Sejak papa Deela balik ke KB Rabu lepas... Deela demam yg agak panas. It started dgn dia tanak makan sangat and then dia merengek-rengek. Memandangkan Deela mempunyai rekod yg sgt baik dan sejak dia mule demam ni, malam-malam dia akan gelisah. Tapi Deela tetap mengekalkan rekod tidak menangis beriye-iye ataupun dgn bahasa mudah 'melalak'.
Fuhhh... Panas badan dia! Towel basah sentiasa melekap di kepala dia and plus dekat tengkuk dia. Alahai, memang sgt kesian dia mase tu. Ni kalau ibu dia tau ni sure ibu dia cakap aku tak pandai jaga anak. Time ibu jaga sihat walafiat je Deela ni. Dapat kat aku, demam pulak.
Mule-mule aku membuat teori bahawa Deela rindu kat papa dia (mengalahkan mama pulak kau ni Deela). Tapi makin lama makin teruk pulak Deela ni. Makan langsung tak mau, hanya harapkan susu je. Badan dia yg baru nak berisi tu dah 'halus' semula... dan menampakkan ribs dia, hmmm....
So hari Sabtu aku decide bawak dia gi jumpe Dr. Dhillon... 38.10C ?!! Perghhh... itu temperature dia pada masa agak kurang panas. Masa malam-malam lagi laa panas... agaknye mau cecah 390C. Dr. Dhillon pulak remind dtg kllinik balik kalau tak kebah2 lg demam dia... OMG!!
Dalam pada tu aku hari2 call abang... mintak dia balik awal. Tapi abang tetap abang kan... "Tiket abang kan hari Ahad, mane ade tiket nak balik sekarang dah". Fine then...
Abang balik hari Ahad tu pun dah nak pukul berapa baru smp... hampeh! Time tu laa bas rosak pulak.
Sian Deela mase demam tu... jgn kate nak main, nak merangkak pun dia tak larat. Boleh nampak kaki dia mcm menggigil mase nak angkat kaki. Sob sob sob... anakku tak cargas.
Feena & Farisa ade balik pulak weekend tu... dua beradik ni suke main dgn Deela. Tapi Deela tak berselera nak main dgn diorang. Last2 dua beradik ni main sesama diorg dan hasilnye adalah pergaduhan yg tiada henti menyebabkan Deela tak boleh nak tidur dan berehat dgn tenang... ok, agak tercabar sket dgn situasi ini. Angah & Kak Zana pulak yg dah lali dgn pergaduhan ala2 manja tu membiarkan je... Woi!!! Anak aku nak tidur laaaa!!!!
Alhamdulillah mase abang sampai dari KB tu demam Deela dah kebah... pheww!! Maka teori aku yg Deela rindu kat papa dia ada benarnya. Ibu Deela pesan lain kali tinggalkan baju @ kain pelikat papa dia and selimutkan Deela masa dia tidur tu.... ermmm, t-shirt papa tu memang ada tapi, ahaks... mama laa yang punye kan? Tak tau pulak boleh jadi petua, heheheheh.... ok, noted!
So hari Isnin Deela pegi umah ibu mcm biase... pagi papa hantar, petang mama jemput. Alkamklum laa Cikgu Nik ni guru harapan SKTDN tu, maka tiap2 petang kena stay. Rutin harian sekarang ni sebelum gi jemput Deela kena gi tukar kete dulu kat skolah abang... since car seat Deela dlm kete abang yg bawak. Mula2 tu pak guard skolah abang tu mcm confuse... masuk kete lain, keluar kete lain. Tapi lelame dia sengih je...
Yang mengejutkan mase jemput Deela petang Isnin tu... badan Deela naik bintik2 merah, OMG!!!!! Mase tu pucat lesi muka aku ni... kalau dituris dgn pisau takkan mengeluarkan darah pun. Tanpa berlengah lagi, terus menuju ke klinik Dr. Dhillon. Buat blood test... platelet counts dia agak rendah. Dan statement yg agak mengerikan bila dia suruh dtg buat blood test lagi sbb takut Deela ni kena DENGUE FEVER, huwaaaaaaaaaaa.......
Deela mase tu pulak asyik nak berdukung je... nak peluk2. Makin sayu laa hati ni.... such a good girl bile tak sihat mcm ni mula laa sayu. Deela dah memang manja, biila dia tak sihat ni bertambah manja dia. Uhuk uhuk uhuk...
Maka aku pun call laa doktor peribadi aku, Emma. Tanye dia macam2... Emma pun nak menyedapkan hati ckp kalau demam memang platelet counts akan rendah because of viral infection. Demam biase pun platelet counts akan rendah... ok, agak sedap jgk laa hati walaupun mengerikannnn...
Malam tu Deela tak berapa nak nyenyak tidur dia... dan mama dia lagi laa tak boleh lelap. Tak sabar nak tunggu siang nak gi klinik tu lagi. Pagi Selasa tu pegi sekolah dulu and then bawak Deela gi klinik. Hujan lebat pulak pagi tu... nasib baik klinik Dr. Dhillon tak mcm klinik Dr. Bee. Kalau Dr. Bee, dtg pukul 8.30am pun dpt no 28. Sempat balik umah dulu basuh kain 2 round. Dr. Dhillon tgh round ward kat Columbia dulu pagi2 ni...
Bila masuk tu Dr. Dhillon check Deela... Alhamdulillah bukan denggi. Measles pun bukan, ia hanyalah 'false measles' which is dia menunjukkan simptom2 measles tp bukan measles sbnrnye.
Now, after one week dgn penuh debaran dan cabaran dan dugaan dan halangan dan kesusahan... Adeela kembali cargas!!! Bubur nasi semangkuk, susu sebotol tegak... usaha mengelap lantai Deela telah bermula kembali!! That's my girl... love u so much sayang, muahhh!!!
No comments:
Post a Comment