... tp yg mengacau jiwa aku sekarang, aku risau kalau2 antara student yg aku ajar tu ade yg tak berapa nak cemerlang. Risau wehhh... takut2 students aku ni 'menarik' GPK (gred purata keseluruhan). Dah la 3 kelas F5 aku ajar thn lepas. Arghhh! Bukan thn ni je, sebelum2 ni pun aku selalu mengeluh sehingga bergenang airmata... gile syahdu aku ni kan? Masalahnye, malu dan takut kena 'tembak' dlm meeting. Perghhh... dah la aku cikgu baru, kalau students aku tak menyerlah maka mmg kena cop laa "cikgu baru mmg slow". Tanak laa alasan cikgu baru ni menjadi faktor utama. Aduhhh...

Aku hanya mampu berdoa je sekarang ni... aku dah usaha dgn segala kudrat yg ade, dgn keadaan memboyot thn lepas, dgn cuti 2 bulan. Tapi alhamdulillah panitia aku sgt2 membantu... thanks to Kak Rozi, Kak Miah & Kak Tini. Panitia Bio SASER mmg tarrrrbayekkk!

2 comments:

  1. emm adekah mmg itu sume perasaan chegu2 baru..agaknyer...

    ReplyDelete
  2. iye sgt benar.. nak2 kalau cikgu kpli, lg kena teruk, "org nak jd cikgu, awak nak jd cikgu tp hasil tak seberapa". so i'm here to deny all the thoughts!

    ReplyDelete