Sob sob sob...
Lagi syahdu bile abang tade kat umah. Last nite hantar abang naik komuter pegi Kajang. Dari Kajang, abang naik bas dgn Lan (adik iparku yg sebaya dgnku). Tapi ade sket jaki ye dgn suamiku itu di mana abang naik bas impianku sejak dok Perlis dulu lagi iaitu bas 2 tingkat. Demi menyedapkan hati isterinya, "Tak best pun naik bas tu, sempit tmpt kaki dia".
Memang laa sempit, kaki abang je dah berapa meter.
So cuti sekolah kai ni abang balik Kg Tok Betek sorang2 je. Dari hari Rabu sampai hari Ahad... Ahad? Lamenyeeeeeee....
Rindu tu memang laa rindu... itu antara masalah jgk tu. Tapi yg tak bestnye tak dapat balik KB jgk, huhuhu...
Best kalau balik KB ni... First of all, foodssss!!!
Pagi2 leh makan nasi berlauk, pulut pisang, pulut manis, nasi kerabu ori (ade sekali Mok buat plg best), nasi tumpang Cik Yah yg lazatttttt.
Tgh hari makan mcm biase... Kalau tak masak pun beli lauk kat 'Bollywood'
Bile makan malam, ditambah pulak adik-beradik sume ade maka mkn satay yg sgt murah (100cucuk dlm rm35 je tau?). Kdg2 ade yg bermurah hati belanja mkn KFC. Mcm itu acara kemuncak gathering adik beradik.
Paling mahal adalah murtabak diraja... hanya yg bernasib baik je dpt membelinya dgn serta-merta. Kalau tidak, sila buat tempahan 2 minggu sblm tarikh pengambilan. Sekeping harganya RM13... itu harga bulan 12 thn lepas, terkini ntah laa. Tp mmg puas hati, nyum nyum nyum!
Next is shoppiiing!!!!
Adalah sgt heaven mencari tudung dan kain2 batik di sana... Pastu part bargain serahkan pada abang. Dgn loghat dan kuasa memujuk abang, maka harga yg diperolehi amat memuaskan. Kadang2 mama pun ikut sekali. Tak pasal2 mama pun membeli jgk. Penah sekali beli kain batik dgn dibantu oleh member baik abang,Juanidi. Siap dgn penerangan batik2 tu skali dia bg. Dia akan syorkan kedai yg batiknya cantik2 dan harga berpatutan.
Kalau pjg langkah pegi Rantau Panjang, itupun berdasarkan pesanan kawan2. Nak toto laa, kukusan laa, mangkuk laa.
Malam2 bila Deela dah tido, kami akan menyelinap ke Wakaf Che Yeh. Mcm2 ada! Bak kata org, mak dgn ayah je tade jual kat situ. Biase kat situ kami beli mangga je, selebihnya tgk2 brg.
Tapi masalah besarnya aku tak balik kali ni... ini sume PTK punye pasal. Wahhh, jd org bujang laa abang kali ni. Selalu tu aku tahan2 jgk bile abang nak keluar tu, kali ni org bujang tade yg melarang laa dia. Hmmm.... tade laa org nak gaduh 3-4 hari ni. Kalau tak tu ade jgk org nak gaduh2, Deela tu setakat jerit "paaaaa" je yg dia tau. Yelaaaa, anak papa. "pa" jela yg Deela pandai sebut. "mama" bile nangis tak pun lapar nnt.
Takpe, takpe... esok lusa Feena dgn Farisa akan balik dari JB untuk menggamatkan suasana.
p/s: ptg2 mcm ni biase gi ronda2 kat PCB, uhuk uhuk uhuk...
No comments:
Post a Comment