Sunday, March 29, 2009

247

I just came back from school...



Iye, saya bekerja sehingga hari Ahad minggu ini. Rasenye bukak semester baru ni lagi kelam-kabut sekolah. Budak pun dah pening... mane nak masuk pertandingan, mane nak masuk kelas, mane nak siapkan homework. Maka kejadian yg tidak diingini telah berlaku di SASER... di mana Siput telah bertukar menjadi 'naga' (hanya warga SASER mengerti).



247... 24 hours a day, 7 days a week. Selagi belum tutup mata... kerja! kerja! kerja!



Isnin

Seawal 7.10am aku dah kecoh kumpul budak naik bas nak gi Padang SMK KGV... ("we georgians faithfully shall serve our king and country!")

Pagi ni ade perasmian Minggu Jenayah Sifar kat KGV. Memang tiap2 tahun KGV jadi tuan rumah untuk KPJ. Memandangkan aku Guru Penasihat KPJ, maka menjadi tugas aku utk membawak budak2 ni (last year tak pegi sbb memboyot yg amat).

Terserempak dgn bekas guru2 ku... bak kate Ustad Halim "Bawak laa budak2 tu turun padang, mcm tak biase lak"

Bagi aku, aku telah membuang masa student SASER seramai 40 org dgn membawa diorg ke perasmian tu. Tapi sbg org beradab dan beradat, undangan wajib dipenuhi. Lain kali kite buat majlis org buat tak tau pulak. Maka dgn rela hati aku join jgk laa walaupun ikut lesson plan aku nak discuss March Test dgn budak F4. Maka tuang laa core business aku sbg guru yg sebenar...



Selasa

Pagi2 dah ade kelas lepas assembly... 7.30am-8.40am. Jadual aku thn ni tiap2 hari start 7.30am. Ada untung ada rugi... untungnya kelas cepat abis, pastu boleh buat keje lain (cikgu bukan mengajar saja ok?). Yg merugikan tu kalau assembly meleret2 dan ade morning talk dgn HM. Kalau dah meleret2 tu alamatnya kelas aku start lebih kurang pukul 8.ooam. Tensi, tensi... mcm best je aku rajin mengajar kan? Iye, mmg nampak mcm poyo. Tapi nnt tercungap2 nak habiskan syllabus, mid year sebulan lbh je lg ni. Arghhh....!!

Esok ade Perhimpunan Bulanan... bulan ni aku in charge jamuan. Kak Dah nampak mcm tak sihat dan dia pun sibuk dgn team Inovasi Sains, maka aku kena gi order dgn Along. Setakat order tu tade hal... sonang bai tu!!

Sambung lak kelas petang kalau hari Selasa ni smp 4.10pm... tp aku ade surat panggilan mesyuarat untuk Kejohanan Tenis MSSMD kat Seremban 2 petang ni (Pengerusi Teknik adalah Cikgu JJ, cikgu maths aku mase F1). Sebagai Guru Pasukan Tenis Sekolah, aku terpaksa menghadiri meeting itu. Hmmm, memandangkan meeting tu buat dkt SK Seremban 2B, maka aku mintak tlg Chio attend meeting tu sbb dah dkt dgn rumah dia (Chio partner aku utk tenis ni). Dia boleh terus balik je lepas meeting and plus semlm aku dah tuang satu hari.



Rabu

Hari ni aku baru berkesempatan berjumpa dgn budak F4 2nd intake... ade 8 org budak baru masuk kelas aku menjadikan semuanya 28org. Aduh... ramai la pulak ( di SASER, jumlah pelajar dlm kelas paling ramai 25-28 org je. Kalau dpt 21 org tu mmg 'heaven' sesgt)

Sebagai Guru Tingkatan 4 Zeta pulak, aku kena uruskan fail peribadi diorg, updatekan buku kedtgan, hal2 duit, buku teks bla bla bla bla.... pening pening. Hang kejap kepala aku....

Pastu teringat pulak jamuan utk Perhimpunan Bulanan, kena remind dgn Along. Menyambil2 pi makan kat kantin, remind dia balik.

Tibe2 tgh hari Kak Mai mtk tlg hantar di pi SMK Seri Ampangan, dia pun tetibe je kena wakilkan HM utk Mesyuarat Kecemerlangan. Kak Mai tak sempat call husband dia, so aku pi laa anta kejap. Pucuk dicita ulam mendatang, aku pun ok je... boleh singgah umah jap sbb sekolah tu sejengkal dgn umah. Dpt bersih2kan badan sblm Perhimpunan Bulanan.

Perhimpunan Bulanan selesai dlm 5pm... baru dpt gi ambik Deela...

Malam kena tgk2kan budak... Malam Rabu adalah Malam Bio. Malam ni turn aku dgn Kak rozi round. Tgh round kelas F5 tu, telinga aku terganggu dgn kebisingan budak F4. Panjat pulak tingkat 3 tu... dan aku buat muka ketat, pi hamun budak. Yg sakit hati tu, dah termaktub setiap mlm Rabu adalah mlm diorg belajar Bio dari 8.30pm-9.30pm. Sejam je, bukan lame mane pun. Tapi diorg buat keje subjek lain, hangin laa Cikgu Airin. Buat keje subjek lain tu ampun jgk la, ade yg siap bace novel and newspaper. Mak aiii... senang betul hati budak tu. Maka ade laa novel yg masuk bakul sampah dan newspaper dicampak keluar. Senang dpt hypertension aku mcm ni.



Khamis

Hari ni jadual padat sikit (I have to teach 5 classes=25 periods=875 mins per week. Any Bio teacher wants to teach in SASER?)

Alamak!! Sijil Graduasi tak print lg.... aduyai!!!

Petang ni ade meeting Graduasi. Since Cikgu Sabuddin HM baru SASER, so dia nak tau details Graduasi SASER. Sekolah lama dia pun dia dah penah buat majlis mcm ni cuma tinggal lagi lain sekolah, lain laa team dia. Lain team, lain laa cara keje... kan?

Meeting habis dlm 5.30pm kot... baru dpt ambik Deela...



Jumaat

Alamak, buku rekod tak siap lagi. Hari ni kena anta kat HM. Opsss.... jgn salah sangka. Hari2 lesson plan siap ok? Cuma baru2 ni ade March Test, so belum updatekan senarai nama budak F4 and markah diorg dlm buku rekod. Advantage aku sebagai Setiausaha Peperiksaan Sekolah, maka aku hanya click, copy, paste and print drp ISIS tu. Dan senarai itu siap ditampal di dalam buku rekod.

Hari ni stay smp pukul 3pm... nak menyiapkan Sijil Graduasi. Rasenye mmg dah jawatan tetap dan berpencen aku jadi AJK Sijil & Cenderamata kalau Majlis Graduasi ni. Dan nampaknya program2 sekolah yg lain pun... cuma tah ape mimpi baru2 ni aku jadi AJK Jamuan. Kelab Guru pun aku jadi AJK Hadiah & Kebajikan.

Balik dari sekolah pegi mengerjakan haji pulak... ehh, silap! Mengerjakan gaji dgn abang... ape lagi, bayar hutang laa!! Pastu beli diapers and susu Deela...

Ehh, aku tgh taip blog ni penat pulak memikirkan keje aku seminggu ni... penat nak taip!



Sabtu

Hari ni ade Bengkel Bio F5, teknik menjawab structure question. Mase ni terasa penatnye, layu je rase. Tapi kena jgk round budak2 ni, tgk ape yg diorg buat. Kalau tak, alamatnye air liur diorg tertumpah ke bumi nanti. Tambahan pulak dewan dah fully air-cond, diorg semakin lemak.

Dekat pukul 1pm baru abis. Phewww!! Sibaik lebih awal habis drp cikgu2 yg attend LDP, maka ape lagi... cha aliff, butttttttttt!!!!

Petang terbongkak, same laa dgn abang. Abang pun same sibuk minggu ni, sekolah dia jd host utk pertandingan kawad kaki. Adeela tah ke man2 merayau dlm umah... kat dapur teman uwan dia kot.

Sempena Earth Hour, kami pi beli barang2 dapur kat Jusco (semata2 nak collect point, huahuahuahua). Nampak kedai2 ni support jgk kempen Earth Hour tu... Levi's totally lights off. Jusco tu separuh je, kalau tak meraba pulak customer dia mencari brg.



Ahad

Bile nak sudah ni seminggu ni...

Hmmm, pagi ni plan nak gi sekolah 7.30am, nak tgk budak training tenis and tgk budak KRS kawad. Tapi 7.30am baru terjaga (Adeela adalah sgt kelakar, org bgn pastu duduk, dia pun ikut same. Mcm diprogram pulak ni). Hari ni our family day out adalah di SASER ok?

Sampai2 sekolah, tgk budak2 KRS dah mule berkawad... yg tenis pun dah mule training. Aku jela yg lambat kat sini? Huhuhuhuhu...

So aku lari2 sket... kejap kat parking lot tgk budak KRS, kejap kat tennis court tgk budak training. Lari sana lari sini... agaknye ape laa abang tgk aku ni.

Sebagai bekas Koperal Kadet Polis KGV dan Leftenan Muda KRS SASER, aku pun tegur laa ape2 yg patut. Kesian sbnrnya budak2 ni... bukan budak2 ni je, budak2 zaman sekarang. Diorg ditekankan utk mencapai kejayaan, WAJIB utk diorg menang dan berjaya... dan diorg tidak dilatih utk menerima kekalahan. Pada aku, ko-kurikulum ni utk membentuk disiplin diorg je... menang ke kalah itu bukan yg utama. Kata "SASER Namamu Teratas, Takkan SASER Hilang Takhta".... la la la la la la la la la la la...



Ehhh, bila mase aku nak buat rutin seorg isteri dan mama ni? Basuh kain, lipat kain, masak, kemas rumah etc etc etc... Lu pikirlah sendiri!!!



p/s: Thanks to mak and abang sebab sgt memahami... kerana kami semua adalah GURU!!! Hanya guru sahaja memahami tugas seorg guru yg lain.

3 comments:

  1. Lah cikgu, Biasa r tu. Cikgu SASER lah katakan.

    ReplyDelete
  2. Mak aiiii... kalah pulak aku.
    heheeee

    ReplyDelete
  3. airin...kan...ni bape lama baru nak bitau b ni tuka add...hengatkan mmg bersawang dah ur blog..and now b terpaksa menghabeskan suku mlm utk mengkatam sume entry airin tau...huhu...takpelah ..beribadat utk blog jugak kan..hehe..

    ReplyDelete